Disebalik Sebuah Ujian





Bissmillahirahmanirahim..

Buat sahabat-sahabat yang sedang di uji dengan kesakitan, juga buat warga nilam yang ditimpa masalah kecurian., tidak lupa juga buat sahabat-sahabat kita yang diuji dengan masalah kolej kediaman di saat-saat yang dirasakan genting ini, serta kepada sahabat-sahabat ana yang berada di mesir yang khabarnya sedang bergelut dengan kedutaan kerana semua pelajar-pelajar Malaysia akan dipindahkan ke kaherah, yang dikatakan berjumlah 9000 orang semuanya yang pastinya menuntut kos kehidupan yang lebih mencabar. Juga buat adik-adik yang masih tidak mendapat apa-apa tawaran untuk meneruskan pengajian samaada di matrik mahupun maktab..

Hanya bingkisan ini yang penulis dapat hadiahkan buat kalian dalam mendepani ujian-ujian yang Allah “hadiahkan” buat kalian..

Ingatkah kalian bahawa disana ada satu ayat yang Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang turunkan buat kita?



Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan mengatakan bahawa aku ini beriman!!, aku beriman!!,dan aku beriman!!!!

“wahum la yuftanun”….

Padahal mereka ini belum pun diuji..

Dalam bahasa lainya, apa yang ayat ini mahu memberitahu kita adalah..

“wahai manusia, janganlah kamu ego, janganlah kamu bongkak, dan janganlah kamu berasa bangga diri, dengan mengatakan bahawa kamu sudah beriman.. sudah beriman.. padahal kamu ini belum pernah diuji pun..”

Ayat ini dengan jelas telah memberikan kita satu isyarat, bahawa setiap insan yang mendakwa dirinya beriman pasti akan diuji.. ya.. pasti!!!.. kerana itulah janji tuhan buat kita..

Namun terserah kepada kita bagaimana untuk mentafsirkan ujian yang dihadiahkan buat kita itu..

DIBESARKAN IMAN VS. DIKECILKAN UJIAN

Kalaulah kita diberi pilihan untuk memilih antara “dibesarkan iman” atau “dikecilkan ujian”.. yang manakah yang kita akan terasa lebih selesa untuk memilihnya??

Dikecilkan ujian..

jika kita memilih untuk Allah mengecilkan ujian kepada kita.. yang sakit mintakan kesihatan, yang miskin minta kekayaan, yang susah mintakan kesenangan, yang tersepit mintakan keluasan..

apa yang kita dapat?? ya benar Allah itu Maha Pemurah.. kamu akan dapat apa yang kamu pinta.. cuma masa dan ketika yang membezakakanya.. samaada cepat atau lambat, samaada didunia mahupun diakhirat..

maka bersenang-senanglah kita dalam kenikmatan yang kita pinta itu.. dengan kembali melupakan yang Esa..

Dibesarkan iman

Tetapi jika dibesarkan iman itu yang menjadi pilihan .. maka kamu telah membuat satu keputusan yang tepat!

Ujian itu boleh datang dan pergi.. begitu juga dengan iman..jika kita meminta untuk Allah hilangkan ujian itu dalam hidup kita, ya, mungkin ianya akan hilang, ianya akan pergi.. namun AWAS!! Ianya juga boleh datang kembali..

Namun jika yang dipinta itu adalah agar dikuatkan iman dan Allah menganugerahkan kepada kita kekuatan iman itu.. ianya adalah satu asset yang tak ternilai harganya buat diri kita..

Bayangkan setiap kali datanganya ujian, kekuatan iman kita bertambah.. datang lagi ujian, bertambah lagi iman kita.. dan akhirnya semakin ditimpa ujian semakin bertambahlah iman kita.. sampai satu saat bahawa segala ujian yang menimpa kita menjadi satu wasilah untuk menambahkan kekuatan iman kita.. agar nanti kita tidak gentar dan tidak goyah menghadapi apa-apa ujian yang bakal tiba.

Dan begitulah sebenarnya sifat orang-orang mukmin, bahawa setiap apa jua peristiwa yang terbentang dan berlaku dihadapan matanya.. tidak lain hanyalah membuahkan iman dalam hatinya..

KALAULAH MEREKA PUN DIUJI

Kalaulah Nabi Yunus a.s itu pernah dilempar kedalam laut dahulu sebelum datangnya pertolongan berupa ikan paus untuk menyelamatkan Baginda..

Nabi Ibrahim a.s itu pula pernah dilemparkan kedalam ungun api yang besar oleh kaumnya sebelum Allah datangkan pertolongan dengan menjadikan api itu tidak memanas dan membakar tubuh baginda. .

Dan baginda Rasullulah s.a.w itu sendiri pernah dilontari dengan batu oleh penduduk-penduduk thaif sebelum didatangkan malaikat jibril yang menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif itu dengan bukit..

Kenapa tidak kita?? Apakah alasanya untuk ujian itu tidak dilontarkan kepada kita?? Siapalah kita untuk dibandingkan dengan Nabi-Nabi kekasih Allah.. yang mana mereka pun ditimpa dengan pelbagai ujian, bahkan jauh lebih berat dari apa yang kita hadapi..



BUAH YANG TERHASIL DARI UJIAN ITU

Ayuh kita lihat seketika tentang satu kisah yang diceritakan dalam kitab Riadhus Solihin pada bab taubat pada hadis yang bernombor 21. Cerita ini didatangkan oleh Kaab bin Malik dalam Hadis yang panjang. Ana cuba untuk ringkaskan bagi memudahkan pemahaman.

Kisah ini menceritakan bagaimana hukuman yang diterima oleh kaab akibat daripada beliau tidak menyertai perperangan Tabuk walaupun tanpa keuzuran.

Diringkaskan cerita, apabila Rasulullah pulang dari perperangan tabuk, para sahabat yang berjumlah seramai lapan puluh orang lebih kata ulamak yang tidak menyertai perperangan itu termasukkalah Kaab bin Malik, masing-masing datang kepada Rasullulah mengemukakan alasan kenapa mereka tidak dapat megikuti perperangan Tabuk tersebut dan Rasullulah mendoakan keampunan buat mereka.

Namun, apabila tiba giliran Kaab, beliau tidak memberikan apa-apa alasan sebaliknya memberitahu perkara yang sebenarnya. Sehingakan Rasullulah tidak mendoakan meminta ampun bagi pihak Kaab, sebaliknya Rasullulah menyuruh Kaab balik dan menunggu sahaja wahyu diturunkan terlebih dahulu.

Diringkaskan lagi, Kaab bersama dua orang lagi sahabat yang juga bercakap benar dan tidak mengemukakan apa-apa alasan kepada baginda, dikenakan hukuman dipulaukan oleh Rasullulah dan orang-orang muslim seluruhnya ketika itu.

Bukan sehari, bukan semingu tetapi selama lima puluh hari lima puluh malam lamanya,sehingga dirasakan dunia yang luas ini sempit baginya. Setiap orang yang ditemuinya tidak mahu bertegur sapa, sehinggakan mereka bertiga bertemankan air mata sahaja selama lima puluh hari tersebut..

Ujian yang kedua datang lagi buat Kaab, apabila Raja Ghassan yang beragama kristian menawarkan keamanan dan kesenangan buat Kaab jika beliau berhijrah ke Ghassan. Namun pantas Kaab berkata, ah, ini satu lagi ujian buatku, lalu membakar surat itu.

Tidak cukup dengan itu, pada hari yang ke empat puluh, baginda Rasullulah menyuruh Kaab menjauhi isterinya pula.. ujian apakah ini yang dikenakan keatas Kaab, perintah-perintah ini bukanlah datangnya dari Baginda Rasullulah, tetapi ianya wahyu dari Allah..

Sehinggalah hari yang ke lima puluh.. setelah selesai solat subuh, Rasullulah pun berkata bergembiralah wahai Kaab, bahawa sesungguhnya Allah telah menerima taubatmu..

Juga Allah telah menerima taubat tiga orang yang ditinggalkan di belakang, sehingga terasa
sempitlah bagi mereka bumi yang terbentang luas ini (at-taubah:118)


Alangkah indahnya saat itu bagi Kaab dan dua orang sahabatnya. Kaab bergegas mendapatkan Rasululullah, mereka semua pada ketika itu ibarat semuanya baru bertemu. Berpelukan dan saling bersyukur atas nikmat itu..

Nah, inilah dia buah dari sebuah ujian yang Allah hadiahkan buat Kaab bin Malik. Sehinggakan Allah menurunkan satu ayat yang khusus buat mereka mengisytiharkan Kaab bebas daripada sebarang dosa, bagaikan bayi yang baru lahir..

Inilah sebenarnya yang Allah mahu kita teliti bersama, bahawa di setiap apa yang Allah turunkan ‘hadiah’ ujian itu buat kita, pasti disana terselit seribu satu hikmah yang Allah jualah yang mengetahuinya.

Apa tidaknya, bila sakit datang menerpa, bila kesedihan datang melanda, bila kemiskinan menjenguk kita, bila dunia ini dirasakan sempit tidak terkira..

Di saat itulah, kita mula mencari sejadah yang sudah lama tersimpan rapi, mencari kopih yang sudah lama dibiarkan tanpa dicuci, menjenguk masjid yang dulunya tak pernah dilangkahi.. mencari ketenangan malam untuk bertahajud pada Ilahi yang sebelumnya masa-masa itu enak dibuai mimpi,demi untuk mencari ketenangan dan kekuatan dari Ilahi..

Begitulah kita, di saat ‘hadiah’ ujian itu datang, kita merasakan hanya Allah sajalah yang mampu membantu kita, hanya Allah sajalah yang ada untuk mendengar rintihan hati kita..
Kalau inilah buah dari sebuah ujian itu.. kenapa tidak kita mensyukurinya.. kenapa kita perlu mensia-siakan ‘hadiah’ ini untuk kita mendekaatkan lagi diri kita pada-Nya.

Sahabat-sahabatku sekalian.. Allah sedang menguji kita setiap waktu dan ketika, hanya untuk melihat apakah kita ini benar-benar beriman atau hanya berdusta, sebab itulah Allah turunkan satu firmanya untuk dihayati bersama..

Maksudnya:
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(al-ankabut:3)


Ya Allah, jika ujian sajalah yang mampu membentuk dan mendidik hati ini untuk sentiasa berasa rindu pada-Mu, jika ujian inilah yang dapat menghapuskan karat-karat dosa yang ada dalam hatiku, jika ujian inilah sebagai sumber menambahkan kekuaatan imanku, maka hambamu ini bersyukur atas ujian-ujian yang telah engkau berikan padaku Ya Allah,

Juga hambamu memohon agar sentiasa DIBESARKAN IMAN tika ujian itu datang melanda..

BUAH TANGAN DARI MENTERI BESAR KELANTAN

Ana tinggalkan sahabat sekalian dengan petikan dari kata-kata Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz tentang musibah..

“orang yang kurang beriman ataupun tidak beriman, hidupnya bagai layang-layang yang putus tali. Nampak sahaja bebas, ke atas dan ke bawah. Ke kanan dan ke kiri. Sebenarnya, dia tidak tahu untuk apa dia diuji dengan suka dan duka. Jika dia menerima nikmat, dia gembira. Jika dia ditimpa musibah, dia bersedih. Akhirnya, dia tua dalam keadaan keliru. Untuk apa nikmat itu dan untuk apa musibah itu. Bagaimana adabnya ketika menghadapi nikmat dan bagaimana pula ketika diuji dengan musibah. Dia sesungguhnya tidak mengerti. Bagaikan layang-layang, akhirnya dia akan jatuh ke dalam sungai atau merempuh pokok dan musnah. Bagi orang mukmin, dia ada tali yang terikat dengan Allah. Tali itu tali taqwa. Dia Nampak seperti tidak bebas tetapi dia selamat. Dengan ikatan yang sekukuh itu, ‘layang-layang’ orang mukmin akan dapat dinaikkan setiap petang dan dapat ditarik turun di awal pagi. Ia boleh disimpan semula dan dapat dinaikkan semula dengan selamat petang berikutnya sampai ke esok pagi.”

No comments:

Post a Comment