Indahnya menjadi seorang muslim

Bersyukurlah kerana kita dilahirkan sebagai seorang islam. Dan lebih bersyukur lagi kita masih seorang yang mengamalkan islam.dan sama-samalah kita berdoa untuk mati dalam keadaan islam.

Semalam saya telah menghadiri satu seminar yang dianjurkan MPP USIM. Seminar yang membicarakan tentang soal akidah ini diberi nama “dakwah talk 3”. Mula-mula saya terbaca tentang iklan seminar ini saya terus tertarik, kerana saya belum pernah menghadiri seminar seumpamanya.

Di seminar akidah ini, telah membuka mata saya, betapa selama ini saya belum begitu kenal akan keindahan agama yang saya anuti selama ini iaitu islam. Setelah diberi sedikit pendedahan dan penerangan tentang agama kristian, budha, dan hindu, barulah kai dapat melihat perbezaan yang ketara antara agama-agama ini.

Pembentang kertas kerja yang pertama: Tuan Haji Abdul Walid Abu Hassan, membentangkan tajuk ‘krisis murtad dari sudut perundangan & isu-isu terkini”. Di sini kami dapt melihat dengan jelas bahawasanya hukum islam yang di guna pakai di Malaysia amatlah terhad,mahupun di di dalam aspek perkahwinan. Jadi wahai umat islam yang telah di anugerahkan kepakaran di bidang-bidabg tertentu, bengkitlah kalian bersama-sama kita memperjuangkan kebenaran.

Di dunia ni kita tidak perlu takut kepada sesiapa, kecuali Yang Maha Esa, teringat saya akan kata-kata pensyarah saya. Kita tidaklah perlu menjadi seperti kerbau yang dicucuk hidungnya, semata-mta kerana takut tak dapat makan kata mereka.. wahai orang-orang yang telah dikurniakan akal!! Rezeki itu kan Allah yang bagi, ya betul kita perlu berusaha. Tapi janganlah sampai menjadi pengampu kepada kezaliman..

Kertas kerja yang kedua dibentangkan oleh Ustaz Kamarul Zaman Noor Mohamed dengan tajuk “scenario murtad: asas ajaran hindu sebagai perbandingan agama di Malaysia”. Yang lucunya saya ingatkan beliau ni India yang muallaf, tapi sangkaan saya silap, rupa-rupanya ustaz ni dah memang di lahirkan islam, tapi di Negara India..hehe.
Hebat ustaz menarik perhatian pandengar.. pendek kata, sepanjang beliau berckap tak kering gusi kitorang dibuatnya..hehe.. cayalah ustaz..

Di sini kami dapat tahu sedit sebanyak tentang ajaran agama hindu.. nak kata lucu pun ada mndengar tentang cerita dewa-dewa mereka.. tapi apa yang pasti, ianya menambahkan lagi kecintaan kami pada Islam.. Subhanallah.. indahnya agamaMU ya Allah..

Sesi ketiga disampaikan oleh Brother Lim Jooi Soon: “senario murtad; asas ajaran kristian sebagai perbandingan agama di Malaysia. Pertamanya Brother Lim bagitau, kenapa beliau tak tukar namanya selepas memeluk islam. Nilah salahnya pandangan masyarakat kita pada hari ini. Mereka mengangap masuk islam tu maknanya masuk melayu, kene guna nama melayu, amal adat melayu dan sebagainya.. tapi yang sebetulnya. Islam itu agama, dan melayu tu bangsa. Ianya satu perkara yang jauh berbeza. Saya teringat satu cerita yang diceritan ustaz saya semasa di sekolah dulu, ada orang asli yang diajak masuk islam, enggan kerana alasan mereka melayu itu jahat, dan melayu inilah yang sentiasa mencuri ternakan mereka sebelum ini.. Masyaallah.. disebabkan “melayu” dan “perangai” ramai penganut kaum lain tak dapat menerima islam.. tidak malukah kita, menjadi penghalang kepada orang yang ingin mendekati islam.

Antara perkara yang menarik dibincangkan di sini ialah tentang bagaimana caranya ingin berdepan dengan hujah-hujah penganut kristian ini.. kagum rasanya apabila setiap hujah di pihak kristian itu amat mudah sekali dipatahkan.

Dan kertas kerja yang terakhir pada hari itu ditutup oleh Ustaz Ann Wang Seng: senario mertad; asas ajaran budha sebagai perbandingan agama di Malaysia. Apa yang perlu kita perhatikan di sini ialah, pada hari ini kita terlalu membicarakan tentang bahayanya gerakan kristianisasi di Negara kita, ya kita perlu cakna terhadap isu ini, namum kita lupa yang golongan Budha di Negara kita mencapai hampir 27%, manakala kristian hanya kurang dari 5% (kalau tak silap saya). Dan perlu di ingat pertubuhan Bhuda ini mempunyai sember kewangan yang jauh lebih banyak dari puak kristianisasi itu. Sampaikan mereka dapat membuat pelbagai program yang berbentuk kemasyarakatan yang bsar-besar untuk menyampaikan dakyah mereka. Disamping itu mampu memberikan pendidikan dan buku-buku percuma kepada masyarakat.

Kata beliau, golongan cina ni sebenarnya mudah untuk didakwah jika kita mengunakan cara yang berhikmah. Dan perlu diingat, mereka adalah bangsa yang kedua terbesar di Negara kita..

Saya rasa setakat itu saja yang saya mampu berkongsi apa yang saya perolehi di ruangan yang terbatas ini.. semoga kita terus beramal dengan ilmu yang kita miliki..

Alhamdulillah… kita diberi nikmat iman dan islam…

No comments:

Post a Comment