Maafkan Daku Palestin



Hati ini terguris luka tatkala mendapat berita tentang konvoi kemanusiaan ke gaza telah di serang oleh yahudi laknatullahialaih..

Satu misi kemanusiaan yang suci demi membantu saudara-saudara seakidah dengan kita, inilah cantikknya islam, bilamana sempadan negara tidak dijadikan tembok pemisah antara saudara seakidah sendiri..

Sehingga kini dikahabarkan sudah 20 orang menjadai angka korban kematian akibat serangan ini. Dan ulama palestin telah mengiktiraf mereka sebagai SYAHID!!!!..

Lagi luka dan pedih hati ini, apabila terkenangkan diri sendiri yang selama ini, diam membisu tentang isu palestin ini, tidak pernah gagah untuk menulis tentang isu ini di blog, tidak pernah ringan jari ini untuk memberikan komen tentang palestin di facebook apatah lagi untuk menyebarkan artikel tentang mereka melalui e-mail…

Moga Allah mengampuni kelalaian hamba-Nya ini, diri ini diselubungi rasa bersalah tatkala berita ini muncul, mulalah membuka berita-berita mengenainya di internet..

Aku yang dulunya tidak begitu ghairah untuk memperjuangkan isu ini, mula mencari-cari buku tentangnya untuk menbakar semangat ini, aku menjenguk di rak buku kalau-kalau ada buku yang sesuai..

Alhamdulillah.. ‘Cinta di langit Gaza’ karangan ustaz Riduan Mohamad Nor yang aku temui yang pastinya menambahkan lagi cintaku pada palestin..

Terkesima seketika apabila terbaca frasa dalam buku itu yag ditanyakan oleh anak-anak kecil Palestin kepada Ustaz Riduan sendiri “Kamu sayang Kepada Palestin?”…. rasa macam peluru itu terkena tepat di kepalaku..

Moga Allah memberikan kita rasa cinta terhadap saudara seagama dengan kita..

Malam itu sempat mengajak teman-teman untuk solat hajat bersama serta membaca qunut nazilah.. moga-moga doa yang kami hantarkan diterima Allah dan kalaupun doa itu tidak mampu untuk meletupkan tentera-tentera yahudi, ku berharap ianya memberikan sedikit kekuatan buat pejuang-pejuang kita di sana.

Allah telah memberikan kepada ku ruang dan peluang untuk mengisi masa yang terluang diantara magib dan isya’ di sebuah surau.. aku perlu gunakan peluang ini untuk membangkitkan kesedaran tentang Palestin ini kepada teman-teman yang lain, agar mereka tidak terlambat sepertiku..

Kalaupun kalam ini tidak mampu untuk melahirkan insan-insan yang sanggup berjuang dan syahid di medan perang.. cukuplah sekadar membuahkan rasa benci dan jijik terhadap yahudi Laknnatullah..

Kenapa aku dulunya tidak ghairah untuk memperjuangkan isu ini????

Selain dari kejahilan dan kelemahan diri sendiri, diri ini sebenarnya kecewa, kerana isu palestin ini cuba digunakan oleh golongan-golongan tertentu untuk menarik minat orag ramai terutamanya mahasiswa untuk mengikut pemikiran mereka..

Duluya bila tengok saja tentang orang yang memakai baju tentang palestin.. terdetik dalam hati, dari golongan ‘mereka’kah ini..

Namun itu dulu.. biarlah kita serahkan saja pada yang Esa, akan niat dan keikhlasan mereka dalam memperjuangkan isu ini.. siapalah kita untuk menilai hati manusia, jauh sekali menghukum mereka..

Kuharap semangat yang lahir dalam diriku ini biarlah benar-benar kerana mereka adalah saudara-saudara seakidah dengan kita, tidak lebih dari itu.

Dan aku juga bersyukur walaupun ‘terlambat’ namun tidak tergolong dalam kalangan yang ‘tidak pernah’ untuk membicarakan isu ini..

Ya Allah, berikanlah kami rasa kecintaan kepada bumi palestin dan pejuang-pejuang yang berusha untuk membebaskanya.. berikanlah seribu satu kekuatan buat mereka-mereka yang berjuang disana.. hantarkanlah tentera-tentera-Mu untuk memusnahkan musuh-musuh agama-Mu Ya Allah..

Anugerah Yang Teristimewa


Setiap suatu ada senjata dan persediaan;
Senjata orang mukmin adalah ‘aqal

Setiap sesuatu ada tunggangan;
Tunggangan seseorang itu adalah ‘aqal

Setiap sesuatu ada pendokong;
Pendokong agama adalah ‘aqal.

Setiap kaum ada tujuan;
Tujuan orang mukmin adalah ‘aqal.

Setiap peniaga ada barang dagangan;
Barang dagangan orang mujtahidin adalah ‘aqal

Setiap penghuni rumah ada nilainya;
Nilai rumah para Al-Siddiqin adalah ‘aqal.

Setiap kemusnahan ada pemakmurnya;
Pemakmur akhirat adalah ‘aqal.

Setiap seseorang ada asal nasab keturunanya dan disebut dengannya;
Asal keturunan para As-Siddiqin yang dinasabkan kepadanya dan disebut dengannya adalah ‘aqal.

Setiap perjalanan ada khemah besar (untuk berteduh);
Khemah besar kaum mu’minin adalah ‘aqal.

(Ibn Al-Muhbir dan Al-Tarmizi meriwayatkan hadis ini dengan sanad mereka didalam kitab Al-Nawadir, daripada Ibn ‘Abbas)

*ms 231/232, syarah usul 20 Al-Imam Hassan Al-Banna (Rukun Faham), Dewan Pustaka Fajar,2007, Dr, ‘Ali ‘Abdul Halim Mahmud.

Islam itu yang aku perjuangkan..



Ramai dikalangan kita pada hari ini mengaku sebagai seorang pejuang islam, mahu mendaulahkan islam mahu memartabatkan islam, mahukan islam menjadi dominan dan sebagainya..

Tapi tahukah mereka apakah itu islam yang sebenarnya..

Dalam frasa yang ringkas dan mudahnya… islam itu agama yang Syumul.. merangkumi segala, seluruh dan segenap aspek kehidupan..

Allah dan Rasul-Nya tidak meninggalkan kita terkapai-kapai dalam kebuntuan dan kebingungan, kerana semua telah terzahir pada kalam Yang Esa dan dan kalam Kekasih-Nya.

Rasullullah mengajar kita, bahawa islam itu merangkumi akidah, ibadah, muamalah, syariat, akhlak mahupun siasah..

Jadi ambillah islam itu sebagaimana yang Rasulullah ajarkan kepada kita..

Amatlah malang jika pada hari ini ada golongan yang mengunakan islam sebagai hadaf perjuangan dan sumber aspirasi mereka, namun islam yang mereka ambil itu bukan seperti mana yang diajarkan oleh Rasullullah kepada kita..

Resah dan gelisah mereka itu tatkala membicarakan perkara-perkara yang tidak sebulu dengan mereka, lebih memalukan.. apabila mereka mengatakan sesuatu yang pernah Rasullulah sendiri buat adalah sesuatu yang kotor dan tidak relevan..

Jadi ayuhlah golongan-golongan yang mendakwa diri mereka sebagai pejuang islam.. kita pelajari, dalami dan hayati islam itu seperti mana yang Allah dan Rasul-Nya mahukan..

Kita gerakkakn segala kudrat dan usaha kita untuk memahami apakah islam itu sebenarnya..

Dan kita juga perlu gerakkan segala kekuatan dan kemampuan yang kita ada, untuk memahamkan orang ramai akan makna islam, seperti yang sepatutnya.

Jika semua ummat islam itu memahami islam seperti yang dibawa oleh Rasullullah, sudah pasti kesatuan ummat islam itu akan lahir serta perpecahan dan permusuhan sesama ummat islam itu dapat dikuburkan…

cerpen 'semalam'



Semalam Yang Meresahkan.

Cerita ini penulis ambil dari seorang ‘musafir’ yang amat dekat dengan diri penulis sendiri, yang penulis kira tidak ada orang lain yang lebih mengenalinya melebihi penulis sendiri.

Malam itu aku tidur di ‘pejabat’ bagi menyiapkan tugasan yang diamanahkan, aku tidur agak lewat dari waktu kebiasaanya, natijahnya, keesokan paginya aku tidak sempat megikuti kuliah subuh mingguan oleh seorang ulamak yang ku segani.

Pagi itu aku perlu berpindah ke rumah baru, namun ada lagi barang-barang yang belum ku simpan rapi. Bergegaslah aku pulang untuk menyelesaikan semua itu,

Ah, bukan sedikit barang yang perlu ku bawa turun, bukan juga ringan semua kotak-kotak itu, yang pastinya terisi dengan khazanah-khazanah ilmu yang tersimpan rapi didalam kitab-kitab yang ku miliki.

Kini ku masuk ke rumah baru, sungguh merimaskan melihat keadaan sekeliling yang dilimpahi dengan ‘pelancong-pelancong asing’ yang bertamu mencari rezeki di bumi yang ku kasihi ini, lebih ku kesali dengan keadaan rumah baru ku ini, keadaanya yang agak uzur dan ditingkalkan sudah beberapa lama membuatkan aku sedikit rimas dengan keadaan itu.

Barang-barang yang tadinya diangkut menaiki lori perlu sekali lagi ku sentuhi untuk bersama-sama menghuni di tingkat tujuh.. sunguh memenatkan hari itu,

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30pg, bilik belum dikemas sepenuhnya, namun terpaksa aku tinggalkan semua itu untuk sebuah misi yang lebih bernilai dan bermanfaat.

Tepat jam 12.30, ‘kuda merah’ itu ku tunggangi untuk ke satu destinasi, dalam perjalanan, hujan turun dengan lebatnya , namun ianya tidak mematahkan semangatku untuk meneruskan ‘misi’ itu, tika itu rasanya sejuk sekali, tetapi ku positifkan jua akal ini, dan kuhayati setiap inci jalan yang kulewati sebagai bekalan untuk ku bentagi dihadapan ilahi nanti, insyaallah.

Misi itu akhirnya berjaya ku tunaikan dengan segala kekuatan yang kumiliki ditambah dengan segala persiapan yang telah ku siapkan, menyelesaikan amanah yang terpikul memberikan diri ini sedikit kekuatan dan ketenangan.

6.00 petang, aku perlu pulang sekarang, namun perut juga sudah mengalunkan bunyinya, bermakna aku perlu mencari destinasi untuk mengisinya seketika, tika itu aku bersama sahabat-sahabatku yang lain, sama-sama mengisi perut menghilangkan lapar di petang hari.

Tiba-tiba handphone ku berbunyi, ku ratapi nombor itu, rupanya kakakku dari seberang laut yang menghubungi, tujuanya unyuk mengingatkan kepadaku suatu perkara yang sepatutya aku tidak lupa, ah, hari itu rupanya hari ibu, astqfirullah, itu saja yang mampu kuucapkan tika itu, atas kelemahan diri sendiri yang boleh terlupa akan perkara itu, menurut kakakku, hanya aku saja dari enam orang adik beradik kami yang belum ‘mengucapkan kalimah itu buat ibu’

Hati ini resah dan gelisah seketika, memikirkan apakah ibu akan terasa dengan perbuatanku ini, aduh, terus ku cari nombor itu untuk ku hubungi, nasib baik bukan ibuku yang terus mengangkat telefon itu, sebab tika itu hatiku masih kaku, ku bertanya kepada kakakku yang berada dirumah, kenapa tidak mengingatkan ku dari awal, namun katanya yang sudah masak dengan perangai adiknya ini, dia tidak mahu menggangu aku yang selalu saja sibuk katanya.

Ganggang talifon itu diberikan pada ibuku, aduh, berdebar rasanya hati ini, padahal diriku ini selalu merindui suara itu, selepas berbalas salam, terus ku ucap ‘selamat hari Ibu’ buat insan tersayang yang tidak pernah leleh dan jemu membesar dan mendidikku selama ini, sungguh dirimu adalah insan yang masih hidup yang paling aku sayangi di dunia ini, Allah saja yang menjadi saksi atas pengakuanku ini.

“Adik yang paling last ucap hari ibu kat ma kan?, biasalah, anak bongsukan, memanglah selalu lambat, hehe” kata-kata itu sengaja ku tuturi untuk membuat hati ibu terubat dek kesalahan dan kelalaian ku sendiri, Alhamdulillah, ibu juga gayanya macam mengerti hasrat anaknya ini.

Namun tak sempat ku berborak lama, kerana teman-teman yang lain dah mula makan, terpaksa ku meminta izin untuk makan dahulu, walaupun mungkin berat hati ibu tika itu, namun insyalah malam ini akan ku luagkan juga masa yang ku ada untuk kembali menalifon ibuku. Harap ibu paham akan keadaan anakknya ini.

Malam itu aku berkonvoi dalam malam yang menyejukkan siapa saja yang ditempias anginnya.. namun bagiku inilah ‘jaulah percuma’ yang Allah berikan untuk hambanya..

Sesampai sahaja di masjid, jemaah sudahpun selesai mengaminkan doa solat isya’, emm, hati ini rasa macam nak ‘landing’ je dulu di beranda masjid itu, niat asalnya untuk menghilangkan penat seketika menjadi tidur yang panjang pula, sesedarnya aku, terus ku pandang angka itu, rupa-rupanya jam sudah menunjukkan jam 11.30 malam.

Ah, sekali lagi hati ini dilanda resah, kerana aku perlu megisi sesuatu yang agak penting sebelum jam 12.00 malam, terus ku capai ‘kuda’ itu untuk ke cyber cafĂ©, Alhamdulillah, masih ada yang sudi beroperasai, selepas ku siapkan kerja itu bergegas ku pulang kerana tidak lagi solat isya’ ( moga Allah mengampuni atas keterlewatan diriku ini).

Mengharungi malam pertama di rumah baru, sekali lagi membuatkan hati ini ‘kecut’ seketika. Biasalah nak naik ke tingkat tujuh ini terpaksalah ku mendapatkan khidmat lif, tika itu aku berkeseorangan saja, ketika di dalam lif itu tiba-tiba hati ini mungkin ‘tercelupar’ sedikit berfikir, ku bermonolog sendirian, “macam mana ek kalaulah lif nie tiba-tiba rosak”.

Mungkin ‘doa’ itu dimakbulkan Tuhan, apabila tiba-tiba lif itu terhenti di angka 4, mula-mula ku fikir ianya perkara biasa, mungkin ada orang nak naik dari tingkat 4 itu, namun, selepas lebih kurang dua minit, pintu lif itu tidak juga terbuka-buka, aduh, ujian apakah yang ku hadapi ini, ku tekan-tekan butang ‘open’ namun lif itu tetap jugak diam kaku membisu seribu bahasa.

Tika itu hati ini mula beristiqfar kalau-kalau dosa yang ku pikul tidak tertanggung untuk lif itu membawa ku keatas, hanya Allah sajalah tika itu yang kuharap pertolongan, ku mencuba lagi, menekan butang pangilan kecemasan, namun tidak ada apa-apa kesan.

Baru aku teringat, aku mencapai hp untuk menghubungi temanku, hanya sempat mengucapkan ‘ ana dalam musykilah ni syeh’ tiba-tiba lif itu memberi respond untuk terus beropersi, terus ku putuskan talian itu, tapi tiba-tiba lif itu tidak menunjukkan apa-apa angka, tidak tahu kemana lif itu ingin membawaku, namun Alhamdulillah, rupanya sampai ke ground floor, dan pintu lif itu terbuka dengan izin Allah, aku cepat-cepat keluar, fikirku, biarlah aku menggunakan tangga saja, takut perkara itu berlaku lagi.

Namun baju hujan yang kubawa bersama tercicir dalam lif itu, terpaksalah juga aku menguatkan lagkah untuk sekali lagi menaiki lif itu untuk mengambil baju tersebut seterusya ke tingkat tujuh. Alhamdulillah, kali ini ia beroperasi seperti biasa,

Sesampainya di bilik, mahu saja ku turuti kata hati ini untuk melelapkan mata, namun aku tidak mahu berlengah lagi, dah panjang waktu isya’ aku lewatkan, selepas kemas-kemas barang sedikit, ku terus membersihkan diri, berwudhuk dan mengadap Ilahi.

Selesai solat, ku pikir, bilik ini sudah lama ditingalkan, biar saja ku isi dahulu dengan bacaan ayat-ayat suci Al-quran, agar bilik ini kembali riang, dan hatiku juga tenang. Selapas itu kubacakan beberapa kali ayat kursi dan surah al-fatihah, ku hembuskan di sekeliling bilik, agar ianya menjadi aroma semulajadi untuk ku menghuni di sini.

Pagi itu aku tewas lagi, tak sempat kugagahi ke tempat azan dilaungkan untuk solat subuh bersama orang-orang islam yang lain, kerana agak lewat dari biasa ku bagun pagi itu.. kuharap perkara itu tidak lagi kuulangi..

Cukuplah sekadar itu penulis mencerikan kisah seorang ‘sahabat yang paling mengenali dirinya selepas Allah yang Menciptakannya’ cerita ini sengaja digunakan kata ganti nama ‘aku’, untuk memudahkan penulis sendiri.

Ada beberapa isu yang perlu penulis jelaskan kembali secara ilmiah mengenai beberapa perkara yang ditimbulkan dalam cerita ini, seperti sambutan hari ibu, mentera, dan sebagainya. Yang insyallah penulis akan berkongsi lagi sedikit masa nanti,

Doakan agar penulis sentiasa diberi kelapangan dan kekuatan untuk terus berkongsi..

Disebalik Sebuah Ujian






Bissmillahirahmanirahim..

Buat sahabat-sahabat yang sedang di uji dengan kesakitan, juga buat warga nilam yang ditimpa masalah kecurian., tidak lupa juga buat sahabat-sahabat kita yang diuji dengan masalah kolej kediaman di saat-saat yang dirasakan genting ini, serta kepada sahabat-sahabat ana yang berada di mesir yang khabarnya sedang bergelut dengan kedutaan kerana semua pelajar-pelajar Malaysia akan dipindahkan ke kaherah, yang dikatakan berjumlah 9000 orang semuanya yang pastinya menuntut kos kehidupan yang lebih mencabar. Juga buat adik-adik yang masih tidak mendapat apa-apa tawaran untuk meneruskan pengajian samaada di matrik mahupun maktab..

Hanya bingkisan ini yang penulis dapat hadiahkan buat kalian dalam mendepani ujian-ujian yang Allah “hadiahkan” buat kalian..

Ingatkah kalian bahawa disana ada satu ayat yang Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang turunkan buat kita?



Adakah manusia itu mengira bahawa mereka akan dibiarkan sahaja dengan mengatakan bahawa aku ini beriman!!, aku beriman!!,dan aku beriman!!!!

“wahum la yuftanun”….

Padahal mereka ini belum pun diuji..

Dalam bahasa lainya, apa yang ayat ini mahu memberitahu kita adalah..

“wahai manusia, janganlah kamu ego, janganlah kamu bongkak, dan janganlah kamu berasa bangga diri, dengan mengatakan bahawa kamu sudah beriman.. sudah beriman.. padahal kamu ini belum pernah diuji pun..”

Ayat ini dengan jelas telah memberikan kita satu isyarat, bahawa setiap insan yang mendakwa dirinya beriman pasti akan diuji.. ya.. pasti!!!.. kerana itulah janji tuhan buat kita..

Namun terserah kepada kita bagaimana untuk mentafsirkan ujian yang dihadiahkan buat kita itu..

DIBESARKAN IMAN VS. DIKECILKAN UJIAN

Kalaulah kita diberi pilihan untuk memilih antara “dibesarkan iman” atau “dikecilkan ujian”.. yang manakah yang kita akan terasa lebih selesa untuk memilihnya??

Dikecilkan ujian..

jika kita memilih untuk Allah mengecilkan ujian kepada kita.. yang sakit mintakan kesihatan, yang miskin minta kekayaan, yang susah mintakan kesenangan, yang tersepit mintakan keluasan..

apa yang kita dapat?? ya benar Allah itu Maha Pemurah.. kamu akan dapat apa yang kamu pinta.. cuma masa dan ketika yang membezakakanya.. samaada cepat atau lambat, samaada didunia mahupun diakhirat..

maka bersenang-senanglah kita dalam kenikmatan yang kita pinta itu.. dengan kembali melupakan yang Esa..

Dibesarkan iman

Tetapi jika dibesarkan iman itu yang menjadi pilihan .. maka kamu telah membuat satu keputusan yang tepat!

Ujian itu boleh datang dan pergi.. begitu juga dengan iman..jika kita meminta untuk Allah hilangkan ujian itu dalam hidup kita, ya, mungkin ianya akan hilang, ianya akan pergi.. namun AWAS!! Ianya juga boleh datang kembali..

Namun jika yang dipinta itu adalah agar dikuatkan iman dan Allah menganugerahkan kepada kita kekuatan iman itu.. ianya adalah satu asset yang tak ternilai harganya buat diri kita..

Bayangkan setiap kali datanganya ujian, kekuatan iman kita bertambah.. datang lagi ujian, bertambah lagi iman kita.. dan akhirnya semakin ditimpa ujian semakin bertambahlah iman kita.. sampai satu saat bahawa segala ujian yang menimpa kita menjadi satu wasilah untuk menambahkan kekuatan iman kita.. agar nanti kita tidak gentar dan tidak goyah menghadapi apa-apa ujian yang bakal tiba.

Dan begitulah sebenarnya sifat orang-orang mukmin, bahawa setiap apa jua peristiwa yang terbentang dan berlaku dihadapan matanya.. tidak lain hanyalah membuahkan iman dalam hatinya..

KALAULAH MEREKA PUN DIUJI

Kalaulah Nabi Yunus a.s itu pernah dilempar kedalam laut dahulu sebelum datangnya pertolongan berupa ikan paus untuk menyelamatkan Baginda..

Nabi Ibrahim a.s itu pula pernah dilemparkan kedalam ungun api yang besar oleh kaumnya sebelum Allah datangkan pertolongan dengan menjadikan api itu tidak memanas dan membakar tubuh baginda. .

Dan baginda Rasullulah s.a.w itu sendiri pernah dilontari dengan batu oleh penduduk-penduduk thaif sebelum didatangkan malaikat jibril yang menawarkan untuk menghempap penduduk Thaif itu dengan bukit..

Kenapa tidak kita?? Apakah alasanya untuk ujian itu tidak dilontarkan kepada kita?? Siapalah kita untuk dibandingkan dengan Nabi-Nabi kekasih Allah.. yang mana mereka pun ditimpa dengan pelbagai ujian, bahkan jauh lebih berat dari apa yang kita hadapi..



BUAH YANG TERHASIL DARI UJIAN ITU

Ayuh kita lihat seketika tentang satu kisah yang diceritakan dalam kitab Riadhus Solihin pada bab taubat pada hadis yang bernombor 21. Cerita ini didatangkan oleh Kaab bin Malik dalam Hadis yang panjang. Ana cuba untuk ringkaskan bagi memudahkan pemahaman.

Kisah ini menceritakan bagaimana hukuman yang diterima oleh kaab akibat daripada beliau tidak menyertai perperangan Tabuk walaupun tanpa keuzuran.

Diringkaskan cerita, apabila Rasulullah pulang dari perperangan tabuk, para sahabat yang berjumlah seramai lapan puluh orang lebih kata ulamak yang tidak menyertai perperangan itu termasukkalah Kaab bin Malik, masing-masing datang kepada Rasullulah mengemukakan alasan kenapa mereka tidak dapat megikuti perperangan Tabuk tersebut dan Rasullulah mendoakan keampunan buat mereka.

Namun, apabila tiba giliran Kaab, beliau tidak memberikan apa-apa alasan sebaliknya memberitahu perkara yang sebenarnya. Sehingakan Rasullulah tidak mendoakan meminta ampun bagi pihak Kaab, sebaliknya Rasullulah menyuruh Kaab balik dan menunggu sahaja wahyu diturunkan terlebih dahulu.

Diringkaskan lagi, Kaab bersama dua orang lagi sahabat yang juga bercakap benar dan tidak mengemukakan apa-apa alasan kepada baginda, dikenakan hukuman dipulaukan oleh Rasullulah dan orang-orang muslim seluruhnya ketika itu.

Bukan sehari, bukan semingu tetapi selama lima puluh hari lima puluh malam lamanya,sehingga dirasakan dunia yang luas ini sempit baginya. Setiap orang yang ditemuinya tidak mahu bertegur sapa, sehinggakan mereka bertiga bertemankan air mata sahaja selama lima puluh hari tersebut..

Ujian yang kedua datang lagi buat Kaab, apabila Raja Ghassan yang beragama kristian menawarkan keamanan dan kesenangan buat Kaab jika beliau berhijrah ke Ghassan. Namun pantas Kaab berkata, ah, ini satu lagi ujian buatku, lalu membakar surat itu.

Tidak cukup dengan itu, pada hari yang ke empat puluh, baginda Rasullulah menyuruh Kaab menjauhi isterinya pula.. ujian apakah ini yang dikenakan keatas Kaab, perintah-perintah ini bukanlah datangnya dari Baginda Rasullulah, tetapi ianya wahyu dari Allah..

Sehinggalah hari yang ke lima puluh.. setelah selesai solat subuh, Rasullulah pun berkata bergembiralah wahai Kaab, bahawa sesungguhnya Allah telah menerima taubatmu..

Juga Allah telah menerima taubat tiga orang yang ditinggalkan di belakang, sehingga terasa
sempitlah bagi mereka bumi yang terbentang luas ini (at-taubah:118)


Alangkah indahnya saat itu bagi Kaab dan dua orang sahabatnya. Kaab bergegas mendapatkan Rasululullah, mereka semua pada ketika itu ibarat semuanya baru bertemu. Berpelukan dan saling bersyukur atas nikmat itu..

Nah, inilah dia buah dari sebuah ujian yang Allah hadiahkan buat Kaab bin Malik. Sehinggakan Allah menurunkan satu ayat yang khusus buat mereka mengisytiharkan Kaab bebas daripada sebarang dosa, bagaikan bayi yang baru lahir..

Inilah sebenarnya yang Allah mahu kita teliti bersama, bahawa di setiap apa yang Allah turunkan ‘hadiah’ ujian itu buat kita, pasti disana terselit seribu satu hikmah yang Allah jualah yang mengetahuinya.

Apa tidaknya, bila sakit datang menerpa, bila kesedihan datang melanda, bila kemiskinan menjenguk kita, bila dunia ini dirasakan sempit tidak terkira..

Di saat itulah, kita mula mencari sejadah yang sudah lama tersimpan rapi, mencari kopih yang sudah lama dibiarkan tanpa dicuci, menjenguk masjid yang dulunya tak pernah dilangkahi.. mencari ketenangan malam untuk bertahajud pada Ilahi yang sebelumnya masa-masa itu enak dibuai mimpi,demi untuk mencari ketenangan dan kekuatan dari Ilahi..

Begitulah kita, di saat ‘hadiah’ ujian itu datang, kita merasakan hanya Allah sajalah yang mampu membantu kita, hanya Allah sajalah yang ada untuk mendengar rintihan hati kita..
Kalau inilah buah dari sebuah ujian itu.. kenapa tidak kita mensyukurinya.. kenapa kita perlu mensia-siakan ‘hadiah’ ini untuk kita mendekaatkan lagi diri kita pada-Nya.

Sahabat-sahabatku sekalian.. Allah sedang menguji kita setiap waktu dan ketika, hanya untuk melihat apakah kita ini benar-benar beriman atau hanya berdusta, sebab itulah Allah turunkan satu firmanya untuk dihayati bersama..

Maksudnya:
Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.(al-ankabut:3)


Ya Allah, jika ujian sajalah yang mampu membentuk dan mendidik hati ini untuk sentiasa berasa rindu pada-Mu, jika ujian inilah yang dapat menghapuskan karat-karat dosa yang ada dalam hatiku, jika ujian inilah sebagai sumber menambahkan kekuaatan imanku, maka hambamu ini bersyukur atas ujian-ujian yang telah engkau berikan padaku Ya Allah,

Juga hambamu memohon agar sentiasa DIBESARKAN IMAN tika ujian itu datang melanda..

BUAH TANGAN DARI MENTERI BESAR KELANTAN

Ana tinggalkan sahabat sekalian dengan petikan dari kata-kata Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz tentang musibah..

“orang yang kurang beriman ataupun tidak beriman, hidupnya bagai layang-layang yang putus tali. Nampak sahaja bebas, ke atas dan ke bawah. Ke kanan dan ke kiri. Sebenarnya, dia tidak tahu untuk apa dia diuji dengan suka dan duka. Jika dia menerima nikmat, dia gembira. Jika dia ditimpa musibah, dia bersedih. Akhirnya, dia tua dalam keadaan keliru. Untuk apa nikmat itu dan untuk apa musibah itu. Bagaimana adabnya ketika menghadapi nikmat dan bagaimana pula ketika diuji dengan musibah. Dia sesungguhnya tidak mengerti. Bagaikan layang-layang, akhirnya dia akan jatuh ke dalam sungai atau merempuh pokok dan musnah. Bagi orang mukmin, dia ada tali yang terikat dengan Allah. Tali itu tali taqwa. Dia Nampak seperti tidak bebas tetapi dia selamat. Dengan ikatan yang sekukuh itu, ‘layang-layang’ orang mukmin akan dapat dinaikkan setiap petang dan dapat ditarik turun di awal pagi. Ia boleh disimpan semula dan dapat dinaikkan semula dengan selamat petang berikutnya sampai ke esok pagi.”

Dakwah oh Dakwah




Artikel ini ditulis ketika ada yang masih tersengih, tengah mengaru-garu kepalanya dan ada juga yang masih berjuang dengan madah dakwah di dewan peperiksaan, saya kira..

Kisah ini dari penulis dan untuk penulis.. takde kene mengena dengan orang lain.. tapi kalau di sana ada ibrah yang antum rasakan berguna… kutiplah..

Pagi tadi hujan lebat sangat.. kawan-kawan serumah ramai yang memilih untuk naik bas je.. tapi saya rasa nak redah jugak hujan tu dengan moto kesayangan tu.. hehe.

Jadi.. masukkah ke dewan exam hari ni dengan stoking yang basah kene hujan.. he.

Satu lagi.. entah kenape hari nie rasa nak parking kat pkp je.. jadi terpaksalah jalan jauh.. ikut DKP 4,3,2,1.. baru sampai FSU.. masa tibe je kat fsu tu.. cuak r jugak.. jam baru menunjukkan jam 8.55 (baru ke?), tapi takde orang pun kat koridor.. masukklah exam dengan tersengih-sengihnye sebab lewat..

Dah-dah.. bukan itu yang nak penulis nak ceritakan kat sini..

Sebelum penulis menjejakkan kaki ke dewan peperiksaan.. tiga kali penulis khatamkan buku dakwah tu.. sekali, sebelum exam arab lagi.. kedua semalam.. last sekali pgi tadi.. dari muka surat 1 sampailah 300.. tapi bukan tengok semua pun..

Yang pasti penulis perlu membuat persedian rapi sebelum masuk exam.. tak kisah ape orang nak kata.. kalau itu harga yang penulis perlu bayar untuk Berjaya… kenapa Tidak??

Betul setiap insan tidak dilahirkan sama kekuatan dan ketajaman akalnya.. kita tahu dimana tahap diri kita.. kalaulah kita tidak secekap dan sepintar orang lain.. jadi harga yang perlu dibayar untuk berjaya pun lebih lah..

Dalam dewan exam hari ini.. tak sampai sejam dah ada yang keluar.. lepas sorang, sorang yang keluar.. cuak jugak melihat keadaan tu..

Dalam masa yang sama kertas jawapan objektif penulis tak tertanda ape2 pun lagi..
Sebab stategi (macam perang r pulak.. tapi memang perang pun kan) yang penulis gunakan tanda dulu dalam kertas soalan sebab nanti sebelum dipindahkan jawapan ke dalam kertas jwapan penulis baca dulu sekali lagi untuk semakan..

Sekarang dah hampir separuh yang dah keluar.. hati kecil penulis meronta-ronta nak keluar jugak macam orang lain..

Penulis bermonolog sendiri…

Biarlah diorang tu nak keluar dulu pun.. yang pasti.. kita puas hati dengan kerja dan usaha kita..Selama enam bulan kita belajar dan semua tu ditentukan dalam masa dua setengah jam ini je.. jadi sabar lah sikit.. semak la lagi..

Orang lain semakin ramai yang keluar.. rasa macam ada tekanan je disitu.. namun penulis gagahkan juga untuk terus menyemak..

Last sekali, sebelum nak keluar tu.. penulis memujuk lagi supaya terus pastikan tidak ada walaupun satu kesilapan..

Penulis pun buat r macam zaman budak-budak dulu.. pastikan setiap nombor dihitamkan dengan satu jawapan.. bukan sekali penulis buat begitu.. tapi tiga kali..

Sebelum keluar.. sekali lagi penulis buat kerja ‘gila tu” pastikan yang dijawab di kertas soalan sama dengan di kertas jawapan..

Mungkin ada yang berangapan ini kerja bodoh.. atau kerja orang yang tidak punya keyakinan.. tidak punya pendirian…. takde kerja… dan macam-macam lagilah..

Biar apapun istilahnya… penulis merasakan bahawa penulis kene buat semua nie.. semak no pendaftaran berulang-ulang.. pastikan semua dihitamkan.. khatam buku dakwah berkali-kali..

Sebab penulis tahu yang penulis tak sehebat orang lain.. jadi penulis perlu buat kerja-kerja “gila” tu semua..

Dan kalau penulis buat sesuatu pastikan buat secara “gila-gila” ya… itulah istilahnya… yang saya pinjam dari seorang ustaz masa di sekolah dulu…

Sebab tu kadang-kadang ada yang tengok penulis ni “gial-gila”… yang tu nanti kite ceritakan kemudian..

Selepas dah buat semua-semua 2.. dan merasakan.. ya, aku dah buat segalanya-galanya usaha yang dirasan perlu dan termampu.. penulis pun keluar tepat jam 10.29pg.. masa tu masih barbaki 21orang lagi dalam dewan..(sempat lagi tu kire) hee.

Tetapi penulis keluar dengan cukup tenang.. sebab dengan usaha yang “gila-gila” itu.. penulis dah laksanakan tanggujawab penulis.. samaada kepada Allah, keluarga dan juga kepada ilmu itu sendiri..

faiza azzamta…. Fatawakkal alallah….”..

bahawa sesunguhnya kamu berusahalah.. kamu bersunguh-sunguhlah.. kamu berjuanglah dengan pelbagai apa jua cara sekalipun…. Barulah kamu Bertawakkal pada Allah..

Ya Allah.. andai kata usaha “gila-gila” itu belum cukup untuk menjadi syarat pada hambamu untuk terus bertawakkal.. hambaMu ini redho ya Allah.. kerana hambaMu yang hina ini.. sudah menggerahkan segala kudrat dan tenaga yang ada sebagai manifestasi kepada Usaha itu Ya Allah..

Engkau berikanlah kepada kami Kejayaan di dunia dan di akhirat.. dan Engkau berkatilah dan jadikanlah ilmu yang kami telah pelajari, sedang dan akan kami pelajari ini sebagai “ilmu yang bermanfaat” yang menjadi syarat untuk mendapatkan naunganMu di Mahsyar kelak Ya Allah..

Amen Ya Robb..

Meletakkan Ulamak Pada Tempatnya




Salam kebangkitan islam..

Maaf kalau tulisan ini sedikit bercelaru kerana artikel ini ditulis ketika penulis dalam keadaan yang agak tidak tenang.. tetapi atas dasar tangungjawab untuk menyampaikan sedikit perkongsian idea, saya ringankan juga untuk menulis..

Baru2 ini ketika penulis balik kg, penduduk kg sedang sibuk dengan persiapan untuk menyambut kedatangan Dato ketua Polis Kelantan ke kg penulis..

Kedatangan ini bukan kunjungan yang biasa bagi penulis.. kerana ianya agak luar biasa… dan inilah yang saya mahu kongsi bersama2..

tidak pernah saya lihat sejak akhir2 ni semangat bergotong royong yang sebegitu ditonjolkan oleh penduduk kg, selama beberapa hari, tak kira para pmuda, orang tua, termasuk muslimat bergotong royong menbersihkan masjid dibantu angota2 polis di kawasn sekitar.

Bukan ini isu yang penting di sini.. kedatangan Ketua Polis Negeri Kelantan ini, adalah bertujuan untuk menyampaikan ceramah agama pada sebelah malam jumaatnya dan menyampaikan khutbah keesokan harinya..

Apa yang mengagumkan penulis adalah, ketika beliau menyampaikan ceramah agama pada malam itu yang berkisarkan kehidupan berkeluarga dan para remaja.. banyak di selitkan dengan potongan2 Ayat al-Quran dan hadis…

Yang lebih membuatkan penulis berasa takjub melihat keadaan itu adalah, beliau menyampaikan ceramah tanpa menggunakan teks dan setiap dalil yang keluar adalah yang dihafal oleh beliau.. bukan sedikit dalil yang dikeluarkan..

Penulis termenung seketika… penulis yang menggambil bidang syariah ni pun tak menghafal dalil secekap beliau… dan lebih menyeronokkan, boleh dikatakan 80% penduduk kg keluar untuk mendengar ceramah tersebut.. sengguh menakjubkan..!! sampaikan kami terpasa solat di luar perkarangan masjid.. memang penulis tak pernah tengok keadaan sebegini di mana2 tempat..

Khutbah yang disampaikan amat terkesan saya kira.. dengan kelantangan suara dan isu2 yang bersifat moden menghidupkan lagi suasana khutbah di pagi jumaat itu..

Disini penulis mahu kita lihat kembali dimana semasa kegemilangan islam dahulu… panglima2 perang dan juga pemimpin2 tertingi Negara dipilih dari golongan2 yang kuat berpegang teguh dengan ajaran agamanya… menjadikan islam dan Negara islam itu sendiri sebagai kuasa yang digeruni satu ketika dahulu….

Tetapi selepas jatuhnya khilafah islamiah di turki satu masa dahulu… semua ini agak sukar dan hampir mustahil dilihat dimana2 negara islam.. bilakah lagi islam mahu berada di puncak jika golongan2 Ulamak dan orang yang berilmu pengetahuan tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya???

Bilakah lagi kita boleh melihat orang-orang kanan dalam sesebuah Negara semuanya berpegang teguh dengan ajaran Islam yang Syumul ini?? bukan hanya islam pada nama yang kita mahukan tapi yang jauh lebih penting dari itu..

iaitu islam pada PEMIKIRAN dan TINDAKANya.....

Artikel ini hanyalah luahan hati penulis yang mahu sama-sama melihat bahawa khilafah islamiah itu kembali tertegak di dunia ini… kalaupun tidak sampai dapat membina khilafah… biarlah golongan ulamak ini diangkat ke tempat yang sepatutnya…

Menjadikan Ulamak sebagai Umarak(pemimpin) adalah sebaik-baik jalan bagi mengembalikan keIzzahan dan keAgungngan Islam dan membangkitkan kekuatan Ummat islam itu sendiri…

Ulamak Menerajui Kebangkitan……!!!

Kembali Kepada Fitrah



salam.. lama benar diri ini tidak meluangkan masa untuk menulis di ruangan ini.. apapun insyalah.. akan saya gagahkan juga tangan ini untuk berkongsi sedikit buah fikiran yang ada..

dalam bulan ni sahaja dah dua kali saya menjejakkan kaki di bumi kelahiran tercinta.. balik kali nie pun tak dirancang, tibe2 je hati rasa nak balik tenagkan jiwa kat kg sebelum exam mgu hadapan..

memang benar kata orang,, apabila istilahnya Kembali Kepada Fitrah"... jiwa akan akan menjadi tenang...

contohnya... bila kita berada dalam keadaan dosa dan keluh kesah... hati kita akn menjadi tenang kembali bila kita bermunajjat pada yang Esa..

bila hati kita sudah bosan dengan suasana hiruk pikuk di bandar... jiwa kita akn kembali tenang bila kita pulang ke kmpunhg halaman...

sebab itulah istilahnya kembali kepada fitrah.. kita lihat kembali, apakah sebenarnya FITRAH yang dikurniakan kepada kita??

memang sejak lahir lagi, manusia nie fitrahnya suka kepada kebaikan.. jadi kenapa masih timbul golongan yang sering melakukan keburukan, kerosakan, kezaliman dan penindasan??

sebenarnya hati kecil mereka meronta-ronta mahu pulang kepada fitrah...

jadi kita seharusnya membantu diri kita dan juga sahabat di luar sana.. yang benar2 mahukan jalan pulang kepda fitrah..

jangan cepat menghukum.. tapi kita penyeru dan pengajak kearah jalan fitrah itu..
janganlah kerana kita makin hilang rasa fitrah dalam jiwa mereka..

jadi gunalah kaedah dan cara yang sebaik mungkin bagi mendekati mereka.. apakah cara yang Terbaik itu???

jawapannya bebebeza2 mengikut golongan sasaran kita.. apapun kita sudah dibekalkan Al-Quran dan juga Sunnah Rasullnya.. tingal lagi samada kita mahu menerokanya ataupun tidak..

ayuh.. kita bangkit dari tidur yang panjang.. sama2 bergerak menuju fitrah...

Selangkah... Mendekati Saat Kematian


Ya Allah.. HambaMu ini bersyukur kerana masih terus dipanjangkan umur dalam agamaMU, masih merasai nikmatnya beriman padaMu Ya Allah..

Engkau Jadikanlah diriku ini termasuk dalam kalangan hamba-hambaMU yang terbaik daripada yang baik Ya Allah..

Berikanlah HambaMu ini kekuatan untuk menjadi ummat kebangaan Rasullullah S.A.W

Jadikanlah diri ini seorang anak yang soleh pada kedua orang tuanya.. yang tidak jemu untuk mendoakan kesejahteraan mereka.. yang sentiasa berusaha untuk mengembirakan hati2 mereka Ya Allah..

jadikanlah.. hambaMu ini.. seorang yang menghargai dan menyanjungi guru-gurunya Ya Allah..

Jadikanlah juga hambaMU ini sorang sahabat yang selalu membahagiakan sahabat2nya Ya Allah..

dan jadikanlah hambamu ini orang yang memberikan Manfaat kepada orang yang berada di sekelilingnya Ya Allah...

Ameen Ya Rabb........

Iktibar Dari Bukit Uhud (1)





Perperangan uhud merupakan perperangan yang kedua berlaku selepas perperangan Badar, setelah umat islam ketika itu dihadiahi dengan kemenangan dan kemegahan yang besar dalam perang Badar, Bukit Uhud menyaksikan pengajaran yang berharga buat semua ummat islam di setiap tempat dan zaman.

Konsep terpenting yang diajar oleh Rasullulah kepada kita ialah mengamalkan musyawarah di dalam setiap perkara yang memerlukan syura dan perbahasan. Menyingkap kembali peristiwa yang berlaku dalam perperangan uhud. Bagaimana pada awalnya Rasullulah lebih cenderong untuk hanya bertahan di dalam kota madinah, begitu juga dengan golongan-golongan tua, namun golongan muda berkeras mahukan agar mereka berkubu di luar kota di atas sebab-sebab yang tertentu.

Diringkaskan cerita akhirnya Baginda Rasullullah memilih cadangan daripada kaum muda agar berkubu di luar kota madinah.

Namun setelah Rasullulah bersiap dengan baju besinya untuk keluar berperang, timbul kekesalan kepada kaum muda kerana telah memaksa Nabi untuk membuat keputusan yang bukan pilihanya.

Namun dengan tegas dan pasti nabi menjawab “adalah tidak wajar bagi seorang Nabi apabila telah memakai pakaian perangnya untuk meletakkannya kembali sebelum berperang”

Sirah ini mengajar kita suatu perkara yang amat penting dalam kehidupan bermasyarakat, berjamaah ataupun berpesatuan. Betapa pentingnya musyawarah di adakan bagi menatijahkan sesuatu hasil yang benar-benar memberi impak yang besar.

Namun harus di ingat, peristiwa ini juga mengajar kita bahawa, kita tidak boleh sekali-kali berpaling daripada keputusan yang telah di buat secara syura ataupun sebulat suara di dalam sesuatu musyawarah. Kerana Rasullulah telah mengajarkan kepada kita bahawa walauapapun jua keputusan yang keluar daripada hasil perbincangan haruslah diraikan bersama, walaupun kita tidak bersetuju dengan keputusan yang telah di buat.

Ini bukan bermakna kita terpaksa mengikut dengan membabi buta, namun harus diingat kita telah diberi peluang dan ruang untuk melontarkan idea kita semasa musyawarah itu berlaku. Jadi keputusan syura adalah pilihan yang tepat dalam segala penyelesaian.

Kisah ini juga mengajar kita betapa kita tidak boleh lagi membincangkan kembali sesuatu perkara yang kita sendiri telah putuskan bersama, tambahan lagi apabila sesuatu keputusan itu sudah hampir dilaksanakan, kerana ianya akan mengundang bahaya dan kerugian yang besar kepada keputusan yang telah disepakati itu.

Jadi solusi yang terbaik dalam menghuraikan permasalahan ini adalah, setiap orang haruslah terlebih dahulu membuat ‘homework’ sebelum menghadiri sesuatu musyawarah di samping perlu berhati-hati dalam setiap cadanga dan idea yang ingin dilontarkan, kerana kita akan bertanggungjawab di atas setiap patah perkataan yang keluar dari mulut kita.

Jadilah seorang yang berfikiran lebih terbuka untuk menerima idea dan kritikan orang lain agar diri kita sentiasa meningkat maju kehadapan, dan yang pastinya agar membuahkan keputusan dan hasil yang terbaik dalam setiap tindakan yang di ambil.

Pergi Tak Kembali


salam perjuangan buat sahabat semua. maaf dipinta kerana sudah lama rasanya blog ini tidak terisi dengan maklumat2 terbaru.

dek kerana sibuk dengan exam yang penuh mencabar, dan kenduri kawin akak tercinta juga yang terlalu mencabar dek kerana banjir dan hujan yang lebat melanda.. namun. bersyukur pada Yang Esa, kerana dengan pertolongannya jua yang mempermudahkan segala urusan..

di ruangan ini.. saya ingin mengambil kesempatan,untuk mencoretkan sebuah nukilan buat seorang arwah yang juga sahabat saya.. semoga dengan sedikit nukilan ini, mengalirlah kiriman2 pahala dan doa dari penatap blog sekelian agar meringankan jiwa seketika, untuk menyedekahkan Al-fatihat buat Allahyarham Atiq.

Arwah merupakan penuntut program Akidah di USIM.. dulunya belajar di Mahad Darul Anwar di pulau melaka, sebuah istitusi yang agak terkenal di bumi Serambi Mekah, kerana ianya terletak berhampiran dengan perkarangan rumah seorang Ulamak dan juga Umarak yang amat disegani di kelantan.

Teringat akan saat pertemuan dan perkenalan dengan arwah buat pertama kalinya, kami ditemukan di sebuah program ilmiah. disanalah kami mula mengenali.. orangnya yang mudah mesra dan sentiasa mengukir senyuman, membuatkan siapa saja mudah menjalinkan ikatan ukhwah dengan arwah..

Ikatan kami semakin kukuh dan rapat apabila arwah juaga menyertai koko boling padang, setiap kali kami bertemu, pasti senyumannya menjadi hadiah yang pertama.. itulah orangnya.. tak sempat bertegur lagi arwah sudah melontarkan senyumanya.

sepanjang berkenalah dengan arwah, saya tidak pernah terguris hati dengannya walaupun sedikit, Allah saja yang menjadi saksi atas pengakuan ini..

semasa saya tiba di kg, seorang pak cik yang juga sahabat kepada ayah arwah Atiq, menceritakan yang dahunya arwah seorang yang susah hendak ke sekolah semasa arwah masih di sekolah rendah, ayahnya perlu memujuk arwah untuk meneruskan juga pangajian, namun setelah arwah di hantar ke Mahad Darul Anuar, sikapnya mula berubah, dan siapa sangaaka seorang insan yang dulunya liat ke sekolah, mampu berjaya menjejakkan kakinya ke menara gading berkat usaha sendiri dan dorongan keluarga..

rasanya cukuplah sedikit cerita buat tatapan saudara sekelian.. Buatmu sahabat, hanya bacaaan ayat2 suci al-quran dan sekelumit doa dapat ku hadiahkan buatmu, agar dirimu tenang dan aman di Alam sana..

buat pembaca2 sekelian, sedekahkanlah al-fatihah dan hantarkanlah kalungan doa buat Arwah.. moga2 dirinya terselamat dari seksa kubur yang menakutkan..

akan ku rantaikan doa2 buatmu sahabat... agar persahabatan dan ukhwah yang kita bina terus berkekalan selamanya... insyaallah....

Hamba yang Malu Pada Tuhannya





Beberapa minggu yang lalu saya mendengar suatu cerita yang amat menarik untuk dikongsi bersama, buat teladan dan panduan dalam kita bermusafir di bumi sementara ini.

Dicerikan, di suatu negeri ada seorang pemuda yang ‘abid’ sangat rajin dalam menunaikan ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah.

Dalam masa yang sama, disana juga terdapat seorang perempuan pelacur yang amat terkenal dengan kecantikannya, sehingga diceritakan setiap mata yang memandangnya pasti akan terpukau dengan kecantikan yang dimiliki oleh pelacur tersebut.

Pada suatu hari pemuda yang baik itu tadi berjalan, dan melalui rumah pelacur tersebut, dan tanpa disengajakan pemuda itu tadi terlihat akan wajah pelacur tersebut.

Walaupun pemuda itu seorang kuat imannya namun panahan syaitan telah membuatkanya tidak dapat mengawal nafsunya kerana pelacur tadi sangat cantik dan pemuda itu ingin mendapapatkanya.

Selepas itu pemuda itu pun menuju ke rumah pelacur tersebut untuk mendapatkanya, diceritakan bahawa ramai orang yang beratur mengambil giliran bagi mendapatkan khidmat pelacur tersebut.

Oleh kerana bayaran yang tinggi dikenakan, pemuda tersebut berusaha mencari jalan untuk mendapatkan wang yang cukup, jadi pemuda itu terus ke pasar bagi menjual kasutnya bagi mendapatkan wang semata-mata mahu melangan pelacur tersebut. Kembalilah pemuda itu ke rumah pelacur tanpa alas kaki.

Pemuda itu juga sanggup menungu dan beratur panjang bagi melaksanakan hasratnya itu. Selepas tiba gilirannya, pemuda itu masuk dengan hati yang berat, kerana hati kecilnya mengatakan bahawa perbuatanya itu salah. Namun hawa nafsunya lebih menguasai ketika itu.

Ketika pemuda tersebut mula mendekati perlacur itu bagi melaksanakan hasratnya, tiba-tiba perasaan takut pada Allah muncul dalam hatinya, daripada TAKUT itu, membawa kepada perasaan MALU.

Oleh kerana pemuda tadi mula malu pada Allah kerana perbuatanya itu, dia pun segera membatalkan hasratnya, di saat wanita cantik itu tadi berada betul-betul di hadapanya.

Pelacur itu berkata kepadanya “kamu ini seorang yang bodoh, orang ramai beratur panjang bagi mendapatkanku, tapi bile peluang ini terhidang di matamu kamu menolaknya”

Lantas pemuda itu berkata “aku malu pada Allah” lalu pemuda it uterus berlalu dari situ.

Tersentak dengan perbuatan pemuda yang dengan ikhlas malu pada Allah itu tadi, membuatkan pelacur itu berfikir sejenak.

Sepatutnya aku lebih layak malu daripadanya kerana akulah yang menyediakan jalan-jalan kemaksiatan ini..

Selepas itu perempuan tadi insaf dan terus menutup biliknya, dan orang ramai yang beraturpun pulang ke rumah masing-masing.

Dengan penuh rasa keinsafan dan penyesalan, pemuda dan perempuan itu pun bertaubat dan cube mendekatkan diri dengan Allah lantaran MALU pada perbuatan mereka sendiri.

Setelah berapa lama, perempuan itu cube mencari pemuda tadi kerana mahu menjadikan pemuda itu suaminya yang sah bagi membimbingnya kejalan yang benar.

Setelah berusaha akhirnya perumpuan itu tahu dimana pemuda itu tinggal, berjalanlah ia ke kampong pemuda tadi, sesampainya di sana, perempuan itu bertanya pada orang kampong tersebut dimanakah rumah pemuda itu.

Setelah diceritakan bentuk tubuh dan rupa paras lelaki tersebut orang tua itu menjawab “ orang ini seorang pemuda yang baik, dan dia tinggal bersama dengan adiknya yang agak sebaya dengannya, kedua-dua peemuda itu amat baik akhlaknya.

Dipendekkan cerita, adiknya berkata pada abangnya yang ada seorang perempuan yang sangat cantik ingin menemuinya, dengan rasa hairan abangnya keluar dan sangat terkejut bila melihat perempuan itu berada di depanya.

Lantaran terlalu terkejut dengan perkara itu, pemuda tersebut terus rebah dan meningal dunia. Maka tidak tercapailah hasrat wanita itu tadi untuk hidup bersama dengan pemuda itu tadi.

Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya, patah tumbuh silih berganti, Allah menggantikan jodoh wanita tersebut dengan adik pemuda yang soleh itu, yang juga mempunyai akhlak yang amat terpuji.

Akhirnya, daripada zuriat mereka inilah lahirnya para nabi dari golongan bani israiel. Yang menjadi golongan terpilih disisi Yang Maha Esa.

Lihatlah, betapa Allah itu amat Pemurah dan Maha Pengampun kepada setiap hanbanya yang berusaha untuk pulang mencari jalan kebenaran selepas telah jauh tersasar.. malah digantikkan dengan ganjaran yang lebih baik bagi mereka.

Oleh itu, janganlah kite berputus asa dengan rahmat Allah.. kerana Allah itu amat Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambanya.

Allah Knows Best




Allah knows what the best is for us
So why should we complain
We always want the sunshine
But He knows there must be rain
We always want the laughter and the merriment of cheer
But our hearts will lost their tenderness
If we never shed a tear.

Allah test us often
With suffering and with sorrow
He test us not to punish us
But to help us meet tomorrow
For growing trees are strengthened
If they withstand the storm
And the sharp cut of the chisel
Gave the marble grace and form


Allah test us often and for every pain He gives to us
Provided we are patient
Is followed by rich gain
So wherever we are down
And wherever we feel that everything is going wrong
IT IS ALLAH’S WAY
TO MAKE OUR SPIRIT STONG!!!!

Nilai Sebuah Persahabatan





Ketika artikel ini di tulis, munkin sahabat saya telah menjejakan kakinya di bumi Ambia.Bagi mengutip ilmu-ilmu Allah yang bertaburan di muka bumi ini..

Sebelum ini, jika di tanya kepada saya, siapakah kawan baik saya..? tentu saya akan berfikir panjang, kerana saya mengangap semua kawan saya adalah sama.

Namun, semalam telah terbukti bahawa tangapan saya selama ini meleset.. saya mengenali syukri (berkopiah putih berkot hitam) kurang dari 3 tahun..

Kami bukanlah satu sekolah, mahupun sekampung, namun perjuangan islam menemukan kami. Selalu bertemu di program-program majlis ilmu, membuatkan hati-hati kami semakin lama semakin menjadi akrab..


Orangnya “mesra alam” dari wakil rakyat hingalah orang tua dan kanak-kanak di kampong mengenalinya. Keluarga saya juga amat rapat dengannya, kerana setiap kali saya balik kampong, mesti die bertandang ke rumah.

Sekarang, syukri melanjutkan pelajaranya ke mesir di bidang usulludin. Pagi sebelum dia menaiki pesawat. Kami sempat berbalas message. Saya mengingatkanya supaya membetulkan niatnya sebelum bertolak ke sana..

Antara message saya kepada die “syeh. Ikhlaskan niat untuk belajar kerana Allah. Allah dah beri anta peluang untuk menuntut ilmu di bumi para nabi, ana tak dapt peluang tu lagi, tapi ana nak nta wak balik ilmu ko ana”..

Tidak tahu kenape, hati yang keras dan sudah lama tidak mengeluarkan air jernih dari mata ini, tiba-tiba mengalir, hati rasa pedih seketika, berulah di saat itu saya menemui “kawan baik” dalam hidup saya.. kita tidak pernah mahu menghargai apa yang ada di sekeliling kita.. bila ianya lesap di pandangan mata.. barulah kita terasa kehilangannya.

Betul,, semua manusia tidak sempurna, setiap orang ada ragamnya masing-masing, namun apa yang saya pelajari di sini.. kenapa perlu dinilai pada keburukan yang sedikit itu sedangkan kebaikannya pada kita tidak terhintung banyaknya..

Sedih juga hati ini, munking ada sedikit perasaan cumburu.. kerana dia dapat menimba ilmu di ardul kinanah.. ilmu itu yang mengikat antara hati-hati kami.. dimanapun kita berada, ilmu itu tetap boleh kita pelajari.. tapi yang penting adalah sikap kita sendiri.

Message pertama darinya di luar negara “salam yie, jap2 lagi ana naik fly ke mesir.. dalam 4jam lagi sapa. Insyaallah. Kim salam pada keluarga n sahabat2 d usim. Doa kawe istiqomah dalam belajar..jumpe 4tahun lagi.. insyaallah,,”

Pesanan terakhir saya buatnya sebelum berlepas.. “syeh, ana bukan nak tengok nta wak balik ijazah.. tapi ana nak nta wak balik ilmu untuk kami”……
Benarlah ilmu itu penawar segala racun yang berbisa… persahabatan yang bertunjangkan ilmu, pasti akan membawa kita kepada ketenangan….

Selamat berjuang sahabatku….. moga kita terus thabit pada jalan yang benar..

Pokok Gila Babi





Kasar bunyinya frasa tajuk yang diberi. Bukan kisahnya untuk menunjukkan kemarahan. Bukan untuk menghina, jauh sekali untuk melawak.

Tetapi disana ada suatu kisah yang menarik untuk kita renungngi bersama, oeh itu, bacalah ia dengan hati dan jiwa yang penuh dengan ketenangan agar maksudnya sampai kepada anda.

Seorang pengajar bertanyakan kepada anak muridnya..

“jikalau pokok durian, pokok rambutan, dan pokok kelapa digabungkan menjadi setu pokok, apakah nama yang sesuai bagi pokok itu?”

Ramai yang mencuba..

Ah Meng: Dulapa

Badrul : pokok ‘Satu Malaysia’

Chandra : pokok ‘perpaduan’

Salah… salah… dan,.. salah….

Itulah yang cikgu tu cakap kepada anak muridnya, jawapan yang betulnya ialah “ pokok Gila Babi”….!!!

Yap.. betul 2.. pelajar-pelajarnya juga sama seperti anda, terkejut, dengan jawapan yang tak disangka-sangka tu…

Si guru mula berfalsafah, Allah telah mejadikan makhluknya yang pelbagai itu dengan seribu satu rahsia dan makna, kerana disetiap yang tercipta itu mempunyai “khazanah segala kerahsiaan”nya yang tersendiri.

Cube kita bayangkan. Bagaimana rupanya jika batangnya pkok kelapa, dahannya pokok rambutan dan buahnya okok durian.. sesuatu yang melucukan akan terbayang dalam pikiran kita, menunjukkan bahawa manusia itu tidak boleh sama sekali mempertikaikan apa-apa yang telah diciptakan kerana Allah itu Maha Sempurna atas segalanya.

Analoginya mdah sahaja.. jikalau kita ingin menyediakan masakan. Kita masukkan semua bahan-bahan yang segar lagi baik ditambah pula dari jenis yang mahal harganya, hasilnya tentu baik kan? Namun jika dicampur sedikit je bahan yang tidak elok samaada yang busuk dan sebagainya.. apakah yang akan terjadi pada masakan itu?? Akan menjadi sesuatu yang tidak lagi bernilai bukan?? Walaupun ianya mendapat sentuhan chef yang hebat sekalipun.

Dalam usaha untuk mendekatkan diri kita dengan Allah.Kita diasuh dan dituntut untuk memerhatikan lantas berfikir tentang segala yang telah diciptakan di sekeliling kita, dan kita ditegah sama sekali berfikir dan membayangkan zat-zat Allah.

Kita bukan tidak mahu bergabung dengan sesame muslim, namun, takut kita menjadi seperti gulai tadi yang pada asalnya baik bertukar kepada sesuatu yang tidak lagi bernilai.. jauhilah dari menjadi golangan yang berhijrah daripada CAHAYA kepada KEGELAPAN.