Iktibar Dari Bukit Uhud (1)




Perperangan uhud merupakan perperangan yang kedua berlaku selepas perperangan Badar, setelah umat islam ketika itu dihadiahi dengan kemenangan dan kemegahan yang besar dalam perang Badar, Bukit Uhud menyaksikan pengajaran yang berharga buat semua ummat islam di setiap tempat dan zaman.

Konsep terpenting yang diajar oleh Rasullulah kepada kita ialah mengamalkan musyawarah di dalam setiap perkara yang memerlukan syura dan perbahasan. Menyingkap kembali peristiwa yang berlaku dalam perperangan uhud. Bagaimana pada awalnya Rasullulah lebih cenderong untuk hanya bertahan di dalam kota madinah, begitu juga dengan golongan-golongan tua, namun golongan muda berkeras mahukan agar mereka berkubu di luar kota di atas sebab-sebab yang tertentu.

Diringkaskan cerita akhirnya Baginda Rasullullah memilih cadangan daripada kaum muda agar berkubu di luar kota madinah.

Namun setelah Rasullulah bersiap dengan baju besinya untuk keluar berperang, timbul kekesalan kepada kaum muda kerana telah memaksa Nabi untuk membuat keputusan yang bukan pilihanya.

Namun dengan tegas dan pasti nabi menjawab “adalah tidak wajar bagi seorang Nabi apabila telah memakai pakaian perangnya untuk meletakkannya kembali sebelum berperang”

Sirah ini mengajar kita suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan bermasyarakat, berjamaah ataupun berpesatuan. Betapa pentingnya musyawarah di adakan bagi menatijahkan sesuatu hasil yang benar-benar memberi impak yang besar.

Namun harus di ingat, peristiwa ini juga mengajar kita bahawa, kita tidak boleh sekali-kali berpaling daripada keputusan yang telah di buat secara syura ataupun sebulat suara di dalam sesuatu musyawarah. Kerana Rasullulah telah mengajarkan kepada kita bahawa walauapapun jua keputusan yang keluar daripada hasil perbincangan haruslah diraikan bersama, walaupun kita tidak bersetuju dengan keputusan yang telah di buat.

Ini bukan bermakna kita terpaksa mengikut dengan membabi buta, namun harus diingat kita telah diberi peluang dan ruang untuk melontarkan idea kita semasa musyawarah itu berlaku. Jadi keputusan syura adalah pilihan yang tepat dalam segala penyelesaian.

Kisah ini juga mengajar kita betapa kita tidak boleh lagi membincangkan kembali sesuatu perkara yang kita sendiri telah putuskan bersama, tambahan lagi apabila sesuatu keputusan itu sudah hampir dilaksanakan, kerana ianya akan mengundang bahaya dan kerugian yang besar kepada keputusan yang telah disepakati itu.

Jadi solusi yang terbaik dalam menghuraikan permasalahan ini adalah, setiap orang haruslah terlebih dahulu membuat ‘homework’ sebelum menghadiri sesuatu musyawarah di samping perlu berhati-hati dalam setiap cadanga dan idea yang ingin dilontarkan, kerana kita akan bertanggungjawab di atas setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita.

Jadilah seorang yang berfikiran lebih terbuka untuk menerima idea dan kritikan orang lain agar diri kita sentiasa meningkat maju kehadapan, dan yang pastinya agar membuahkan keputusan dan hasil yang terbaik dalam setiap tindakan yang di ambil.

2 comments:

tok pulai chondong said...

salam..
pertama kali sy dengar ada kaum tua dan kaum muda pada zaman nabi..sesiapa yg melabelkan dgn nama begini....
ada rujukan tak??

ibnuibrahim said...

ustaz said.. graduan jordan... pada hakikatnya, kaum adullah bin ubai dan orang2 tua tidak mahu keluar dari kota madinah.. namun semangat golongan2 muda yang bertegas mahu keluar... istilah mungkin baru di cipta.. tapi kakikatnya memang begitu..

Post a Comment