Gelora Perjuangan

Bismillahirahmanirahim…. Moga-moga dengan kalimah yang mulia ini menenangkan
gelora di hati.. dan mengikhlaskan niatku menulis artikel ini….

Seperti yang dijanjikan, ruangan ini bukan untuk meluahkan perasaan, tetapi untuk sama-sama melontarkan pendapat. Kerana kita diberi keupayaan yang berbeza oleh Yana Maha Esa.

Tersentak hati saya hari ini.. apabila tiba-tiba isu GMI (gerakan mansuhkan ISA).. berkumandang di dewan kuliah… saya mendegar dengan penuh minat, ingin mengutip apakah pandangan mereka terhadap isu ini…

Pada mulanya.. saya menahan diri saya dari menulis artikel mengenai isu yang diangap panas oleh sesetengah orang ini.. namun atas dasar memperjuangkan kebenaran.. saya memberanikan juga diri ini…

Mereka-mereka ini mengangap himpunan GMI ini adalah sesuatu yang sia-sia dan tidak wajar kata mereka-mereka ini.. saya bukanlah orang yang menyertai himpunan itu.. namun saya banyak membaca tentangnya di internet dan dada-dada akhbar...

Persoalanya?? Kenapa perhimpunan itu di wujudkan?? Tidak adakah jalan yang lebih baik daripada itu?? Seperti perbincangan meja bulat contohnya.. saya tidak mahu mengulas panjang.. cukup sekadar saya memetik kata-kata sasterawan negara A.Samad Said “mereka itu mempunyai dua pasang lidah.. tetapi sebelah telinga” apa maknanya?? Anda tafsirkanlah sendiri…

Sejak berpuluhan tahun lalu lagi isu ini dimainkan.. namun sampai ke hari ini masih tidak berlaku apa-apa oleh pihak yang sepatutnya..

Ada orang bertanya.. eah.. kenapa ek korang ni nak sagat ISA itu dihapuskan?? Korang tahu tak ISA itu penting.?

Saya ingin menjawab begini… korang tahu tak apa yang berlaku pada tawanan dan keluarga tahanan?? Kalau tak tahu, pergi cari dulu.. baru boleh kamu keluarkan soalan itu..

Sedih dan terharu saya membaca kisah-kisah tahanan yang tidak berdosa ini… ditahan tanpa bicara bertahun-tahun lamanya.. dinafikan hak kemanusian mereka.. adakah ini Tidak zalim kata kamu??

Mereka membuat tahanan-tahanan ini seperti binatang.. tidak berperasaankah mereka-mereka ini… tidak lupa juga yang menyokong dari belakang.. kerana DUNIA… kamu semua buta pada kebenaran…

Saya tinggalkan firman dari Yang Menciptakan kamu semua ini untuk anda semua berfikir…

Maksudnya: “ atau apakah kamu mengira bahwa kebanyakan mereka itu mendengar atau memahami. Mereka itu tidak lain, hanyalah seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat jalannya (dari binatang ternak itu)” (25:44)

2 comments:

tqa.awesome said...

isu ISA.
hahah.

hmm.bg ku,ISA perlu dipinda,
tp~
klo psl rusuhan haritu,
mmg xsetuju!

khairi.ibrahim said...

ada dua sebab kenapa sesuatu dasar itu dikatakan bermasalah.pertama,dasar itu sendiri yang bermasalah.kedua,masalah dari segi perlaksanaan dasar.tak kira lah,pelaksana ke,cara perlaksanaan ke,masa perlaksanaan ke etc.samada dasar itu perlu dimansuh atau dipinda,mungkin perlu dilihat kepada sebab nya dahaulu.memetik kata2 seorang hakim,it is unfair to declare an enactment is void if only 1 part of it is void.mansuh atau pinda,perlu kpd kajian yg mendalam.kaji baru putus,jgn putus,kemudian huru hara,baru nak kaji.
sekadarnya..

Post a Comment