Seburuk buruk manusia

Disini saya ingin berkongsi apa yang saya dapat pada hari ini. Agar ilmu yang diperolehi terus menerus mengalir sebagai satu amal jarriah untuk kita bersama. InsyaAllah.

Dipetik daripada apa yang di bacakan oleh ustaz tadi “seburuk-buruk manusia adalah manusia yang mempunyai dua lidah dan manusia yang bermuka dua” maaf kerana saya terlupa akan judul kitab itu..

Apakah sebenarnya maksud golongan pertama itu? Iaitu manusia yang berlidah dua?
Golongan ini adalah secara ringkasnya adalah golongan munafik.. (moga-moga kita terhindar daripada golongan ini).

Golongan ini menjadikan menipu sebagai rutin harian dalam kehidupanya.. mula je bangun pagi dah stat menipu, semua orang ditipunya, samaada isteri. Rakan-rakan, anak, mahupun ibu-bapanya sendiri. Pendek kata. Golongan ni takkan duduk senang jikalau dalam sehari tu tak menipu..

Golongan yang kedua pula adalah, manusia yang bermuka dua.. maksudnya, seseorang yang dengki apabila melihat kejayaan orang lain dan sombong dengan orang-orang yang rendah padanya..

Golongan ini tidak memberikan apa-apa manfaat kepada manusia lain, kerana orang ramai tidak mendapt apa-apa bentuk manfaat darinya, contohnya, seorang kaya yang amat kedekut, orang-orang miskin di sekitarnya tidak mendapat apa-apa manfaat darinya. Dan golongan ini juga tidak senang dengan apa yang orang lain lebih daripadanya, contohnya, apabila orang beli kereta baru, atau mendapat biasiswa contohnya, terasa sakit hatinya lantaran perasaan dengki dan iri hati yang ada pada hatinya..

Golongan-golongan seperti ini tidak pernah akan tenang dalam hidupnya.. kerana penyakit hati yang mereka miliki.. bagi mereka walaupun menaiki keretapi yng panjang masih terasa pendek dan terasa sempit walaupun berada dalam kereta besar..

Ada satu kisah yang diceritan ustaz tadi yang menarik untuk kita hayati bersama. Ada seorang yang bukan islam (kristian agaknya) yang tingal di eropah. Dia memiliki segala kekayaan, seperti kilang-kilang dan ladang-ladang besar di eropah.. namun die menghidapi satu penyakit. Iaitu tidak dapat tidur(bukan susah nak tidur), ini berlaku lantaran hatinya yang tidak tenang.. dia pun berjumpa dengan segala macam doctor pakar dan mencuba pelbagai ubat.namun dia msih lagi tidak dapat tidur..

Pada suatu hari. Apabila dia sedang memandu di tengah-tengah kotaraya, dia terlihat masjid yang tersergam indah di tengah-tengah bandaraya, lalu terdetik dihatinya untuk menghampiri masjid itu, sesampainya di masjid, dia duduk di hadapan pintu masjid, kebetulan, di saat itu ada seseorang yang sedang membaca al-quran di dalam masjid, terlalu asyik dengan bacaan itu, membuatkan dia tertidur disitu. Selepas terjaga dia mencari-cari orang yang membacakan sesuatu itu tadi, lalu dia bertanyakan kepada pemuda Pakistan yang berada di dalam masjid itu tadi, apakah yang kamu baca itu tadi? Ianya telah membuatkan hatiku menjadi tenang.. maka jawab pemuda itu. Yang dibacanya tadi adalah al-quran, dan dipendekkan cerita, selepas diterangkan kepadanya apa itu al-quran dan islam, orang putih itupun memeluk islam..

Tengok!! Walaupun tanpa kekayaan kita berupaya mencapai ketenangan.. kerana ingatlah janji dari Yang Menciptakan..

Maksudnya: (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram. (13:28)

Moga-moga kita adalah salah seorang yang mencari jalan ketanangan dengan cara sentiasa mengingati Allah…

Amin..

No comments:

Post a Comment