Musafir mencari makna sebuah kehidupan…



Tiga perkara utama yang PERLU sentiasa segar dalam ingatan kita, iaitu.. “dari mana kita datang?? Kenapa kita di sini?? Dan ke mana kita pergi selepas ini??”


Mungkin ada dikalangan anda yang sudah mempunyai jawapannya, mungkin juga ada yang masih keliru, dan lebih malang lagi.ada yang tak tahu apa-apa pun.. dimanakah kita??


Di sini, saya hanya ingin menyentuh soalan yang ke 2 sahaja.. sekadar berkongsi idea untuk peringatan KITA semua.. kenapa kita di sini?? Mungkin ada yang bertanya dimana?? Jawapanya adalah di dunia ini.. jadi, untuk apa dan kenapa kita dihadirkan ke sini??


Walauapapun jawapan dari anda.. yakin dan percayalah.. bahawasanya kita ini adalah Musafir di bumi sementara ini..


Apakah maknanya Musafir itu.. kita bukannya kekal di sini.. semudah itu, dibumi yang kita agung-agungkan selama ini, yang kita saling berkejaran padanya, yang makhuk bernama “manusia” GILA padanya..


Sedarlah wahai penulis dan pembaca sekelian… kamu itu musafir di bumi tandus ini..

Tempat tujumu hanya satu.. iaitu Akhirat… suda lupakah kalian pada firman dari yang menciptakanmu??


Maksudnya: “. Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal (40:39) surah yang ke 40, ayat yang ke 39…..


Ya.. akhirat itulah tujuan kita ke sini… untuk mencari dan mengutip sebanyak mungkin bekalan.. untuk dilaburkan di akhirat nanti… para musafir sekelian.. andai kata esok sudah tiada buat kita.. sudah cukupkah bekalan kita untuk bertemu yang maha Esa??


Setiap saat yang kita pernah lalui… biar apapun jua peristiwanya, samada kita tersilap langkah atau berada pada landasanya… detik-detik itu mengajar kita… apa itu erti sebuah kehidupan..


Tetapi yang membezakannya adalah.. pengajaran yang kita kutip dari apa yang telah kita lalui ataupun yang berlaku di sekeliling kita.. tidak dapat di nafikan lagi, bahawasanya, peristiwa lalu adalah guru terbaik buat kita, saya penah terjumpa buku yang berjudul sebegitu…


Masa lalu mengajar kita banyak perkara.. ianya bukan satu ilusi semata-mata.. tapi ianya adalah kenyataan yang tak dapat disangkal.. saya banyak belajar dari masa silam saya.. walaupun ianya pahit untuk di kenang kembali.. tapi hakikatnya, ianya banyak membantu saya mengenal apa itu erti sebuah kehidupan…


We exist to expand our horizon of experiences and knowledge….


Bismillahirahmanirahim......

Kumulakan kelahiran blog ini dengan kalimah yang mulia, agar ianya mendapat berkat dan rahmat daripadaNya.... terdetik rasa di hati untuk mengunakan blog sebagai satu wadah untuk kita sama-sama berkongsi idea dan pendapat.. bukan sekadar untuk mengisi masa lapang semata-mata.. bukanlah jua ingin menonjolkan diri tetapi, lahirnya blog yang diberi nama www.basriibrahim.com ini, adalah atas dasar untuk sama-sama kita berkongsi apa kita telah di anugrahkan oleh Yang Maha Esa... kepadaNyalah aku memohon pertolongan untuk memacu blog ini ke arah yang benar lagi membina.... bersesuaian dengan tema blog ini iaitu Musafir mencari makna sebuah kehidupan... akan ku pacu blog ini untuk membawa kita mengenal apa itu sebuah kehidupan... kita meniti hari demi hari, tanpa pernah menoleh ke belakang, mencari hikmah disebalik setiap peristiwa yang berlaku... diriku jua insan biasa yang tidak lekang daripada kekhilafan... namun kekhilafan itu banyak megajar daku erti sebuah kehidupan... jika ada salah dan silap di blog ini, harap dapat sama-sama kita betulkan... akhir kalam dari www.basriibrahim.com... salam ukhuwah buat anda semua.... moga- moga kita sentiasa berada pada landasanNya yang sebenar...... ibnu_ibrahim