Tarbiyyah Ilahi


Bismillahirahmanirahim..


Pada hari ini ramai yang mengagumi susuk tubuh Muhammad Bin Abdullah seorang Rasul yang diutuskan oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya. Namun tidak ramai yang mengetahui tarbiah yang diterima oleh baginda dalam membawa rislah yang agung ini.

Misi yang besar ini sebenarnya melalui satu perjalanan yang dinamakan sebagai Tarbiah Ilahi yang diterapkan langsung oleh Sang Pencipta kepada kekasihnya pembawa risalah suci.
bermula dengan pembersihan hati ketika Baginda masih kecil sebagaimana yang digambarkan dalam mafhum hadis:

Dari Anas bin Malik katanya:
“sesunggguhnya Rasullullah datang kepadanya jibril a.s dan dia sedang bermain-main denga anak-anak. Jibril memegangnya dan membaringkannya, lalu dibuka jantungnya dan dikeluarkanya jantung itu dan dibuangnya segumpal darah. Kata jibril kepada Nabi: “ini bahagian (jalan) syaitan kepada engkau”. Kemudian jantung itu dibersihkan dalam bejana emas, dengan air zam-zam.kemudian dipertautkan kembali, sesudah jantung diletakkan kembali di tempatnya. Anak-anak itu berlari menemui ibu yang menyusukan Nabi dan mengatakan ‘bahawa Muhammad telah dibunuh’ mereka datang menemuinya sedang waktu itu mukanya masih pucat” (hadis no86 terjemahan hadis shahih Muslim bahagian pertama (keimanan).

Ketika di alam remaja yang ketika itu masyarakatnya hidup dalam suasana yang penuh dengan maksiat dek kerana kejahilan yang menimpa kaum mereka ketika itu, sekali lagi kita melihat Allah mentarbiah kekasih-Nya.

“Aku tidak pernah hendak melakukan seperti mana yang dilakukan oleh sebahagian besar orang-orang jahiliah, kecuali dua kali tetapi dielak dan dijauhkan oleh Allah SWT. Lepas itu aku lupa hinggalah aku diutuskan. Di suatu ketika aku sedang berternak dengan seorang pemuda lain dimana aku telah meminta beliau agar tolong melihat kambing ternakkanku sementara aku hemdak pergi melihat-lihat di Kota Mekkah. Pemuda itu sanngup menunaikan harapanku itu dan aku pun keluar sehinnga akhirnya sampai ke rumah pertama di Kota Mekkah dan aku mendengar permainan lantas aku pun bertanya apakah bunyi-bunyian itu? Orang memberitahuku bahawa itulah keramaian dan pesta. Aku pun duduk hendak mendengar tetapi tuhan (Allah) telah menulikan (tidak dapat mendengar) sejurus telingaku mengebabkanku terlena dan terjaga semula bila sinaran cahaya matahari memancar ke mukaku.aku pulang serta merta menemui sahabatku tadi. Beliau bertanya halnya dengan diriku semalam. Aku pun menceritakan apa yang berlaku. Dan suatu malam yang lain sekali lagi aku meminta supaya membenarkan akau keluar seperti dahulu tetapi sebaik sahaja sampai di mekkah terus berlaku perkara yang sama seperti dahulu keatas diriku. Lepas itu aku tidak mencuba lagi” (Hadis Riwayat Ibnu Atsir)

Lihatlah bagaimana Allah menjaga bakal seorang Rasul yang akan membawa risalah-Nya daripada dicemari dengan bibit-bibit jahiliah jauh sekali terleka dalam kemaksiatan.

Kita lihat pula bagaimana Tarbiah sebenar yang terpaksa Baginda lalui dalam misi membawa amanah dakwah yang cukup besar ini.

Bagaimana diceritakan dalam satu riwayat Rasullullah bertahannuth iaitu menyucikan diri dan beribadah di gua Hira’ selama tiga tahun sebelum Baginda diutus menjadi seorang Rasul. Masa ibadahnya adalah selama sebulan setiap tahun iaitu dibulan Ramadhan.

mengasingkan diri dari segala amalan jahiliah yang menimpa kaumnya ketika itu demi mencari suatu sinar yang agung lagi suci.

Tarbiah Sebenar Bermula.

Turunnya surah Al-Muzzammil memberikan petunjuk manhaj tarbiah yang terpaksa dilalui oleh Baginda seawal dilantik menjadi Rasul.

Ayat pertama surah ini memberikan satu sahutan buat orang yang berselimut( baginda Rasulluh) untuk terus bangun dan bangkit menyebarkan dakwah dan sinar islam kepada seluruh ummat.

Sebagaimana yang digambarkan dalam tafsir Fi zillalil Quran “ Rasullullah telah diseru BAGUNLAH!!!, lalu baginda terus bagun dari tidurnya, dan terus bangun untuk lebih dari dua puluh tahun tanpa berehat demi untuk memikul beban dakwah dan amanah yang teragung itu”

Ayat ini diturunkan mewajibkan Rasullulah dan para sahabat untuk solat Qiamullail, selama dua belas bulan lamanya perintah ini diwajibkan kepada baginda Rasullulah dan Sahabat, namun setelah genap setahun ayat yang ke dua puluh surah yang sama diturunkan bagi memberikan keringanan kepada para sahabat menjadikan solat ini hanyalah sebagai perkara sunat, namun tetap di wajibkan kepada baginda Rasullulah..

Lihatlah, betapa Allah mahu mengajar kita. Untuk membawa agenda dakwah ini sebenarnya bukan semudah yang disangka, kerana diri terlebih dahulu perlu dipersiapkan dengan apa yang dimanakan Tarbiah Rohiah.. benar kita bukanlah seorang seperti Nabi yang mendapat Tarbiah Ilahi namun perlu diingat Al-quran itu diturunkan juga buat kita..

Jadi kalaulah Baginda Rasullulah juga diajar dan dididik dengan tarbiah yang sebegitu rupa (amalan Qiamullail) bagi mempersiapkan kekuatan menghadapi segala mehnah dan tribulasi di jalan dakwah ini kenapa tidak kita yang juga di amanahkan sebagai khalifah di muka bumi ini??

Surah ini telah memberikan isyarat yang jelas kepada seluruh makhluk yang bergelar manusia bahawa Tarbiah Rohiah (hati/dalaman) itu sememangnya diperlukan sebelum melangkah ke medan yang lebih besar, kerana musuh dalam perperangan kita contohnya. Bisa saja mereka penat dan terlalai, tetapi musuh yang sudah berjanji kepda Allah bahawa mereka takkan pernah jemu untuk menyesatkan kita itu sebenarnya berada dalam diri kita sendiri dan sentiasa mendampingi kita di setiap masa dan ketika iaitu syaitan laknatullah.

Jadi ayuhlah kita selaku pemegang taklifan sebagai seorang khalifah di muka bumi ini, menghidupkan kembali apa yang dinyatakan dalam surah Al-Muzzammil yang menyeru kita bagun di waktu malam mengerjakan solat, membaca Al-quran, berzikir dengan khusuk dan menumpukan ingatan kta kepada Allah semata-mata. Sebagai bekalan untuk menghadapi segala macam dugaan dan rintangan dalam bermusafir di dunia yang sementara ini..

Rujukan:
1- Tafsir Fi Zilalil Quran, Assyahid Sayyid Qutb.
2- Terjemahan Hadis Shahih Muslim, BULAN BINTANG JAKARTA
3- Quranic Group 1 Bahagian 2, ITQAN EVENT MANAGEMENT.

No comments:

Post a Comment