Meletakkan Ulamak Pada Tempatnya



Salam kebangkitan islam..

Maaf kalau tulisan ini sedikit bercelaru kerana artikel ini ditulis ketika penulis dalam keadaan yang agak tidak tenang.. tetapi atas dasar tangungjawab untuk menyampaikan sedikit perkongsian idea, saya ringankan juga untuk menulis..

Baru2 ini ketika penulis balik kg, penduduk kg sedang sibuk dengan persiapan untuk menyambut kedatangan Dato ketua Polis Kelantan ke kg penulis..

Kedatangan ini bukan kunjungan yang biasa bagi penulis.. kerana ianya agak luar biasa… dan inilah yang saya mahu kongsi bersama2..

tidak pernah saya lihat sejak akhir2 ni semangat bergotong royong yang sebegitu ditonjolkan oleh penduduk kg, selama beberapa hari, tak kira para pmuda, orang tua, termasuk muslimat bergotong royong menbersihkan masjid dibantu angota2 polis di kawasn sekitar.

Bukan ini isu yang penting di sini.. kedatangan Ketua Polis Negeri Kelantan ini, adalah bertujuan untuk menyampaikan ceramah agama pada sebelah malam jumaatnya dan menyampaikan khutbah keesokan harinya..

Apa yang mengagumkan penulis adalah, ketika beliau menyampaikan ceramah agama pada malam itu yang berkisarkan kehidupan berkeluarga dan para remaja.. banyak di selitkan dengan potongan2 Ayat al-Quran dan hadis…

Yang lebih membuatkan penulis berasa takjub melihat keadaan itu adalah, beliau menyampaikan ceramah tanpa menggunakan teks dan setiap dalil yang keluar adalah yang dihafal oleh beliau.. bukan sedikit dalil yang dikeluarkan..

Penulis termenung seketika… penulis yang menggambil bidang syariah ni pun tak menghafal dalil secekap beliau… dan lebih menyeronokkan, boleh dikatakan 80% penduduk kg keluar untuk mendengar ceramah tersebut.. sengguh menakjubkan..!! sampaikan kami terpasa solat di luar perkarangan masjid.. memang penulis tak pernah tengok keadaan sebegini di mana2 tempat..

Khutbah yang disampaikan amat terkesan saya kira.. dengan kelantangan suara dan isu2 yang bersifat moden menghidupkan lagi suasana khutbah di pagi jumaat itu..

Disini penulis mahu kita lihat kembali dimana semasa kegemilangan islam dahulu… panglima2 perang dan juga pemimpin2 tertingi Negara dipilih dari golongan2 yang kuat berpegang teguh dengan ajaran agamanya… menjadikan islam dan Negara islam itu sendiri sebagai kuasa yang digeruni satu ketika dahulu….

Tetapi selepas jatuhnya khilafah islamiah di turki satu masa dahulu… semua ini agak sukar dan hampir mustahil dilihat dimana2 negara islam.. bilakah lagi islam mahu berada di puncak jika golongan2 Ulamak dan orang yang berilmu pengetahuan tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya???

Bilakah lagi kita boleh melihat orang-orang kanan dalam sesebuah Negara semuanya berpegang teguh dengan ajaran Islam yang Syumul ini?? bukan hanya islam pada nama yang kita mahukan tapi yang jauh lebih penting dari itu..

iaitu islam pada PEMIKIRAN dan TINDAKANya.....

Artikel ini hanyalah luahan hati penulis yang mahu sama-sama melihat bahawa khilafah islamiah itu kembali tertegak di dunia ini… kalaupun tidak sampai dapat membina khilafah… biarlah golongan ulamak ini diangkat ke tempat yang sepatutnya…

Menjadikan Ulamak sebagai Umarak(pemimpin) adalah sebaik-baik jalan bagi mengembalikan keIzzahan dan keAgungngan Islam dan membangkitkan kekuatan Ummat islam itu sendiri…

Ulamak Menerajui Kebangkitan……!!!

1 comment:

srikandi_affan said...

salam~
teringin nk jumpa ketua polis negeri Kelantan tue.. syukran atas teguran n pendapat..betul usaha amat penting, we get what we deserve..Allah xmelihat hasil tp usaha kita..sgt setuju..mayB setiap org pny cara study yg berbeza...pepe pun kita perlu usaha sebaik mungkin..juz remind, dlm kesibukkan berusaha, jgn smpi lupa pergantungan kita ttp pd DIa..k usaha semaximum mungkin..!!bittaufiq wannajah

Post a Comment