Beberapa minggu yang lalu saya mendengar suatu cerita yang amat menarik untuk dikongsi bersama, buat teladan dan panduan dalam kita bermusafir di bumi sementara ini.
Dicerikan, di suatu negeri ada seorang pemuda yang ‘abid’ sangat rajin dalam menunaikan ibadah dan mendekatkan diri dengan Allah.
Dalam masa yang sama, disana juga terdapat seorang perempuan pelacur yang amat terkenal dengan kecantikannya, sehingga diceritakan setiap mata yang memandangnya pasti akan terpukau dengan kecantikan yang dimiliki oleh pelacur tersebut.
Pada suatu hari pemuda yang baik itu tadi berjalan, dan melalui rumah pelacur tersebut, dan tanpa disengajakan pemuda itu tadi terlihat akan wajah pelacur tersebut.
Walaupun pemuda itu seorang kuat imannya namun panahan syaitan telah membuatkanya tidak dapat mengawal nafsunya kerana pelacur tadi sangat cantik dan pemuda itu ingin mendapapatkanya.
Selepas itu pemuda itu pun menuju ke rumah pelacur tersebut untuk mendapatkanya, diceritakan bahawa ramai orang yang beratur mengambil giliran bagi mendapatkan khidmat pelacur tersebut.
Oleh kerana bayaran yang tinggi dikenakan, pemuda tersebut berusaha mencari jalan untuk mendapatkan wang yang cukup, jadi pemuda itu terus ke pasar bagi menjual kasutnya bagi mendapatkan wang semata-mata mahu melangan pelacur tersebut. Kembalilah pemuda itu ke rumah pelacur tanpa alas kaki.
Pemuda itu juga sanggup menungu dan beratur panjang bagi melaksanakan hasratnya itu. Selepas tiba gilirannya, pemuda itu masuk dengan hati yang berat, kerana hati kecilnya mengatakan bahawa perbuatanya itu salah. Namun hawa nafsunya lebih menguasai ketika itu.
Ketika pemuda tersebut mula mendekati perlacur itu bagi melaksanakan hasratnya, tiba-tiba perasaan takut pada Allah muncul dalam hatinya, daripada TAKUT itu, membawa kepada perasaan MALU.
Oleh kerana pemuda tadi mula malu pada Allah kerana perbuatanya itu, dia pun segera membatalkan hasratnya, di saat wanita cantik itu tadi berada betul-betul di hadapanya.
Pelacur itu berkata kepadanya “kamu ini seorang yang bodoh, orang ramai beratur panjang bagi mendapatkanku, tapi bile peluang ini terhidang di matamu kamu menolaknya”
Lantas pemuda itu berkata “aku malu pada Allah” lalu pemuda it uterus berlalu dari situ.
Tersentak dengan perbuatan pemuda yang dengan ikhlas malu pada Allah itu tadi, membuatkan pelacur itu berfikir sejenak.
Sepatutnya aku lebih layak malu daripadanya kerana akulah yang menyediakan jalan-jalan kemaksiatan ini..
Selepas itu perempuan tadi insaf dan terus menutup biliknya, dan orang ramai yang beraturpun pulang ke rumah masing-masing.
Dengan penuh rasa keinsafan dan penyesalan, pemuda dan perempuan itu pun bertaubat dan cube mendekatkan diri dengan Allah lantaran MALU pada perbuatan mereka sendiri.
Setelah berapa lama, perempuan itu cube mencari pemuda tadi kerana mahu menjadikan pemuda itu suaminya yang sah bagi membimbingnya kejalan yang benar.
Setelah berusaha akhirnya perumpuan itu tahu dimana pemuda itu tinggal, berjalanlah ia ke kampong pemuda tadi, sesampainya di sana, perempuan itu bertanya pada orang kampong tersebut dimanakah rumah pemuda itu.
Setelah diceritakan bentuk tubuh dan rupa paras lelaki tersebut orang tua itu menjawab “ orang ini seorang pemuda yang baik, dan dia tinggal bersama dengan adiknya yang agak sebaya dengannya, kedua-dua peemuda itu amat baik akhlaknya.
Dipendekkan cerita, adiknya berkata pada abangnya yang ada seorang perempuan yang sangat cantik ingin menemuinya, dengan rasa hairan abangnya keluar dan sangat terkejut bila melihat perempuan itu berada di depanya.
Lantaran terlalu terkejut dengan perkara itu, pemuda tersebut terus rebah dan meningal dunia. Maka tidak tercapailah hasrat wanita itu tadi untuk hidup bersama dengan pemuda itu tadi.
Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya, patah tumbuh silih berganti, Allah menggantikan jodoh wanita tersebut dengan adik pemuda yang soleh itu, yang juga mempunyai akhlak yang amat terpuji.
Akhirnya, daripada zuriat mereka inilah lahirnya para nabi dari golongan bani israiel. Yang menjadi golongan terpilih disisi Yang Maha Esa.
Lihatlah, betapa Allah itu amat Pemurah dan Maha Pengampun kepada setiap hanbanya yang berusaha untuk pulang mencari jalan kebenaran selepas telah jauh tersasar.. malah digantikkan dengan ganjaran yang lebih baik bagi mereka.
Oleh itu, janganlah kite berputus asa dengan rahmat Allah.. kerana Allah itu amat Pengasih dan Penyayang kepada hamba-hambanya.
Lineage 2 Papercraft Class Sagitarius
10 years ago
No comments:
Post a Comment