Disebalik Sebuah Ujian






Bissmillahirahmanirahim..

Buat sahabat-sahabat yang sedang di uji dengan kesakitan, juga buat warga nilam yang ditimpa masalah kecurian., tidak lupa juga buat sahabat-sahabat kita yang diuji dengan masalah kolej kediaman di saat-saat yang dirasakan genting ini, serta kepada sahabat-sahabat ana yang berada di mesir yang khabarnya sedang bergelut dengan kedutaan kerana semua pelajar-pelajar Malaysia akan dipindahkan ke kaherah, yang dikatakan berjumlah 9000 orang semuanya yang pastinya menuntut kos kehidupan yang lebih mencabar. Juga buat adik-adik yang masih tidak mendapat apa-apa tawaran untuk meneruskan pengajian samaada di matrik mahupun maktab..

Hanya bingkisan ini yang penulis dapat hadiahkan buat kalian dalam mendepani ujian-ujian yang Allah “hadiahkan” buat kalian..

Ingatkah kalian bahawa disana ada satu ayat yang Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang turunkan buat kita?



Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan mengatakan bahawa aku ini beriman!!, aku beriman!!,dan aku beriman!!!!

“wahum la yuftanun”….

Padahal mereka ini belum pun diuji..

Dalam bahasa lainya, apa yang ayat ini mahu memberitahu kita adalah..

“wahai manusia, janganlah kamu ego, janganlah kamu bongkak, dan janganlah kamu berasa bangga diri, dengan mengatakan bahawa kamu sudah beriman.. sudah beriman.. padahal kamu ini belum pernah diuji pun..”

Ayat ini dengan jelas telah memberikan kita satu isyarat, bahawa setiap insan yang mendakwa dirinya beriman pasti akan diuji.. ya.. pasti!!!.. kerana itulah janji tuhan buat kita..

Namun terserah kepada kita bagaimana untuk mentafsirkan ujian yang dihadiahkan buat kita itu..

DIBESARKAN IMAN VS. DIKECILKAN UJIAN

Kalaulah kita diberi pilihan untuk memilih antara “dibesarkan iman” atau “dikecilkan ujian”.. yang manakah yang kita akan terasa lebih selesa untuk memilihnya??

Dikecilkan ujian..

jika kita memilih untuk Allah mengecilkan ujian kepada kita.. yang sakit mintakan kesihatan, yang miskin minta kekayaan, yang susah mintakan kesenangan, yang tersepit mintakan keluasan..

apa yang kita dapat?? ya benar Allah itu Maha Pemurah.. kamu akan dapat apa yang kamu pinta.. cuma masa dan ketika yang membezakakanya.. samaada cepat atau lambat, samaada didunia mahupun diakhirat..

maka bersenang-senanglah kita dalam kenikmatan yang kita pinta itu.. dengan kembali melupakan yang Esa..

Dibesarkan iman

Tetapi jika dibesarkan iman itu yang menjadi pilihan .. maka kamu telah membuat satu keputusan yang tepat!

Ujian itu boleh datang dan pergi.. begitu juga dengan iman..jika kita meminta untuk Allah hilangkan ujian itu dalam hidup kita, ya, mungkin ianya akan hilang, ianya akan pergi.. namun AWAS!! Ianya juga boleh datang kembali..

Namun jika yang dipinta itu adalah agar dikuatkan iman dan Allah menganugerahkan kepada kita kekuatan iman itu.. ianya adalah satu asset yang tak ternilai harganya buat diri kita..

Bayangkan setiap kali datanganya ujian, kekuatan iman kita bertambah.. datang lagi ujian, bertambah lagi iman kita.. dan akhirnya semakin ditimpa ujian semakin bertambahlah iman kita.. sampai satu saat bahawa segala ujian yang menimpa kita menjadi satu wasilah untuk menambahkan kekuatan iman kita.. agar nanti kita tidak gentar dan tidak goyah menghadapi apa-apa ujian yang bakal tiba.

Dan begitulah sebenarnya sifat orang-orang mukmin, bahawa setiap apa jua peristiwa yang terbentang dan berlaku dihadapan matanya.. tidak lain hanyalah membuahkan iman dalam hatinya..

KALAULAH MEREKA PUN DIUJI

Kalaulah Nabi Yunus a.s itu pernah dilempar kedalam laut dahulu sebelum datangnya pertolongan berupa ikan paus untuk menyelamatkan Baginda..

Nabi Ibrahim a.s itu pula pernah dilemparkan kedalam ungun api yang besar oleh kaumnya sebelum Allah datangkan pertolongan dengan menjadikan api itu tidak memanas dan membakar tubuh baginda. .

Dan baginda Rasullulah s.a.w itu sendiri pernah dilontari dengan batu oleh penduduk-penduduk thaif sebelum didatangkan malaikat jibril yang menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif itu dengan bukit..

Kenapa tidak kita?? Apakah alasanya untuk ujian itu tidak dilontarkan kepada kita?? Siapalah kita untuk dibandingkan dengan Nabi-Nabi kekasih Allah.. yang mana mereka pun ditimpa dengan pelbagai ujian, bahkan jauh lebih berat dari apa yang kita hadapi..



BUAH YANG TERHASIL DARI UJIAN ITU

Ayuh kita lihat seketika tentang satu kisah yang diceritakan dalam kitab Riadhus Solihin pada bab taubat pada hadis yang bernombor 21. Cerita ini didatangkan oleh Kaab bin Malik dalam Hadis yang panjang. Ana cuba untuk ringkaskan bagi memudahkan pemahaman.

Kisah ini menceritakan bagaimana hukuman yang diterima oleh kaab akibat daripada beliau tidak menyertai perperangan Tabuk walaupun tanpa keuzuran.

Diringkaskan cerita, apabila Rasulullah pulang dari perperangan tabuk, para sahabat yang berjumlah seramai lapan puluh orang lebih kata ulamak yang tidak menyertai perperangan itu termasukkalah Kaab bin Malik, masing-masing datang kepada Rasullulah mengemukakan alasan kenapa mereka tidak dapat megikuti perperangan Tabuk tersebut dan Rasullulah mendoakan keampunan buat mereka.

Namun, apabila tiba giliran Kaab, beliau tidak memberikan apa-apa alasan sebaliknya memberitahu perkara yang sebenarnya. Sehingakan Rasullulah tidak mendoakan meminta ampun bagi pihak Kaab, sebaliknya Rasullulah menyuruh Kaab balik dan menunggu sahaja wahyu diturunkan terlebih dahulu.

Diringkaskan lagi, Kaab bersama dua orang lagi sahabat yang juga bercakap benar dan tidak mengemukakan apa-apa alasan kepada baginda, dikenakan hukuman dipulaukan oleh Rasullulah dan orang-orang muslim seluruhnya ketika itu.

Bukan sehari, bukan semingu tetapi selama lima puluh hari lima puluh malam lamanya,sehingga dirasakan dunia yang luas ini sempit baginya. Setiap orang yang ditemuinya tidak mahu bertegur sapa, sehinggakan mereka bertiga bertemankan air mata sahaja selama lima puluh hari tersebut..

Ujian yang kedua datang lagi buat Kaab, apabila Raja Ghassan yang beragama kristian menawarkan keamanan dan kesenangan buat Kaab jika beliau berhijrah ke Ghassan. Namun pantas Kaab berkata, ah, ini satu lagi ujian buatku, lalu membakar surat itu.

Tidak cukup dengan itu, pada hari yang ke empat puluh, baginda Rasullulah menyuruh Kaab menjauhi isterinya pula.. ujian apakah ini yang dikenakan keatas Kaab, perintah-perintah ini bukanlah datangnya dari Baginda Rasullulah, tetapi ianya wahyu dari Allah..

Sehinggalah hari yang ke lima puluh.. setelah selesai solat subuh, Rasullulah pun berkata bergembiralah wahai Kaab, bahawa sesungguhnya Allah telah menerima taubatmu..

Juga Allah telah menerima taubat tiga orang yang ditinggalkan di belakang, sehingga terasa
sempitlah bagi mereka bumi yang terbentang luas ini (at-taubah:118)


Alangkah indahnya saat itu bagi Kaab dan dua orang sahabatnya. Kaab bergegas mendapatkan Rasululullah, mereka semua pada ketika itu ibarat semuanya baru bertemu. Berpelukan dan saling bersyukur atas nikmat itu..

Nah, inilah dia buah dari sebuah ujian yang Allah hadiahkan buat Kaab bin Malik. Sehinggakan Allah menurunkan satu ayat yang khusus buat mereka mengisytiharkan Kaab bebas daripada sebarang dosa, bagaikan bayi yang baru lahir..

Inilah sebenarnya yang Allah mahu kita teliti bersama, bahawa di setiap apa yang Allah turunkan ‘hadiah’ ujian itu buat kita, pasti disana terselit seribu satu hikmah yang Allah jualah yang mengetahuinya.

Apa tidaknya, bila sakit datang menerpa, bila kesedihan datang melanda, bila kemiskinan menjenguk kita, bila dunia ini dirasakan sempit tidak terkira..

Di saat itulah, kita mula mencari sejadah yang sudah lama tersimpan rapi, mencari kopih yang sudah lama dibiarkan tanpa dicuci, menjenguk masjid yang dulunya tak pernah dilangkahi.. mencari ketenangan malam untuk bertahajud pada Ilahi yang sebelumnya masa-masa itu enak dibuai mimpi,demi untuk mencari ketenangan dan kekuatan dari Ilahi..

Begitulah kita, di saat ‘hadiah’ ujian itu datang, kita merasakan hanya Allah sajalah yang mampu membantu kita, hanya Allah sajalah yang ada untuk mendengar rintihan hati kita..
Kalau inilah buah dari sebuah ujian itu.. kenapa tidak kita mensyukurinya.. kenapa kita perlu mensia-siakan ‘hadiah’ ini untuk kita mendekaatkan lagi diri kita pada-Nya.

Sahabat-sahabatku sekalian.. Allah sedang menguji kita setiap waktu dan ketika, hanya untuk melihat apakah kita ini benar-benar beriman atau hanya berdusta, sebab itulah Allah turunkan satu firmanya untuk dihayati bersama..

Maksudnya:
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(al-ankabut:3)


Ya Allah, jika ujian sajalah yang mampu membentuk dan mendidik hati ini untuk sentiasa berasa rindu pada-Mu, jika ujian inilah yang dapat menghapuskan karat-karat dosa yang ada dalam hatiku, jika ujian inilah sebagai sumber menambahkan kekuaatan imanku, maka hambamu ini bersyukur atas ujian-ujian yang telah engkau berikan padaku Ya Allah,

Juga hambamu memohon agar sentiasa DIBESARKAN IMAN tika ujian itu datang melanda..

BUAH TANGAN DARI MENTERI BESAR KELANTAN

Ana tinggalkan sahabat sekalian dengan petikan dari kata-kata Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz tentang musibah..

“orang yang kurang beriman ataupun tidak beriman, hidupnya bagai layang-layang yang putus tali. Nampak sahaja bebas, ke atas dan ke bawah. Ke kanan dan ke kiri. Sebenarnya, dia tidak tahu untuk apa dia diuji dengan suka dan duka. Jika dia menerima nikmat, dia gembira. Jika dia ditimpa musibah, dia bersedih. Akhirnya, dia tua dalam keadaan keliru. Untuk apa nikmat itu dan untuk apa musibah itu. Bagaimana adabnya ketika menghadapi nikmat dan bagaimana pula ketika diuji dengan musibah. Dia sesungguhnya tidak mengerti. Bagaikan layang-layang, akhirnya dia akan jatuh ke dalam sungai atau merempuh pokok dan musnah. Bagi orang mukmin, dia ada tali yang terikat dengan Allah. Tali itu tali taqwa. Dia Nampak seperti tidak bebas tetapi dia selamat. Dengan ikatan yang sekukuh itu, ‘layang-layang’ orang mukmin akan dapat dinaikkan setiap petang dan dapat ditarik turun di awal pagi. Ia boleh disimpan semula dan dapat dinaikkan semula dengan selamat petang berikutnya sampai ke esok pagi.”

Dakwah oh Dakwah




Artikel ini ditulis ketika ada yang masih tersengih, tengah mengaru-garu kepalanya dan ada juga yang masih berjuang dengan madah dakwah di dewan peperiksaan, saya kira..

Kisah ini dari penulis dan untuk penulis.. takde kene mengena dengan orang lain.. tapi kalau di sana ada ibrah yang antum rasakan berguna… kutiplah..

Pagi tadi hujan lebat sangat.. kawan-kawan serumah ramai yang memilih untuk naik bas je.. tapi saya rasa nak redah jugak hujan tu dengan moto kesayangan tu.. hehe.

Jadi.. masukkah ke dewan exam hari ni dengan stoking yang basah kene hujan.. he.

Satu lagi.. entah kenape hari nie rasa nak parking kat pkp je.. jadi terpaksalah jalan jauh.. ikut DKP 4,3,2,1.. baru sampai FSU.. masa tibe je kat fsu tu.. cuak r jugak.. jam baru menunjukkan jam 8.55 (baru ke?), tapi takde orang pun kat koridor.. masukklah exam dengan tersengih-sengihnye sebab lewat..

Dah-dah.. bukan itu yang nak penulis nak ceritakan kat sini..

Sebelum penulis menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan.. tiga kali penulis khatamkan buku dakwah tu.. sekali, sebelum exam arab lagi.. kedua semalam.. last sekali pgi tadi.. dari muka surat 1 sampailah 300.. tapi bukan tengok semua pun..

Yang pasti penulis perlu membuat persedian rapi sebelum masuk exam.. tak kisah ape orang nak kata.. kalau itu harga yang penulis perlu bayar untuk Berjaya… kenapa Tidak??

Betul setiap insan tidak dilahirkan sama kekuatan dan ketajaman akalnya.. kita tahu dimana tahap diri kita.. kalaulah kita tidak secekap dan sepintar orang lain.. jadi harga yang perlu dibayar untuk berjaya pun lebih lah..

Dalam dewan exam hari ini.. tak sampai sejam dah ada yang keluar.. lepas sorang, sorang yang keluar.. cuak jugak melihat keadaan tu..

Dalam masa yang sama kertas jawapan objektif penulis tak tertanda ape2 pun lagi..
Sebab stategi (macam perang r pulak.. tapi memang perang pun kan) yang penulis gunakan tanda dulu dalam kertas soalan sebab nanti sebelum dipindahkan jawapan ke dalam kertas jwapan penulis baca dulu sekali lagi untuk semakan..

Sekarang dah hampir separuh yang dah keluar.. hati kecil penulis meronta-ronta nak keluar jugak macam orang lain..

Penulis bermonolog sendiri…

Biarlah diorang tu nak keluar dulu pun.. yang pasti.. kita puas hati dengan kerja dan usaha kita..Selama enam bulan kita belajar dan semua tu ditentukan dalam masa dua setengah jam ini je.. jadi sabar lah sikit.. semak la lagi..

Orang lain semakin ramai yang keluar.. rasa macam ada tekanan je disitu.. namun penulis gagahkan juga untuk terus menyemak..

Last sekali, sebelum nak keluar tu.. penulis memujuk lagi supaya terus pastikan tidak ada walaupun satu kesilapan..

Penulis pun buat r macam zaman budak-budak dulu.. pastikan setiap nombor dihitamkan dengan satu jawapan.. bukan sekali penulis buat begitu.. tapi tiga kali..

Sebelum keluar.. sekali lagi penulis buat kerja ‘gila tu” pastikan yang dijawab di kertas soalan sama dengan di kertas jawapan..

Mungkin ada yang berangapan ini kerja bodoh.. atau kerja orang yang tidak punya keyakinan.. tidak punya pendirian…. takde kerja… dan macam-macam lagilah..

Biar apapun istilahnya… penulis merasakan bahawa penulis kene buat semua nie.. semak no pendaftaran berulang-ulang.. pastikan semua dihitamkan.. khatam buku dakwah berkali-kali..

Sebab penulis tahu yang penulis tak sehebat orang lain.. jadi penulis perlu buat kerja-kerja “gila” tu semua..

Dan kalau penulis buat sesuatu pastikan buat secara “gila-gila” ya… itulah istilahnya… yang saya pinjam dari seorang ustaz masa di sekolah dulu…

Sebab tu kadang-kadang ada yang tengok penulis ni “gial-gila”… yang tu nanti kite ceritakan kemudian..

Selepas dah buat semua-semua 2.. dan merasakan.. ya, aku dah buat segalanya-galanya usaha yang dirasan perlu dan termampu.. penulis pun keluar tepat jam 10.29pg.. masa tu masih barbaki 21orang lagi dalam dewan..(sempat lagi tu kire) hee.

Tetapi penulis keluar dengan cukup tenang.. sebab dengan usaha yang “gila-gila” itu.. penulis dah laksanakan tanggujawab penulis.. samaada kepada Allah, keluarga dan juga kepada ilmu itu sendiri..

faiza azzamta…. Fatawakkal alallah….”..

bahawa sesunguhnya kamu berusahalah.. kamu bersunguh-sunguhlah.. kamu berjuanglah dengan pelbagai apa jua cara sekalipun…. Barulah kamu Bertawakkal pada Allah..

Ya Allah.. andai kata usaha “gila-gila” itu belum cukup untuk menjadi syarat pada hambamu untuk terus bertawakkal.. hambaMu ini redho ya Allah.. kerana hambaMu yang hina ini.. sudah menggerahkan segala kudrat dan tenaga yang ada sebagai manifestasi kepada Usaha itu Ya Allah..

Engkau berikanlah kepada kami Kejayaan di dunia dan di akhirat.. dan Engkau berkatilah dan jadikanlah ilmu yang kami telah pelajari, sedang dan akan kami pelajari ini sebagai “ilmu yang bermanfaat” yang menjadi syarat untuk mendapatkan naunganMu di Mahsyar kelak Ya Allah..

Amen Ya Robb..

Meletakkan Ulamak Pada Tempatnya




Salam kebangkitan islam..

Maaf kalau tulisan ini sedikit bercelaru kerana artikel ini ditulis ketika penulis dalam keadaan yang agak tidak tenang.. tetapi atas dasar tangungjawab untuk menyampaikan sedikit perkongsian idea, saya ringankan juga untuk menulis..

Baru2 ini ketika penulis balik kg, penduduk kg sedang sibuk dengan persiapan untuk menyambut kedatangan Dato ketua Polis Kelantan ke kg penulis..

Kedatangan ini bukan kunjungan yang biasa bagi penulis.. kerana ianya agak luar biasa… dan inilah yang saya mahu kongsi bersama2..

tidak pernah saya lihat sejak akhir2 ni semangat bergotong royong yang sebegitu ditonjolkan oleh penduduk kg, selama beberapa hari, tak kira para pmuda, orang tua, termasuk muslimat bergotong royong menbersihkan masjid dibantu angota2 polis di kawasn sekitar.

Bukan ini isu yang penting di sini.. kedatangan Ketua Polis Negeri Kelantan ini, adalah bertujuan untuk menyampaikan ceramah agama pada sebelah malam jumaatnya dan menyampaikan khutbah keesokan harinya..

Apa yang mengagumkan penulis adalah, ketika beliau menyampaikan ceramah agama pada malam itu yang berkisarkan kehidupan berkeluarga dan para remaja.. banyak di selitkan dengan potongan2 Ayat al-Quran dan hadis…

Yang lebih membuatkan penulis berasa takjub melihat keadaan itu adalah, beliau menyampaikan ceramah tanpa menggunakan teks dan setiap dalil yang keluar adalah yang dihafal oleh beliau.. bukan sedikit dalil yang dikeluarkan..

Penulis termenung seketika… penulis yang menggambil bidang syariah ni pun tak menghafal dalil secekap beliau… dan lebih menyeronokkan, boleh dikatakan 80% penduduk kg keluar untuk mendengar ceramah tersebut.. sengguh menakjubkan..!! sampaikan kami terpasa solat di luar perkarangan masjid.. memang penulis tak pernah tengok keadaan sebegini di mana2 tempat..

Khutbah yang disampaikan amat terkesan saya kira.. dengan kelantangan suara dan isu2 yang bersifat moden menghidupkan lagi suasana khutbah di pagi jumaat itu..

Disini penulis mahu kita lihat kembali dimana semasa kegemilangan islam dahulu… panglima2 perang dan juga pemimpin2 tertingi Negara dipilih dari golongan2 yang kuat berpegang teguh dengan ajaran agamanya… menjadikan islam dan Negara islam itu sendiri sebagai kuasa yang digeruni satu ketika dahulu….

Tetapi selepas jatuhnya khilafah islamiah di turki satu masa dahulu… semua ini agak sukar dan hampir mustahil dilihat dimana2 negara islam.. bilakah lagi islam mahu berada di puncak jika golongan2 Ulamak dan orang yang berilmu pengetahuan tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya???

Bilakah lagi kita boleh melihat orang-orang kanan dalam sesebuah Negara semuanya berpegang teguh dengan ajaran Islam yang Syumul ini?? bukan hanya islam pada nama yang kita mahukan tapi yang jauh lebih penting dari itu..

iaitu islam pada PEMIKIRAN dan TINDAKANya.....

Artikel ini hanyalah luahan hati penulis yang mahu sama-sama melihat bahawa khilafah islamiah itu kembali tertegak di dunia ini… kalaupun tidak sampai dapat membina khilafah… biarlah golongan ulamak ini diangkat ke tempat yang sepatutnya…

Menjadikan Ulamak sebagai Umarak(pemimpin) adalah sebaik-baik jalan bagi mengembalikan keIzzahan dan keAgungngan Islam dan membangkitkan kekuatan Ummat islam itu sendiri…

Ulamak Menerajui Kebangkitan……!!!

Kembali Kepada Fitrah



salam.. lama benar diri ini tidak meluangkan masa untuk menulis di ruangan ini.. apapun insyalah.. akan saya gagahkan juga tangan ini untuk berkongsi sedikit buah fikiran yang ada..

dalam bulan ni sahaja dah dua kali saya menjejakkan kaki di bumi kelahiran tercinta.. balik kali nie pun tak dirancang, tibe2 je hati rasa nak balik tenagkan jiwa kat kg sebelum exam mgu hadapan..

memang benar kata orang,, apabila istilahnya Kembali Kepada Fitrah"... jiwa akan akan menjadi tenang...

contohnya... bila kita berada dalam keadaan dosa dan keluh kesah... hati kita akn menjadi tenang kembali bila kita bermunajjat pada yang Esa..

bila hati kita sudah bosan dengan suasana hiruk pikuk di bandar... jiwa kita akn kembali tenang bila kita pulang ke kmpunhg halaman...

sebab itulah istilahnya kembali kepada fitrah.. kita lihat kembali, apakah sebenarnya FITRAH yang dikurniakan kepada kita??

memang sejak lahir lagi, manusia nie fitrahnya suka kepada kebaikan.. jadi kenapa masih timbul golongan yang sering melakukan keburukan, kerosakan, kezaliman dan penindasan??

sebenarnya hati kecil mereka meronta-ronta mahu pulang kepada fitrah...

jadi kita seharusnya membantu diri kita dan juga sahabat di luar sana.. yang benar2 mahukan jalan pulang kepda fitrah..

jangan cepat menghukum.. tapi kita penyeru dan pengajak kearah jalan fitrah itu..
janganlah kerana kita makin hilang rasa fitrah dalam jiwa mereka..

jadi gunalah kaedah dan cara yang sebaik mungkin bagi mendekati mereka.. apakah cara yang Terbaik itu???

jawapannya bebebeza2 mengikut golongan sasaran kita.. apapun kita sudah dibekalkan Al-Quran dan juga Sunnah Rasullnya.. tingal lagi samada kita mahu menerokanya ataupun tidak..

ayuh.. kita bangkit dari tidur yang panjang.. sama2 bergerak menuju fitrah...