Selamat Pulang Perantau

Meniti di hari-hari terakhir ramadhan ni.. pelbagai perasaan yang timbul, tapi sedih tu yang paling menonjol..

Bukan sebab dah nak berlalunya bulan yang penuh berkat ni.. namun, memikirkan diri sendiri yang rugi, dek kerana tidak mampu untuk mengerahkan seluruh kekuatan jiwa, mental dan fizikal yang telah dianugrahkan ni untuk merebut pahala berganda yang telah ditawarkan..

Nak tunggu ramadhan tahun hadapan, tak tahulah sempat ke tidak.. apa-apa pun hidup ini mesti diteruskan.. walaupun bulan yang mulia ini bakal pergi, Allah itu tetap kekal selamanya.. dan selagi ruh masih bersatu dengan badan, selagi itulah kita perlu terus... terus... dan terus.... beribadah.... dalam usaha untuk mengapai redhoNya...

Di saat ini, anak-anak perantau sibuk dengan urusan balik kampungnya, samaada yang bermusafir untuk mencari rezeki ataupun untuk menimba ilmu..

Jangan dilupa buah tangan buat keluarga dikampung, walaupun ianya sekadar senyuman dan sebuah doa..

Buat kawan-kawan seperjuangan, jangan dilupa, dalam keseronokan kita berhari raya.. perkara-perkara yang perlu kita ambil perhatian , sekadar perkongsian untuk kita laksanakan bersama.

Janganlah lepaskan peluang keemasan ini, untuk memohon kemaafan daripada keluarga dan rakan-rakan, kerana, kita munkin malu untuk meluahkannya di hari-hari biasa.. jadi, ambillah peluang ini sebaiknya.. untuk kita eratkan ukhwah antara kita.. agar yang sudah lama tersalah dan tersilap tu dapat kita betulkan kembali..

Jangan kita lupa.. bahawasanya doa pada malam hari raya pertama itu adalah diantara lima malal-malam yang paling mustajab doanya.. jadi.. rebutlah peluang ini.. dalam kita bergembira di hari raya, kita juga perlu bergembira dengan tawaran yang telah Allah janjikan kepada kita ini.. hidupkanlah malamnya sebagaimana kita menghidupkan malam untuk memburu lailatulqodar.

Akhirnya.. kembalilah kita kepada fitrah.. renunggilah seketika, untuk apa kita diciptakan sebenarnya???? jadikan Aidilfitri kali ini titik untuk kita melakukan penambahbaikan pada diri kita.. agar kita tidak menyesal dikemudian hari..

Buat yang mengenali.. seribu kemaafan dipinta.. andai sepanjang perkenalan kita semua.. ada silap dan salah..

Salam Aidilfitri.. kullu amm.. wa antum billkhoir..

2 comments:

una210 said...

ngeh3...
ya mush..
sihat kah
tarawikh penuh kah?
berapa rakaat?
eheeeee..:P
samat ari raya..my Allah give u His blessing on this Eid

srikandi_affan said...

salam 'alaik...
semoga ALLAH menerima segala amalan kita...
salam 'iedul fitri,
kullu 'am wa antum bilkhoir...
kalu jumpak tok guru, kim salam ea...
'ala kulli hal syukran,
siru 'ala barakatillah

Post a Comment