Pesan Murabbi (2)




sambungan..

ustaz bertanya, adakah kita ni seorang muslim? apabila kita mengatakan ana muslimun (saya orang islam) maka makna muslim itu ialah 'serah diri' betul ke kita ni orang yang menyerah diri kalau kita masih lagi lawan tuhan dan koyak Al-Quran? dengan nada yang agak tegas.

dengan kamu ni saya terpaksa cakap kasar kata ustaz, sebab dah takda masa, umur saya dah nak sampai 71tahun tahun ni, dah lebih 50tahun saya berlembut dengan rakyat kelantan, dan hasilnya macam yang ada sekarang.

kita perlu berusaha juga macam mana pun untuk jadi mukmin katanya lagi, sebab apabila kita hanya islam tapi tidak mukmin, orang tu takkan faham lagi apa yang islam nak bawa.

ustaz menyelitkan cerita tentang hijrah bagaimana keadaan orang mekkah dan madinah ketika itu, orang islam ni kena ada ilmu pesannya. tengok orang-orang mekkah yang berilmu sahaja yang berhijrah.

ustaz membawakan satu ayat yang cukup menarik untuk kita perhatikan, tentang orang-orang arab yang islam tetapi tidak mahu berhijrah,

قَالَتِ الاٌّعْرَابُ ءَامَنَّا قُل لَّمْ تُؤْمِنُواْ وَلَـكِن قُولُواْ أَسْلَمْنَا وَلَمَّا يَدْخُلِ الايمَـنُ فِى قُلُوبِكُمْ وَإِن تُطِيعُواْ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لاَ يَلِتْكُمْ مِّنْ أَعْمَـلِكُمْ شَيْئاً إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ


Orang-orang Arab Badui itu berkata: "Kami telah beriman." Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah tunduk', karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu; dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."



lihatlah dengan jelasnya mereka mengatakan mereka "amanna" tetapi Rasullulah kata tidak, kamu belum beriman, tapi kamu hanya "aslamnna". sebab itulah kata ustaz 'kita jangan bangga hanya dengan masuk islam' sebab ramai saja orang islam pada hari ini tidak memahami apakah sebenarnya islam mahu kita laksanakan.




ustaz membawakan satu hadis (ana tak pasti hadis atau kata-kata ulama) maksudnya, "bukanlah keimanan itu dengan angan-angan, bukan juga sekadar hiasan, tetapi iman itu ialah apa yang diikrarkan dalam hati, dan dibuktikan dengan amalan"





Falsafah Taalim (belajar)




kata ustaz, belajar ni ada falsafahnya yang tersendiri, kalau sempurna falsafah ni barulah sempurna seseorang tu belajar. (ringkasan)

1. BACA

- sebagai seorang pelajar tak dapat tidak kita perlu banyak membaca untuk menambahkan ilmu kita. tidak cukup hanya dengan membaca, kita juga perlu..


2. FAHAM

- memahami secara mendalam apa yang kita baca, banyak saja orang yang boleh membaca Al-Quran, tetapi tidak memahaminya.


3- HAFAL

-memang adat nak jadi orang yang berilmu kita kena menghafal untuk memudahkan kita mengunakkannya apabila diperlukan, kata ustaz, apa beza pelajar universiti dengan orang kampung, mereka juga membaca dan menghafal, kadang-kadang ayat-ayat lazim dan doa-doa yang diajarkan lebih mereka dari kita menghafalnya, jadi perlu ada satu lagi syarat dalam menuntut ilmu ni iaitu..


4- HAYATI

- iaitu dengan kita beramal dengan segala ilmu yang kita miliki, amal itu lahir dari penghayatan, jadi tidak ada gunanya ilmu tanpa amal.



tiba-tiba ustaz memandang tepat kepada yang tak menulis, 'ni kenapa tak menulis ni?' tak bawak kertas ustaz, jawabnya, owh, jadi datang sini tak ada niat nak belajar ke, cepat-cepat sahabat yang lain hulurkan pen dan kertas, hehe, jangan main-main dengan ustaz ni, garang sikit, bak kata kawan saya.


ustaz memang begitu, tegas orangnya, bak kata ustaz kita nak cakap biar Tegas, Nyata, dan Terang, mungkin ini yang menjadi antara falsafah hidup ustaz, yang datang lewat ke yang tak bawak kertas ke semua kena 'basuh' kat ustaz, hehe..


cantiknya peribadi seorang murabbi, ustaz cakap ' saya marah-marah ni tanda saya sayang kamu, benda yang saya nak kongsi dan bagitau banyak, tapi masa kita hanya tinggal sedikit' sebak saya mendengar ustaz cakap macam tu, seolah-olah ustaz mahu mencurahkan segala ilmu yang pernah dikutipnya kepada kami,tetapi ustaz sedar dalam kesihatan dan umurnya yang terbatas, sayang benar kalau pengalaman dan ilmu yang ada padanya tidak dikutip oleh generasi-generasi baru ni. Ya Allah, Engkau berikanlah kesihatan dan panjangkanlah umurnya..





sedikit cerita pengalaman hidupnya yang dikongsi ustaz, ustaz ada seorang kawan, satu ketika ustaz tengah marah, dan ustaz kata dia dah tak boleh sabar ni.. tiba-tiba sahabat ustaz cakap 'kamu tidak mahu ke Allah kasih kepada kamu' kenapa pulak ustaz bertanya, yelar kan Allah tu kasih kepada orang-orang yang sabar, dan Allah juga bersama dengan orang-orang yang sabar (innaLaha maa as-sobirin).. subhanalLaah.. ustaz kata, indahnya persahabatan yang sebegini, ada sahabat yang boleh mengingatkan kita tentang isi Al-Quran bila kita memerlukanya.


ustaz ceritakan juga bagaimana ada orang datang nak pukul dan lembar batu kearah ustaz bila awal-awal pulang ke tanah air dulu, dan ada seorang orang kampung, datang nak lindung ustaz, dia cakap, saya yang mati takpe ustaz, jangan ustaz yang mati, ustaz ada ilmu yang perlu dimanfaatkan untuk agama, ustaz kata dia tersentak dengan jawapan orang kampung tu, dia yang dah ada master ketika itu tak pernah terfikir sebegitu rupa, ini pula orang kampung biasa yang belajar pun tidaklah tinggi mana, tetapi mereka ada AL-FAHMU AL-AMIQ ( kefahaman yang mendalam) kata ustaz.


3kali ustaz tanding pilihanraya tapi kalah( lepas tu ustaz menang, dan pernah jadi Exco Dakwah dan pendidikan) mereka nilah yang datang nasihatkan supaya ustaz bersabar, itulah asam garam seorang tokoh, ustaz juga antara 12 orang yang mendapat tarbiah secara langsung dengan Ikhwanul Muslimin di Mesir bersama-sama dengan Allahyarham Fadhil Nor satu ketika dulu.


antara kata-kata terakhir pada pagi itu sebagai bekalan buat kami..



kalau lapar orang akan cari nasi - sebagai makanan jasmani

tapi kalau Rohani ni kita kena cari Al-Quran



dua tiga kali ustaz sebut perkara ni dalam nasihatnya pagi tu, ' saya ni nak sampaikan apa yang nabi suruh, kita ni hanyalah sebagai penyambung, jadi saya nak sampaikan pula pada kamu, dengan nada yang sedih tiap kali ustaz kata tentang nasihat tu,


ustaz menutup ucapanya dengan sepotong hadis, 'balliqru anni walau ayah' sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat, sekarang ustaz dah bayar zakat ilmu ustaz pada kamu. hati ni sedih bila mendengar ustaz cakap macam tu, sungguh mulia peribadimu Sang Murabbi, kami menjadi saksi bahawa engkau telah menyampaikan ilmu kepada Ummat.



hari itu menjadi antara hari yang bersejarah buat penulis bila berpeluang buat pertama kalinya mencium tangan dan memeluk tubuh seorang ustaz, penulis berharap ini bukkanlah kali terakhir pertemuan dengannya.. banyak lagi mutiara yang penulis mahu kutip darinya.



Rasullullah tidak meninggalkan dinar dan dirham buat kita, tetapi Rasullullah mewariskan kepada kita para ulama pembela agama.. Ya Allah, Jadikanlah Daku dalam kalangan orang-orang yang mencintai para Ulama.. Ameen Ya Allah..






6 comments:

ibnuibrahim said...

salam..

ni saja yang dapat penulis kongsikan, tak sampai pun 50% penulis rasa, sebab ada ilmu yang diberi tak sesuai di konngsikan di sini..

TQ..

nieyna_90 said...

mabruk.
tuntutlah ilmu seikhlasnya
moga Allah menerima kita
lihat lah Allah dalam setiap perbuatan kita.

Habib AlWafiy said...

terima kasih dik. k.tka xgi..jd xtau. apa2 harap boleh share lagi.

barakallahufik.

Sufi AlFaruqi said...

perkongsian y amat bermanfaat..

thanks a lot..

bintu ibrahim said...

subhanallah...
bila pencinta ilmu bersuara...
moga ustaz dipanjangkan umur.....

Atie MUsfirah said...

subhanallah..
hampir menangis ana baca..

alfatihah,, semoga allahyarham bsama soleh solihin..

Post a Comment