Pesan Murabbi

Alhamdulillah, aku bersyukur padaMu Ya Allah, kerana memberikan diri ini ruang dan peluang untuk aku bertamu mengutip ilmu dari seorang ulama semalam.



rugi benar kiranya kalau penulis tidak berkongsi mutiara-mutiara indah yang dicurahkan oleh Sang Murabbi " Ustaz Yahya Othman" semalam. penulis dah cuba menulis sebanyak mungkin yang terkeluar dari mulut ustaz semalam, insyaAllah, yang mana sempat akan penulis kongsi.

(raut wajah yang sekian lama berselut dan berlumpur dalam arena siasah, tarbiah, dan dakwah tanah air)



dari kejauhan lagi melihat kelibat ustaz yang keluar dari rumahnya, subhanallah, terpancar jernihnya wajah seorang ulama yang terlalu banyak berjasa kepada perjuangan agamanya. kagumnya dengan ustaz, walaupun dalam keuzuran ustaz menggagahkan jua untuk mencurahkan ilmu yang dimilikinya kepada kami.



mulanya seorang sahabat ustaz, menyuruh kami hanya berjumpa ustaz di rumah beliau kerana ustaz tak sihat, dan anaknya juga berkata pada ustaz ' sakit-sakit pun nak pergi mengajar jugak' begitulah cintanya ustaz pada ummat. dengan mengunakan kerusi roda ustaz berjalan ke Waqaf Darul Quran yang berada di tanah yang diwaqafkan ustaz untuk perjuangan agamanya. tapi ustaz tak duduk atas kerusi tu, mungkin kerana ustaz tak mahu menyusahkan sesiapa untuk menolaknya, ustaz yang menolakknya sendiri menjadikan kerusi tu sebagai tongkat. mulianya peribadi seorang murabbi.

(masih mengagahkan diri untuk ummat walaupun di ambang usia 71tahun)



ustaz memberi salam dan menyapa orang-orang yang menunggunya di pintu pagar, dan bila ada yang menjawab salam ustaz cakap 'dari cara menjawab salam dan soalan kita dah dapat kenal orang tu macam mana' itulah mutiara pertama yang dikutip.. dalam maknanya.



ustaz terus bertanya, adakah semua orang dah sampai, dah pukul berapa ni, ustaz mulakan bicaranya, dulu masa saya jadi pensyarah, saya cukup tekankan tentang masa, kalau lima minit pelajar tak masuk lagi, saya terus kunci pintu, lepas sekali dua macam tu, diorang seriklah' kata ustaz, begitulah beliau mendidik pelajarnya dengan masa.



seorang pelajarnya berkata 'mana boleh macam tu ustaz' lihat bagaimana cara seorang murabbi menjawab ' kenapa tidak boleh pulak, kamu tak tahu ke dalam al-Quran ada surah al-'Asr?'. ringkas dan padat jawapan ustaz,



adakah kita masih lagi bermain-main dengan masa sedangkan Allah sendiri bersumpah dengan masa di dalam al-Quran mafhumnya :



" Demi masa (1) sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian (2) kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran (3) surah Al-'Asr"


siapa kita untuk bermain-main dengan masa? kalau sekali dua kita terlewat mungkin tak mengapa, ini berkali-kali, kalau 10 ke 20minit kita lewat mungkin boleh dimaafkan, tapi ini berjam-jam, kalau ada halangan dan musyaqoh lain takpe, ini sengaja atau mungkin tabiat dan hobi kita melewat-lewatkan janji kita. tahukah orang-orang yang bermain dengan masa ini bahawa kamu telah mengambil masa teman dan sahabatmu? mahukah nanti kamu juga dilewatkan untuk masuk syurga kerana mengambil masa temanmu? Demi Allah, walaupun sesaat kita tak sanngup untuk kita menanti di pintu syurga.


Moga Allah memelihara kita dan menjadikan kita orang-orang yang sentiasa menepati waktu.. siapa kita untuk bermain dengan sesuatu yang Allah sendiri bersumpah denganya..


maaf kalau penulis sedikit kasar tapi benar, penantian itu satu penyeksaan, ana suka dengan cara ustaz, setiap orang yang masuk lewat kedalam dewan selepas tu pasti ada saja nasihat khusus buat yang lewat tu selepas ustaz bertanyakan sebab keterlewatanya.


tepat jam 9.59pg ustaz mula membuka majlis, kerana janji jam 10pg akan bermula, lihatlah bagimana seorang ulama dengan waktunya walaupun dalam keadaan uzur.


memulakan bicaranya tentang nasihat bahawa guru-guru terdahulu sentiasa mengajarkan dan bercerita tentang berkat dan adab dalam menuntut ilmu, ustaz menulis satu kata-kata yang pernah diungkapkan oleh seorang anak khalifah ketika itu kepada gurunya.


"man alim'na harfan sortu lahu abdan"

'sesiapa yang mengajarkan kepadaku satu huruf, maka akan kujadikan diriku hamba padanya'



ustaz menghuraikan 'bukan kita nak bangga dan puja maksudnya, tetapi nak mengajar kita akan erti hormat pada mereka. dan diceritakan bagaimana khalifah ketika itu berkata kepada guru anaknya ' saya hantar buah hati saya kepada kamu, dan saya sedia mengambil tulangnya'


subhanallah, begitulah hebatnya khalifah dahulu, memberikan sepenuhnya ruang kepada sang guru untuk memdidik anak mereka, tetapi kalau hari ini, masakan guru nak merotan anak murid, anak kena cubit pun dah kena masuk mahkamah, tak termasuk lagi yang anak murid pukul guru sendiri kerana naka balas dendam. bagaikan langit dengan bumi perbezaanya..


bersambung... (maaf tak sempat nak tulis semua)

5 comments:

Unknown said...

Subhanallah...

emm.waiting for the next episode. jgn lupe continue...

N A U R A H said...

ustaz yahya othman,

teringin nk jumpa..bertuahnya sapa y jd anak buah dia..

Unknown said...

alhamdulillah dapat juga jumpe..rindu la nak jumpe wat kali ke 2..memng seronok dapt jumpe murabbi..rindu ana nak jumpe lagi..bersyukurlah rakyat kelantan di beri ruang dan peluang berjumpe murabbi2 yg hebat..

ibnuibrahim said...

orang selangor_ nawawi I***

ana hajat nak kutip ilmu dari tokoh2 veteran..
ustaz subkie latif dah tak berapa nak sihat sekarang.. rugi kalau tak jumpa dia sekarang..

syeh, nta aturkan boleh.. hehe

Anonymous said...

salam, minta share ye...

Post a Comment