cerpen 'semalam'


Semalam Yang Meresahkan.

Cerita ini penulis ambil dari seorang ‘musafir’ yang amat dekat dengan diri penulis sendiri, yang penulis kira tidak ada orang lain yang lebih mengenalinya melebihi penulis sendiri.

Malam itu aku tidur di ‘pejabat’ bagi menyiapkan tugasan yang diamanahkan, aku tidur agak lewat dari waktu kebiasaanya, natijahnya, keesokan paginya aku tidak sempat megikuti kuliah subuh mingguan oleh seorang ulamak yang ku segani.

Pagi itu aku perlu berpindah ke rumah baru, namun ada lagi barang-barang yang belum ku simpan rapi. Bergegaslah aku pulang untuk menyelesaikan semua itu,

Ah, bukan sedikit barang yang perlu ku bawa turun, bukan juga ringan semua kotak-kotak itu, yang pastinya terisi dengan khazanah-khazanah ilmu yang tersimpan rapi didalam kitab-kitab yang ku miliki.

Kini ku masuk ke rumah baru, sungguh merimaskan melihat keadaan sekeliling yang dilimpahi dengan ‘pelancong-pelancong asing’ yang bertamu mencari rezeki di bumi yang ku kasihi ini, lebih ku kesali dengan keadaan rumah baru ku ini, keadaanya yang agak uzur dan ditingkalkan sudah beberapa lama membuatkan aku sedikit rimas dengan keadaan itu.

Barang-barang yang tadinya diangkut menaiki lori perlu sekali lagi ku sentuhi untuk bersama-sama menghuni di tingkat tujuh.. sunguh memenatkan hari itu,

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30pg, bilik belum dikemas sepenuhnya, namun terpaksa aku tinggalkan semua itu untuk sebuah misi yang lebih bernilai dan bermanfaat.

Tepat jam 12.30, ‘kuda merah’ itu ku tunggangi untuk ke satu destinasi, dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya , namun ianya tidak mematahkan semangatku untuk meneruskan ‘misi’ itu, tika itu rasanya sejuk sekali, tetapi ku positifkan jua akal ini, dan kuhayati setiap inci jalan yang kulewati sebagai bekalan untuk ku bentagi dihadapan ilahi nanti, insyaallah.

Misi itu akhirnya berjaya ku tunaikan dengan segala kekuatan yang kumiliki ditambah dengan segala persiapan yang telah ku siapkan, menyelesaikan amanah yang terpikul memberikan diri ini sedikit kekuatan dan ketenangan.

6.00 petang, aku perlu pulang sekarang, namun perut juga sudah mengalunkan bunyinya, bermakna aku perlu mencari destinasi untuk mengisinya seketika, tika itu aku bersama sahabat-sahabatku yang lain, sama-sama mengisi perut menghilangkan lapar di petang hari.

Tiba-tiba handphone ku berbunyi, ku ratapi nombor itu, rupanya kakakku dari seberang laut yang menghubungi, tujuanya unyuk mengingatkan kepadaku suatu perkara yang sepatutya aku tidak lupa, ah, hari itu rupanya hari ibu, astqfirullah, itu saja yang mampu kuucapkan tika itu, atas kelemahan diri sendiri yang boleh terlupa akan perkara itu, menurut kakakku, hanya aku saja dari enam orang adik beradik kami yang belum ‘mengucapkan kalimah itu buat ibu’

Hati ini resah dan gelisah seketika, memikirkan apakah ibu akan terasa dengan perbuatanku ini, aduh, terus ku cari nombor itu untuk ku hubungi, nasib baik bukan ibuku yang terus mengangkat telefon itu, sebab tika itu hatiku masih kaku, ku bertanya kepada kakakku yang berada dirumah, kenapa tidak mengingatkan ku dari awal, namun katanya yang sudah masak dengan perangai adiknya ini, dia tidak mahu menggangu aku yang selalu saja sibuk katanya.

Ganggang talifon itu diberikan pada ibuku, aduh, berdebar rasanya hati ini, padahal diriku ini selalu merindui suara itu, selepas berbalas salam, terus ku ucap ‘selamat hari Ibu’ buat insan tersayang yang tidak pernah leleh dan jemu membesar dan mendidikku selama ini, sungguh dirimu adalah insan yang masih hidup yang paling aku sayangi di dunia ini, Allah saja yang menjadi saksi atas pengakuanku ini.

“Adik yang paling last ucap hari ibu kat ma kan?, biasalah, anak bongsukan, memanglah selalu lambat, hehe” kata-kata itu sengaja ku tuturi untuk membuat hati ibu terubat dek kesalahan dan kelalaian ku sendiri, Alhamdulillah, ibu juga gayanya macam mengerti hasrat anaknya ini.

Namun tak sempat ku berborak lama, kerana teman-teman yang lain dah mula makan, terpaksa ku meminta izin untuk makan dahulu, walaupun mungkin berat hati ibu tika itu, namun insyalah malam ini akan ku luagkan juga masa yang ku ada untuk kembali menalifon ibuku. Harap ibu paham akan keadaan anakknya ini.

Malam itu aku berkonvoi dalam malam yang menyejukkan siapa saja yang ditempias anginnya.. namun bagiku inilah ‘jaulah percuma’ yang Allah berikan untuk hambanya..

Sesampai sahaja di masjid, jemaah sudahpun selesai mengaminkan doa solat isya’, emm, hati ini rasa macam nak ‘landing’ je dulu di beranda masjid itu, niat asalnya untuk menghilangkan penat seketika menjadi tidur yang panjang pula, sesedarnya aku, terus ku pandang angka itu, rupa-rupanya jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam.

Ah, sekali lagi hati ini dilanda resah, kerana aku perlu megisi sesuatu yang agak penting sebelum jam 12.00 malam, terus ku capai ‘kuda’ itu untuk ke cyber café, Alhamdulillah, masih ada yang sudi beroperasai, selepas ku siapkan kerja itu bergegas ku pulang kerana tidak lagi solat isya’ ( moga Allah mengampuni atas keterlewatan diriku ini).

Mengharungi malam pertama di rumah baru, sekali lagi membuatkan hati ini ‘kecut’ seketika. Biasalah nak naik ke tingkat tujuh ini terpaksalah ku mendapatkan khidmat lif, tika itu aku berkeseorangan saja, ketika di dalam lif itu tiba-tiba hati ini mungkin ‘tercelupar’ sedikit berfikir, ku bermonolog sendirian, “macam mana ek kalaulah lif nie tiba-tiba rosak”.

Mungkin ‘doa’ itu dimakbulkan Tuhan, apabila tiba-tiba lif itu terhenti di angka 4, mula-mula ku fikir ianya perkara biasa, mungkin ada orang nak naik dari tingkat 4 itu, namun, selepas lebih kurang dua minit, pintu lif itu tidak juga terbuka-buka, aduh, ujian apakah yang ku hadapi ini, ku tekan-tekan butang ‘open’ namun lif itu tetap jugak diam kaku membisu seribu bahasa.

Tika itu hati ini mula beristiqfar kalau-kalau dosa yang ku pikul tidak tertanggung untuk lif itu membawa ku keatas, hanya Allah sajalah tika itu yang kuharap pertolongan, ku mencuba lagi, menekan butang pangilan kecemasan, namun tidak ada apa-apa kesan.

Baru aku teringat, aku mencapai hp untuk menghubungi temanku, hanya sempat mengucapkan ‘ ana dalam musykilah ni syeh’ tiba-tiba lif itu memberi respond untuk terus beropersi, terus ku putuskan talian itu, tapi tiba-tiba lif itu tidak menunjukkan apa-apa angka, tidak tahu kemana lif itu ingin membawaku, namun Alhamdulillah, rupanya sampai ke ground floor, dan pintu lif itu terbuka dengan izin Allah, aku cepat-cepat keluar, fikirku, biarlah aku menggunakan tangga saja, takut perkara itu berlaku lagi.

Namun baju hujan yang kubawa bersama tercicir dalam lif itu, terpaksalah juga aku menguatkan lagkah untuk sekali lagi menaiki lif itu untuk mengambil baju tersebut seterusya ke tingkat tujuh. Alhamdulillah, kali ini ia beroperasi seperti biasa,

Sesampainya di bilik, mahu saja ku turuti kata hati ini untuk melelapkan mata, namun aku tidak mahu berlengah lagi, dah panjang waktu isya’ aku lewatkan, selepas kemas-kemas barang sedikit, ku terus membersihkan diri, berwudhuk dan mengadap Ilahi.

Selesai solat, ku pikir, bilik ini sudah lama ditingalkan, biar saja ku isi dahulu dengan bacaan ayat-ayat suci Al-quran, agar bilik ini kembali riang, dan hatiku juga tenang. Selapas itu kubacakan beberapa kali ayat kursi dan surah al-fatihah, ku hembuskan di sekeliling bilik, agar ianya menjadi aroma semulajadi untuk ku menghuni di sini.

Pagi itu aku tewas lagi, tak sempat kugagahi ke tempat azan dilaungkan untuk solat subuh bersama orang-orang islam yang lain, kerana agak lewat dari biasa ku bagun pagi itu.. kuharap perkara itu tidak lagi kuulangi..

Cukuplah sekadar itu penulis mencerikan kisah seorang ‘sahabat yang paling mengenali dirinya selepas Allah yang Menciptakannya’ cerita ini sengaja digunakan kata ganti nama ‘aku’, untuk memudahkan penulis sendiri.

Ada beberapa isu yang perlu penulis jelaskan kembali secara ilmiah mengenai beberapa perkara yang ditimbulkan dalam cerita ini, seperti sambutan hari ibu, mentera, dan sebagainya. Yang insyallah penulis akan berkongsi lagi sedikit masa nanti,

Doakan agar penulis sentiasa diberi kelapangan dan kekuatan untuk terus berkongsi..

1 comment:

alFaqirah ilAllah.. said...

hidup ini indah jika segalanya kerana Allah...

Post a Comment