Adab Murid dengan Guru

Di sini saya ingin memetik adab murid dan guru yang di ambil daripada buku "Mensucikan Jiwa" karangan Said Hawa sebuah buku intisari kepada kitab ulamak yang mahsyur. iaitu kitab Ihya; Ulumuddin karangan imam Al-Ghazali..

saya akan membuat sedikit ringkasan di sini... moga-moga kita dapat menghayatinya dan dapat beramal denganya..

pertama:perlulah terlebih dahulu menyucikan jiwa daripada keburukan dan kekotoran akhlaq dan sifat.

kedua:mengurangkan diri daripada terikat dengan perkara-perkara yang bersifat keduniaan serta kesibukan dunia.

ketiga:tidak bersikap sombong terhadap orang-orang yang berilmu dan tidak bertindak sesuka hati terhadap para guru.

keempat:orang-orang yang baru mempelajari ilmu diperingkat awal harus menjaga dirinya daripada mendengar perselisihan diantara manusia. kerana perkara itu akan membingungkan akal dan pemikirannya.

kelima:seorang penuntut ilmu tidak boleh meningalkan satu cabang ilmu yang terpuji, atau salah satu daripada cabang ilmu.. kerana setiap ilmu itu ada saling berkaitan antara satu sama lain. dan penuntut ilmu juga perlulah berusaha untuk tidak memusuhi ilmu tersebut kerana kebodohanya sendiri.

keenam:tidak menekuni semua bidang ilmu secara sekaligus, tetapi dijaga urutanya, dan dimulai dengan yang lebih penting.

ketujuh:hendaklah tidak memasuki satu cabang ilmu sebelum menguasai cabang ilmu yang sebelumnya kerana ilmu itu adalah tersusun secara berturut-turut, dan sebahagianya adalah jalan bagi sebahagian yang lain..

kelapan:hendaklah mengetahui faktor penyebab yang yang denganya ia dapat mengetahui ilmu yang paling mulia.apayang dimaksudkan disini adalah dua perkara; pertama:kemuliaan hasil, kedua:kekuatan dalil.

kesembilan:hendaklah tujuan murid didunia ini adalah untuk menghias dan mempercantikan batinya dengan keutamaan, dan di akhirat adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah, dan meningkatkan diri untuk dapat berdekatan dengan makhluk tertingi dari kalangan malaikat dan orang-orang yang muqorrobin.

ksepuluh:hendaklah mengetahui kaitan ilmu dengan tujuan agar mengutamakan yang tinggi lagi dekat daripada yang jauh, dan yang penting daripada yang lainnya.

petikan ini diambil dari bahasa indonisia.. dan telah dibuat sekit pengubahsuaian bahasa. diharap pengubahsuaian ini tidak mengubah makna sebenar daripada penulis..

moga-moga kita semua dapat sama-sama mengambil manfaat daripadanya.. dan dikira sebagai amal soleh disisi Yang Menciptakan..

No comments:

Post a Comment