Dakwah oh Dakwah



Artikel ini ditulis ketika ada yang masih tersengih, tengah mengaru-garu kepalanya dan ada juga yang masih berjuang dengan madah dakwah di dewan peperiksaan, saya kira..

Kisah ini dari penulis dan untuk penulis.. takde kene mengena dengan orang lain.. tapi kalau di sana ada ibrah yang antum rasakan berguna… kutiplah..

Pagi tadi hujan lebat sangat.. kawan-kawan serumah ramai yang memilih untuk naik bas je.. tapi saya rasa nak redah jugak hujan tu dengan moto kesayangan tu.. hehe.

Jadi.. masukkah ke dewan exam hari ni dengan stoking yang basah kene hujan.. he.

Satu lagi.. entah kenape hari nie rasa nak parking kat pkp je.. jadi terpaksalah jalan jauh.. ikut DKP 4,3,2,1.. baru sampai FSU.. masa tibe je kat fsu tu.. cuak r jugak.. jam baru menunjukkan jam 8.55 (baru ke?), tapi takde orang pun kat koridor.. masukklah exam dengan tersengih-sengihnye sebab lewat..

Dah-dah.. bukan itu yang nak penulis nak ceritakan kat sini..

Sebelum penulis menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan.. tiga kali penulis khatamkan buku dakwah tu.. sekali, sebelum exam arab lagi.. kedua semalam.. last sekali pgi tadi.. dari muka surat 1 sampailah 300.. tapi bukan tengok semua pun..

Yang pasti penulis perlu membuat persedian rapi sebelum masuk exam.. tak kisah ape orang nak kata.. kalau itu harga yang penulis perlu bayar untuk Berjaya… kenapa Tidak??

Betul setiap insan tidak dilahirkan sama kekuatan dan ketajaman akalnya.. kita tahu dimana tahap diri kita.. kalaulah kita tidak secekap dan sepintar orang lain.. jadi harga yang perlu dibayar untuk berjaya pun lebih lah..

Dalam dewan exam hari ini.. tak sampai sejam dah ada yang keluar.. lepas sorang, sorang yang keluar.. cuak jugak melihat keadaan tu..

Dalam masa yang sama kertas jawapan objektif penulis tak tertanda ape2 pun lagi..
Sebab stategi (macam perang r pulak.. tapi memang perang pun kan) yang penulis gunakan tanda dulu dalam kertas soalan sebab nanti sebelum dipindahkan jawapan ke dalam kertas jwapan penulis baca dulu sekali lagi untuk semakan..

Sekarang dah hampir separuh yang dah keluar.. hati kecil penulis meronta-ronta nak keluar jugak macam orang lain..

Penulis bermonolog sendiri…

Biarlah diorang tu nak keluar dulu pun.. yang pasti.. kita puas hati dengan kerja dan usaha kita..Selama enam bulan kita belajar dan semua tu ditentukan dalam masa dua setengah jam ini je.. jadi sabar lah sikit.. semak la lagi..

Orang lain semakin ramai yang keluar.. rasa macam ada tekanan je disitu.. namun penulis gagahkan juga untuk terus menyemak..

Last sekali, sebelum nak keluar tu.. penulis memujuk lagi supaya terus pastikan tidak ada walaupun satu kesilapan..

Penulis pun buat r macam zaman budak-budak dulu.. pastikan setiap nombor dihitamkan dengan satu jawapan.. bukan sekali penulis buat begitu.. tapi tiga kali..

Sebelum keluar.. sekali lagi penulis buat kerja ‘gila tu” pastikan yang dijawab di kertas soalan sama dengan di kertas jawapan..

Mungkin ada yang berangapan ini kerja bodoh.. atau kerja orang yang tidak punya keyakinan.. tidak punya pendirian…. takde kerja… dan macam-macam lagilah..

Biar apapun istilahnya… penulis merasakan bahawa penulis kene buat semua nie.. semak no pendaftaran berulang-ulang.. pastikan semua dihitamkan.. khatam buku dakwah berkali-kali..

Sebab penulis tahu yang penulis tak sehebat orang lain.. jadi penulis perlu buat kerja-kerja “gila” tu semua..

Dan kalau penulis buat sesuatu pastikan buat secara “gila-gila” ya… itulah istilahnya… yang saya pinjam dari seorang ustaz masa di sekolah dulu…

Sebab tu kadang-kadang ada yang tengok penulis ni “gial-gila”… yang tu nanti kite ceritakan kemudian..

Selepas dah buat semua-semua 2.. dan merasakan.. ya, aku dah buat segalanya-galanya usaha yang dirasan perlu dan termampu.. penulis pun keluar tepat jam 10.29pg.. masa tu masih barbaki 21orang lagi dalam dewan..(sempat lagi tu kire) hee.

Tetapi penulis keluar dengan cukup tenang.. sebab dengan usaha yang “gila-gila” itu.. penulis dah laksanakan tanggujawab penulis.. samaada kepada Allah, keluarga dan juga kepada ilmu itu sendiri..

faiza azzamta…. Fatawakkal alallah….”..

bahawa sesunguhnya kamu berusahalah.. kamu bersunguh-sunguhlah.. kamu berjuanglah dengan pelbagai apa jua cara sekalipun…. Barulah kamu Bertawakkal pada Allah..

Ya Allah.. andai kata usaha “gila-gila” itu belum cukup untuk menjadi syarat pada hambamu untuk terus bertawakkal.. hambaMu ini redho ya Allah.. kerana hambaMu yang hina ini.. sudah menggerahkan segala kudrat dan tenaga yang ada sebagai manifestasi kepada Usaha itu Ya Allah..

Engkau berikanlah kepada kami Kejayaan di dunia dan di akhirat.. dan Engkau berkatilah dan jadikanlah ilmu yang kami telah pelajari, sedang dan akan kami pelajari ini sebagai “ilmu yang bermanfaat” yang menjadi syarat untuk mendapatkan naunganMu di Mahsyar kelak Ya Allah..

Amen Ya Robb..

7 comments:

una210 said...

Sebab tu kadang-kadang ada yang tengok penulis ni “gial-gila”

hoho,,
sy x nampak pon penulis "gila-gila" kadang2,,
rase mcm slalu,,
hooho

ibnuibrahim said...

una : belajarlah terima hakikat.. he

Mohd Hazimin Harun said...

sangat setuju

tindakan yang bagus. keluar dengan hati yang puas. tenang dengan usaha kita. doa dan tawakkal sebagai penyudah. terbaek

k u c e n g said...

insya ALLAH result basri gempak nye ah .

srikandi_affan said...

salam..1stly, bukan kerja bodoh pun yg enta buat tuh..mmg patut pun semak berulang kali..
usaha 'gila-gila'= semaximum mungkin la kn..
teruskan perjuangan, setiap orang berbeda, tak perlu gusar dgn apa yg org lain fikirkan..kita tahu diri kita lebih dr org lain..Moga Allah beri yg terbain utk kita semua! make sure usaha 'gila2' dulu..then bertawakal pdNYA...

Ainsolehah said...

Salam ziarah.
Pertama sekali, usaha yg anda katakan 'gila-gila' itu, tanpa anda sedari adalah menunjukkan betapa anda sebenarnya adalah seorg yg teliti. Dan sifat teliti memg harus ada pada setiap orang terutama sekali bg mereka yg mendokong agama Allah. Dan tahniah, kerana anda telah berjaya keluar dewan dgn hati yg puas.

Moga madah dakwah yg telah belajar didlm kelas secara teorin,dapat kita praktikkan. InsyaAllah. Moga anda sentiasa dirahmati Allah selalu. Ameen~

asmarosli said...

Salam...tahniah!kerana anta sudah berjaya melakukan perkara yang anta rasakan memang patut anta lakukan..ini kerana anta rasa diri anta tidak sehebat sahabat anta yang lain..tindakan anta amat wajar sekali untuk di ikuti dan di teladani..harap anta berjaya menjadi seorang pelajar yang bukan hanya bijak dalam mengawal tingkah lakunya bahkan baik budi pekertinya serta sentiasa mencari keberkatan dan keredhoan daripada-NYA..

Post a Comment