Mari Kita Kutip Milik Kita Yang Tercicir



“Alhikmatul dholllatul mukminin.. haithuma wajadaha fahua ahaq’qubiha”


“Hikmah itu adalah barang tinggalan milik orang mukmin, siapa sahaja yang menemuinya, maka dialah yang lebih berhak keatasnya.”

Maksud hadis di atas : Ilmu itu ibarat barang tinggalan ummat islam yang tercicir…. Dimana sahaja kamu menjumpainya… maka kamu ambillah.., kamu kutiplah.. dan kamu galillah ia…!!



(perpustakaan mini)


Benar, islam dahulunya begitu gemilang dan agung di mata dunia, namun hari ini darah ummat islam sudah tidak ada bezanya lagi dengan darah binatang-binatang ternak..

Kenapa ini boleh terjadi? Jawapannya ialah kerana sudah hilang sesuatu yang istimewa yang pernah dimiliki oleh orang islam satu ketika dulu..

Ya, ILMU…. Yang dahulunya para ulama dan juga umara serta rakyat jelata menyibukkan diri dengannya..

Gemilangkan dulu budaya ilmu itu pada negaramu..
sebelum kamu mahu melihat negaramu itu gemilang..

Bangkitkan dulu rasa ke Izzahan dan kecintaan menuntut ilmu dalam diri ummat islam

Sebelum kita mahu melihat Negara ummat islam kembali digeruni..

Jalannya tidak susah, mulakan saja dengan diri kita.., bukannya banyak yang perlu kita lakukaan, buat saja sekadar yang kita mampu…


Susahkah???

Susahkah untuk kita luangkan masa 5minit sehari untuk kiba baca ayat-ayat Al-Quran??,
Yang dahulunya Rasullullah sampai terasa berpeluh mahu menerima satu-satu wahyu itu??

Susahkah?

Susahkah untuk kita luangkan masa kita untuk membaca satu hadis satu hari??
Yang dahulunya ulamak bermusafir dari satu Negara ke satu Negara semata-mata mahu meriwayatkan satuhadis sahaja??


Susahkah??

Terasa beratkah untuk kita mengeluarkan hanya 20ringgit untuk kita membeli buku-buku sejarah ummat islam yang berlaku beratus-ratus tahun lamanya??
Yang sudah dikumpulkan dalam satu buku sahaja dan kita bisa meneroka sejarah dalam beberapa minggu saja??

Beratkah??

Terasa berat sangat ke untuk kita mengeluarkan 10ringgit untuk kita beli dan kita baca, 50 tokoh-tokoh dunia??
Yang dengan membacanya bisa membuatkan orang-orang


Yang lena dalam tidurnya tersedar..
Yang tersungkur kembali bangkit
Yang MATI (hatinya) kembali HIDUP!!!!!



(kenangan bersama teman-teman di KLBF-2010)


Percayalah.. satu buku itu akan membawa pemikiran kita maju beberapa tapak kehadapan..

Berkata seorang yang baru saja selesai menghabiskan satu-satu buku “ alangkah eloknya jika aku menemui buku ini lebih awal lagi.. alangkah bagusnya jikalau aku membacanya 10 tahun yang lalu, alangkah indahnya kalau aku bisa menghayati dan mengamalkan setiap isi yang terkandung didalamnya dari dulu lagi”

Ayuh.. kita belum terlambat, ambil saja buku-bukumu yang tersimpan rapi di almari untuk kita merasai bagaimana indahnya orang-orang yang tengelam dalam lautan ilmu itu…

3 comments:

sy!m said...

salam..it's really a good sharing..saya nak mtk izin letak link ini dlm blog saya blh?

Fakeh said...

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

(a) SIFAT 20 - http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
(h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

FAKEH KHALIFAH SAKA

Ibn Azmi said...

Salam, perkongsian yg basah!
persoalan utk sahabat2: cuba fikrkan knapa wahyu pertama kpd Rasulullah bertemakan ILMU?

Post a Comment