Tersesat dan Disesatkan

Hari ini saya telah tersesat jalan ketika nak ke satu program wacana ilmiah di bangi, program tu diadakan kerana untuk membersihkan seorang tokoh gerakan islam yang telah disesatkan (dilabelkan sesat) oleh sesetengah pihak..

Nama program tu ialah wacana pemikiran Assyahid Sayyid Qutb.. program dijalankan bagi memperingati syahidnya Beliau 43tahun yang lalu tangal 29 ogos 1966..

Beliau yang lahir sezaman dengan Assyahid Hassan Al-Banna bagaimanapun tidak pernah bertemu muka dengan pengasas ikhwanul muslimun itu.. namun, dua tahun selepas kematian Hassan Al-Banna, beliaulah mengambil alih menjadi mata rantai kepada perjuanagan ikhwanul muslimun.

Sebagaimana yang telah saya sebutkan tadi, wacana ini sebagai ingin menjawab tohmahan yang telah dibuat kepada beliau. Begitu banyak tohmahan yang tidar wajar dilemparkan oleh mereka-meraka yang takut dengan pemikiran yang dibawa beliau. Termasuk para pemimpin mesir ketika itu.

Sebenarnya beliau mahu masyarakat pada zaman itu putar balik (u turn) semula kepada ajaran yang sebenar.. tapi macam yang ahli panel bagitau.. mereka tu dah jauh tersesat. Analoginya die kata macam kita sesat di highway, bukan senang nak patah balik, sebijik mcam apa yang berlaku atas batang hidung kami. Hehe

Mana taknya, sepatutnya boleh sampai dalm msa 20minit je, akibat tersilap masuk highway lebih kurang sejam baru sampai, itupun terpaksa 4kali bertanya arah.. dalam perjalanan tu duk piker la.. apalah hikmahnya kitorang jadi macam ni..

Rasa putus asa pun ada.. rasa macam dah xnak pegi je.. tapi sebab kami banyak bertanya, akhirnya smpai jugak tepat pada waktunya.. Alhamdulillah.. itulah hikmahnya, kita perlukan bimbingan kalau rasa diri kita telah tersasar dari landasan yang sebenar.

Tapi semua itu terubat bila mendengar wacana tu. Menghidupkan semngat juang orang-orang yang mendengarnya, rasa tenang hati biala melihat wajah-wajah yang ikhlas memperjuangkan islam, setiap nasihat yang keluar dari mulut mereka bagaikan mutiara yng sukar dicari.. tambahnya lagi dapat bersalaman dengan mereka..

Sedikit lagi perkongian tentang Sayyaid Qutub. Beliau mengarang tafsir fizilalil quran ketika ditahan di dalam penjara, safsir yng cukup hebat kata Nik Abduh. Katanya, ayahndanya (Tok Guru Nik Aziz) sagat meminati tafsir ini, dan mengambil masa hampir 30 tahun untuk menghabiskan tafsir ini di masjid muhammadi di Kelantan..

“ramai orang yang boleh menulis…, tetapi jarang sekali kita boleh menemui orang yang hidup dengan tulisanya, dan matipun dengan apa yang ditulisnya” itulah kata-kata sarjana islam tentang beliau..

Semoga kita menjidi mata rantai kepada perjuangan yang mulia ini….

Sama-samalah kita menyedekahkan Al-fatihah kepada para mujahid-mujahid di jalan Allah ini….




1 comment:

srikandi_affan said...

salam mujahadah...
nta p wacana nie ea... dgr dpt buku free, menarik x buku tue??
nanti boleh pinjam..hu5

Post a Comment