Islam itu yang aku perjuangkan..


Ramai dikalangan kita pada hari ini mengaku sebagai seorang pejuang islam, mahu mendaulahkan islam mahu memartabatkan islam, mahukan islam menjadi dominan dan sebagainya..

Tapi tahukah mereka apakah itu islam yang sebenarnya..

Dalam frasa yang ringkas dan mudahnya… islam itu agama yang Syumul.. merangkumi segala, seluruh dan segenap aspek kehidupan..

Allah dan Rasul-Nya tidak meninggalkan kita terkapai-kapai dalam kebuntuan dan kebingungan, kerana semua telah terzahir pada kalam Yang Esa dan dan kalam Kekasih-Nya.

Rasullullah mengajar kita, bahawa islam itu merangkumi akidah, ibadah, muamalah, syariat, akhlak mahupun siasah..

Jadi ambillah islam itu sebagaimana yang Rasulullah ajarkan kepada kita..

Amatlah malang jika pada hari ini ada golongan yang mengunakan islam sebagai hadaf perjuangan dan sumber aspirasi mereka, namun islam yang mereka ambil itu bukan seperti mana yang diajarkan oleh Rasullullah kepada kita..

Resah dan gelisah mereka itu tatkala membicarakan perkara-perkara yang tidak sebulu dengan mereka, lebih memalukan.. apabila mereka mengatakan sesuatu yang pernah Rasullulah sendiri buat adalah sesuatu yang kotor dan tidak relevan..

Jadi ayuhlah golongan-golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang islam.. kita pelajari, dalami dan hayati islam itu seperti mana yang Allah dan Rasul-Nya mahukan..

Kita gerakkakn segala kudrat dan usaha kita untuk memahami apakah islam itu sebenarnya..

Dan kita juga perlu gerakkan segala kekuatan dan kemampuan yang kita ada, untuk memahamkan orang ramai akan makna islam, seperti yang sepatutnya.

Jika semua ummat islam itu memahami islam seperti yang dibawa oleh Rasullullah, sudah pasti kesatuan ummat islam itu akan lahir serta perpecahan dan permusuhan sesama ummat islam itu dapat dikuburkan…

4 comments:

Si Pengemis Iman said...

bismillah..
ana terpanggil utk memberikan sedikit komen pada post ini..
sememangnya jika kita lihat pd keadaan umat Islam hari ini,sangatlah buruk dan parah keadaannya..

"Amatlah malang jika pada hari ini ada golongan yang mengunakan islam sebagai hadaf perjuangan dan sumber aspirasi mereka, namun islam yang mereka ambil itu bukan seperti mana yang diajarkan oleh Rasullullah kepada kita"

kata2 yg amat tepat sekali utk menggambarkan situasi kita masa kini..
judi pun dah jadi halal sekarang..
yg paling saya kesali adalah tentang fesyen2 tudumg masa kini..
alangkah bagusnya seandainya kesedaran muslimah2 ini utk memakai tudung dilakanakan dgn cara yg betul..
bukan melaksanakan yg halal dlm yg haram>_<

apa2 pun..
nice post..
teruskan usaha dakwah di medan maya ini
wassalam

tok pulai chondong said...

dalam bergerak sebagai pejuang haraki..antara satu penigisian penting ialah muhasabah haraki..membincangkan semula hadaf perjuanagan, pengisian dalam perjuangan dan kaedah dan pembaharuan dalam perjuangan..kadang2 kaedah atau uslub yg kita guna sendiri pun masih lagi dalam lingkungan yang boleh dibahaskan...
namun dalam konteks maudhu' dakwah itulah yg menjadi masalah dalam bebrapa gerkan sahabat2 kita yg memeningkan kita utk menerangkan dan ia pula menjadi faktor lambatnya maudhu' dakwah itu sampai..sama-sama kita muhasabah

`Ammar Sahrim said...

Ummat Islam yang tidak faham Islam menghina-hina Islam. Ummat Islam yang faham Islam pula malas menyebarkannya. Yang menyebarkannya pula bergaduhan akan teritori dakwahnya. Yang bergaduhan, berakhir dengan benci membenci sesama mereka

petikan daripada www.ms.langitilahi.com

ibnuibrahim said...

perjuangan ini tidak lebih dari mahu melihat teman-teman juga memahami islam seperti mana yang sewajarnya.. tidak menolak walaupun satu juzu' dari agama..

ammar: mungkin kita masih boleh bersama dalam perkara-perkra yang boleh disepakati bersama..

Post a Comment