Melihat Dan Berfikir


Seorang nelayan memandang laut itu sebagai sumber rezeki baginya,

Orang biasa pula memandang laut sebagai tempat berkhelah bagi mereka,

Jurutera pula memandang laut sebagai tempat pelaburan baginya,

Golongan sufi memandang laut sebagai satu tanda ciptaan Allah Yang Maha Agung.


Ya, setiap orang mempunyai sudut pandang yang berbeza terhadap sesuatu pekara..

Who You Are... Determine How You See...

dalam kita berkelana di bumi tuhan ini, pastinya setiap hari kita akan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia dan situasi, cuma yang membezakan setiap orang dari kita adalah..

Bagaimana Caranya Kita Melihat Sesuatu....

indahnya jika segalanya berpaksikan pada Allah, setiap peristiwa yang berlaku akan kita hadapi dengan tanggapan dan fikiran yang positif terhadap sesuatu perkara..

" sedang dalam perjalanan menuju ke masjid, tiba-tiba kaki zaki tersepak batu, dengan spontan keluar dari mulutnya.. 'aduh, sapelar yang buang batu kat tengah-tengah jalan nie'

" dalam perjalanan ke sekolah tiba-tiba khairul terjatuh, kerana terpijak kulit pisang, dalam hatinya terus bermonolog 'dosa apakah yang telah aku lakukan hari ni Ya Allah, ampunkankah segala kesalahanku"

kedua-dua situasi diatas hampir sama saja keadaanya, tetapi sekali lagi kita dapat tengok, siapa kita menentukan bagaimana kita menghadapi sesuatu perkara tersebut.

bagi orang-orang muslim lagi mukmin ditambah dengan muttaqin.. setiap apa yang berlaku dalam kehidupannya sehari-hari akan dihadapi dengan positif malah mendekatkan lagi dirinya pada Ilahi.


Bila berjalan melihat orang miskin, hatinya bersyukur atas segala rezeki yang telah dikurniakan Allah buatnya,

Bila melihat orang kaya, hatinya berasa cukup dengan segala pemberian Allah padanya,

Bila bersama orang-orang yang lemah, hatinya tidak berasa bongkak dan sombong,

Bila bersama dengan orang-orang kenamaan, hatinya hanya berhambakan Tuhan dan bukannya manusia.

setiap watak yang diciptakan oleh Allah di muka bumi ini berbeza-beza, takkan selama-lamanya menjadi sama, cuba bayangkan betapa kakunya dunia ini jika setiap orang di dunia ini mempunyai perwatakan yang sebijik macam kita!!!

tidak ada lagi perselisihan pendapat, tidak ada permusuhan, mempunyai minat yang sama, cara berfikir juga sama..

Indahkah kehidupan yang sebegini rupa?? tidak bukan??

hidup dalam kepelbagaian watak tidak ada masaalahnya.. tetapi yang menjadikanya bermasalah ialah bila kita salah memilih cara bagaimana kita melihat sesuatu perkara..

pernah tak terdetik dalam hati kita..


Ya Allah.. teruknya perangai dia tu,

dia ni orang yang tak belajar sekolah ke?

ada ke orang yang nak kawan dengan dia?

apalah yang dia nak dalam hidup dia ni,

pernah bukan.. jadi dari situ kita sudah boleh menilai siapa kita sebenarnya..



Selamat Hari Raya

di hari raya ni, kita sekali lagi akan ditontonkan dengan pelbagai ragam manusia, bermula dari kita pergi membeli belah di pasaraya sehinggalah kita menziarahi sanak saudara.

janganlah kita hanya menjadi manusia batu semata-mata, membiarkan setiap detik peristiwa dan keadaan yang berlaku didepan mata dengan sia-sia tanpa akal kita berfikir tentang sesuatu peristiwa yang dihidangkan dihadapan kita.

Allah tidak menjadikan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita ini dengan sesuatu yang sia-sia, kecuali disana pasti ada ibrah dan tauladanya.

terkadang, dengan melihat dan berfikir ini, kita akan temui kelemahan dan kekurangan diri kita sendiri, adakah kita ini seorang yang ego, panas barang, berasa diri kita saja yang hebat atau segainya dapat kita nilai dari cara kita memandang sesuatu perkara..
terkadang kita temui juga kelebihan yang telah Allah anugerahkan buat kita,

kelemahan diri dicari untuk kita memperbaikinya dan terus memperkasakan diri, namun kelebihan pula adalah suatu nikmat yang perlu kita syukuri..

marilah kita berusahan untuk melihat sesuatu perkara dari sudut pandang yang positif, terutamanya di Bulan dan Hari yang mulia ini, agar jiwa kita sentiasa terasa lapang dan tenang.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin, Moga Allah mengembalikan kita kepada fitrah selepas sebulan ditarbiah..

No comments:

Post a Comment