Kenapa Mereka Berjaya Mencipta Sejarah?



Ya, sudah menjadi sunnatulLah, bahawa kejayaan yang diraih hari ini adalah hakikatnya bermula dari usaha-usaha di masa lalu, dan begitu jugalah kejayaan di masa depan ditentukan oleh bagaimana keadaaan kita di masa sekarang.

Jadi benarlah apa yang selalu kita dengar “Langkah yang beribu batu itu bermula dengan langkah yang pertama” soalnya sekarang  adakah kita sudah mula melangkah? Atau masih menjadi penonton sahaja kepada kebangkitan-kebangkitan islam yang sedang berlaku di dunia hari ini.

Cukuplah keratan artikel yang ditulis oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi ini memberikan gambaran apa yang seharusnya kita lakukan untuk kita mencipta kebangkitan dan kesedaran Islam secara menyeluruh sifatnya.

1990, menyaksikan parti islam pertama yang memenangi pertandingan dalam pilihanraya dalam system demokrasi iaitu F.I.S di Algeria. Adakah kejayaan itu percuma sifatnya? Atau ianya berlaku secara kebetulan dan datang ibarat bola yang  bergolek sahaja? 

Mari kita teliti apa yang dinukilkan oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi ini.

“ Pernah golongan muda dari Algeria mengatakan ‘ kami pernah menunggu kehadiran ekspo antarabangsa, kami tercegat semalaman di hadapan pintu ekspo  tersebut, apabila pintu dibuka, kami menyerbu gerai-gerai dan toko-toko buku islamik, tidak sampai dua atau tiga jam, semua buku-buku islamik sudah habis di jual’.


Inilah kedahagaan demi membaca tulisan-tulisan islamik. Disebabkan itulah saya ( Dr Yusuf al-Qaradhawi) semasa kali pertama pergi ke Algeria mereka di sana meminta supaya mencetak dan memasarkan kitab tulisan saya di Algeria. Mereka sendiri mengatakan bahawa ‘ anatara perkara-perkara yang hanya di benarkan kepada kami adalah buku-buku dan percetakannya’.

Maka saya mengatakan kepada mereka ‘ ambillah kitab-kitab ini tanpa sebarang bayaran, dan cetaklah kitab-kitab ini’. Sedemikian juga turut dilakukan oleh syeh Al-Ghazali Rahimahumullah yang memberi kebenaran kepada penduduk-penduduk Algeria untuk mencetak kitab-kitabnya.


Saya pernah mengatakan bahawa kitab-kitab ini sahaja sudah cukup untuk membangkitkan dan mencetuskan revolusi di Algeria dan sememangnya itulah yang berlaku kemudiannya. Saudara-saudara disana mengatakan kepada saya ‘sesungguhnya perkiraan kamu itu benar, revolusi islam sudah mula meletus dan telah bangkitnya pergerakan islam secara terang-terangan yang pertama di Negara-negara arab, iaitu Front Keselamatan Islam (F.I.S) di Algeria.

Sahabat-sahabat saya sekelian, saya pernah pergi untuk menunaikan solat jumaat di Algeria. Solat jumaat di sana biasanya di hadiri dalam lingkungan seratus atau dua ratus ribu orang jemaah, seperti mana yang dianggarkan oleh para wartawan dan lain-lainnnya yang hadir sekali. Masjid tiga tinggkat dipenuhi oleh jemaah-jemaah, tidak kurang juga kawasan lapang di sekeliling masjid, jalan-jalan dan medan-medan yang berhubung dengan masjid yang turut dibanjiri ribuan jemaah sehingga melumpuhkan laluan lalulintas untuk sementara waktu.


Duta Qatar memberitahu saya ‘anak lelakiku ingin solat jumaat di Algeria, dia sudah bertolak seawal pukul sebelas pagi lagi sedangkan solat jumaat bermula jam satu tengahari. Dia ingin bersolat dekat dengan Syeikh Yusuf yang ketika itu datang melawat dari Qatar, tetapi dia tidak mampu untuk masuk kedalam masjid kerana apabila dia tiba, masjid telah pun dipenuhi oleh jemaah yang datang lebih awal, dan dia langsung tidak boleh masuk ke dalam masjid.*

Dari keratan artikel di atas, dapatlah dibuat beberapa kesimpulan kenapa mereka pernah mencapai kejayaan sebegitu rupa.

  1. Kesedaran dan kecintaan mereka terhadap ilmu dan buku-buku, kerana inilah ayat pertama yang Allah turunkan buat Ummat Muhammad SAW “IQRA”- bacalah.
Kerana ilmu itu sifatnya adalah cahaya yang akan menerangi lorong-lorong gelap yang di huni manusia. Dan akhirnya membaca akan membawa manusia itu menyungkur sujud dan semakin dekat dengan Tuhannya.

Dan ini jugalah yang menjadi asas kepada pemikiran falsafah Socrates seorang pemikir Yunani iaitu beliau membawa konsep “Budi ialah tahu” dengan membawa makna orang yang berpengetahuan dengan sendirinya berbudi baik dan memperoleh kejayaan”

  1. Masyarakat yang Rabbani dengan makna mereka mengakui bahawa mereka hidup bertuhan, dengan membanjiri rumah-rumah ibadah demi untuk bukan sahaja sebagai satu bentuk tanggungjawab buat mereka malah yang jauh lebih dalam dari itu adalah berusaha mendekatkan diri kepada Tuhannya.
Harus kita sedar, bahawa kita ini lemah sifatnya, dan kita ini hamba kepada Tuhan kita, jadi tidak akan pernah ada satu kuasa pun yang mampu memberikan kekuasaaan yang sebenarnya kecuali kekuatan itu harus datang dari Tuhan yang menciptakan kita dan tentunya lebih tahu tentang diri kita sendiri melebihi tahunya kita terhadap diri kita.

*(Realiti  Ummat Islam Masa Kini, Satu Penelitian~ DR Yusuf Al-Qaradhawi)
Keluaran CCFS ~ M/S: 30-31

Terima Kasih Tuhan atas Hijrah ini





Alhamdulillah, thumma Alhamdulillah thumma Alhamdulillah,
Ya Allah adakah kalimah lain yang lebih indah untuk aku mengungkapkan rasa syukurku padaMu ya Rabbi?

tidak ada lagi kalimah lain yang lebih baik untuk kita mengungkapkan rasa syukur dan terima kasih kita pada Tuhan kita kita melainkan kalimah ini.

tak tahu bagaimana ingin ku ungkapkan rasa syukur ini pada Tuhan yang telah mengurniakan diri ini kenikmatan yang tak berbelah bagi.

memulakan awal tahun hijrah dengan bukan azam dan cita-cita dari diri sendiri, namun yang terlebih indah dari itu, Allah sendiri telah 'menghijrahkan' diriku hari ini.
pelbagai detik indah yang berlaku pada diri hari ini,memberikan satu'pandangan alam' yang sangat bermakna buat diriku.

Temuduga Darus Syifa



berpagi-pagi dalam keadaan redha dengan apa yang telah Allah tetapkan buat kita- itulah tandanya jiwa seorang hamba yang bersyukur pada Tuhannya.

hari ini memulakan langkah pertama ke Pusat perubatan Darus Syifa di bangi dengan seribu satu harapan, tidaklah ada niat laian dalam hati kecil ini mengikuti kelas ni yang setahun tempohnya kalau berjaya melainkan satu kalimah sahaja yang membuatkan aku ke sini, iaitu "ILMU"

tidak langsung terlintas difikiran ini untuk menjadi pengamal perubatan islam, atau sebagai sumber pendapatan, atau terlintas soal jin, hantu dan makhluk-makhluk halus yang lainnya,

kaki ini melangkah ke sana semata-mata ingin mengutip mutiara-mutiara ilmu dari Ilmuan islam yang sangat ku kagumi 'Tuan Guru Dato Harun Din'. ingin mencedok sendiri ilmu-ilmu dari mulut2 para ulama yang ikhlas ini untuk membuatkan diriku lebih dekat dan hampir dengan Tuhanku.

20minit perjalanan ke sana yang sangat indah, bagaiakan hati ini 'dimikraj' kelangit, sungguh Allah telah memotivasikan hati ini dengan terlintasnya firman-firman Tuhan dan Sabda-sabda baginda yang membuatkan hati ini lebih tenang dan termotivasi.

Sungguh, jiwaku terasa ketenagan yang amat!! Tuhan saja yang mengetahui rasa hati ini, terima kasih Tuhan.

niatku juga, bila belajar disana dapat berteman dan bergaul dengan para cendikia dan asatizah yang lainnya, melebarkan jaringan ukhwah semata-mata mencari redha Tuhan dalam hidup ini.

kadang-kadang kita kuat, namun kadang-kadang kita lemah, jadi kita sangat memerlukan sahabat-sahabat yang ikhlas untuk terus menjadi 'wasilah' sumber kekuatan buat diri kita.


Falsafah Ilmu

tidak banyak yang ingin dibincangkan tentang falsafah ilmu pada pandangan saya dalam ruangan ini, cukuplah untuk kita meletakkan bahawa ilmu itu adalah laksana cahaya-cahaya Tuhan yang akan menerangi hati dan jiwa kita.

teman, satu saja yang memotivasikan ana dalam 'gila-gila' mencari ilmu, cukuplah Ayat pertama yang Allah turunkan buat kita memotivasikan diri kita.



ya 'IQRA'.. kalimah inilah yang telah merubah dunia seluruhnya. namun yang lebih indah dari itu duhai teman, ayat terakhir dari surah yang sama, mengingat dan menyatakann pada kita..

bahawa segala ilmu yang kita perolehi ini adalah semata-mata untuk kita 'wasjud waqtarib'- untuk kita mengungkur sujud pada Tuhan dan waqtarib - mendekatkan jiwa kita dengan Tuhan kita!!

SubhanaLlah, cercayalah akan indahnya saat itu..

Empangan Ukhwah Itu Takkan pecah!

SubhanaLah, satu perkara lagi yang membuatkan hati ini berbunga-bunga malam ini adalah, bila berkumpulnya jiwa-jiwa yang bersatu atas dasar ukhwah yang ikhlas semata-mata untuk mencari redha Tuhannya.

empangan ukhwah yang dibina itu bukan sedikit kos yang perlu dibayar, bukan sedikit masa yang perlu diambil, ianya adalah hasil tajribah(ujian) yang ternyata menjadikan empangan itu makin ditempa makin kuat binaannya!

teman, dalam kita berukhwah ini, pastinya kita perlu berdada dengan sifat dan pereangai manusia itu sendiri, itulah yang menimbulkan kalimah-kalimah yang indah dalam islam- sabar-ikhlas-bersangka baik-jangan dengki-jangan marah- dan banyak lagi.

kalau kita tidak bersama dengan masyarakat dan manusia lain,mungkin kita tidak perlukan kepada kalimah-kalimah ini, namun percayalah sahabat, kalimah-kalimah inilah yang membuatkan hidup kita ini indah dan lebih bermakna.

nikmatkah rasa manis itu pada orang yang tak pernah lidahnya menyentuh rasa tawar? nikmatkah rasa sihat itu pada orang yang tak pernah kenal sakit dalam diari hidupnya?

teman, indahnya hidup ini, bila kita menyelam dalam masyarakat itu, dan kita berhadapan dengan segala kerenah manusia yang pelbagai itu. kerana disanalah kita akan diajar tentang erti hidup yang sebenar.

"Seorang mukmin yang bergaul (berinteraksi) dengan manusia dan bersabar di atas perbuatan buruk mereka, lebih besar pahalanya daripada seorang mukmin yang tidak bergaul (berinteraksi) dengan manusia dan tidak sabar atas tindakan buruk mereka." (HR atTirmizi)

sejarah sepanjang zaman mencoretkan pada kita, bahawa adat manusia ini berikhtilaf(tidaksependapat) dalam banyak perkara dan hampir setiap masa, sebab itulah islam mengajar kita bahawa berikhtilaf itu tidak ada salahnya, namun apa yang perlu dididik dalam diri dan jiwa kita ialah,
'bagaimana kita menangani, berdepan dan berkomunikasi dengan perbezaan itu'.

benarlah ungkapan dari seorang ulamak islam, imam al-syaitibi bila beliau mengungkapkan bahawa sesungguhya 'pada berbeza pendapat itu sebenarnya punya rahmat'.

malam ini, berbincang dari sekecil-kecil perkara sehinggalah kepada sebesar-besarnya, tentang diri, pelajaran, ummah, rumahtangga wawasan hidup, akhirat dan lain-lainnya. tidak ada yang lain yang kami harapkan, melainkan masing-masing ingin melihat kebaikan yang berpanjangan buat diri dan teman-teman.

teman, hidup kita ini hanya persinggahan yang sementara cuma.. kita berukhwah bukan untuk didunia yang singkat ini sahaja, namun yang terlebih penting dan jauh dari itu, adalah untuk melihat kebaikan kita semua di akhirat sana.


ya Allah pertemukanlah kami di syurgaMu nanti!

terlalu banyak ingin ku coretkan sebenarnya, namun biarlah sapai di sini dulu, sungguh Allah telah mengilhamkan satu ayat tema yang baru dalam diriku, yang kurasakan amat bermakna sekali.

bagimana Allah telah merakamkan kata-kata Nabi syuaib kepada kaumnya
"aku tidak bermaksud kecuali (mendatangkan) perbaikan selama aku masih berkesanggupan."!!! (Surah Hud 11: ayat 88)


Terima kasih Tuhan!

Apakah Erti Bahagia Itu?





Tiga orang bersahabat berjalan di sebuah kota yang ramai, di mana berdiri rumah-rumah yang indah. Tempat tinggal orang kaya, tuan-tuan dan orang-orang yang bergaji besar. Ketika itu hari telah petang, matahari telah condong ke barat, cahaya syafak merah dari barat bergelut dengan cahaya litrik yang mulai menerangi jalan raya. Di antara pergelutan siang dengan malam itu, beberapa orang duduk di muka perkarangan rumahnya bersama anak dan isterinya, sambil membaca surat-khabar yang terbit petang itu ganti istirehat pulang dari pekerjaan. Di atas meja terletak beberapa mangkuk the. Si ibu sedang menyulam, anak-anak sedang bermain kejar-kejaran, di hamparan halaman rumah rumput yang hijau itu.

Alangkah bahagianya orang-orang yang tinggal di sini, kata salah seorang dari ketiga orang bertemasya itu. Lihatlah keindahan rumahnya sangat serasi dengan keindahan perkarangannya, kecukupan perkakasnya bergelut dengan kepuasan hatinya. Di dekat rumah itu kelihatan garasi mobilnya, tentu mobil itu menurut model yang paling baru, gajinya tentu mencukupi untuk belanja dari bulan ke bulan, malah lebih dari cukup.

Seorang di antara ketiga yang bertemasya itu, setelah mendengarkan perkataan kawannya itu, menjawab: Ah, jangan engkau terpedaya oleh kulit lahir, kerana dunia ini hanya komidi. Boleh jadi di balik keindahan perkakas, di balik senyuman dan tertawa itu ada beberapa kepahitan yang mereka tanggungkan, yang tidak diketahui oleh orang lain. Ramai orang yang tertawa, sedang hatinya luka parah. Ramai orang yang tertipu melihat cahaya panas di waktu terik di tanah lapang, disangkanya cahaya itu air. Setelah dia sampai ke sana hanya pasir belaka. Banyak sekali, keadaan yang rahmat dipandang lahir, tetapi pada batinnya laknat.

Kalau begitu apakah erti bahagia itu dan di manakah batasnya?

Seorang mengatakan, bahagia itu didapat oleh orang yang mempunyai kekayaan cukup. Kerana dengan kekayaan, segala yang dimaksud tentu tercapai. Orang kaya di mana dia tinggal, perkataannya didengar, salah-salah sedikit dimaafkan orang saja. Wang adalah laksana manisannya. Sengsara ialah pada kemiskinan, meskipun benar perkataan yang keluar dari bibir, kebenaran itu tidak akan tegak kerana tidak bertulang punggung. Tulang punggung ialah harta. Di dalam satu perhelatan atau pesta sutan-sutan dan baginda-baginda didukkan di kepala rumah. Sedang si miskin harus di muka jenjang saja.

Yang lain mengatakan kemuliaan dan bahagia itu pada nama yang masyhur dan sebutan yang harum, mentereng (gagah), dijadikan orang buah mulut, dipuji ke tengah dan ke tepi. Itulah bahagia, katanya, yang lebih berharga daripada harta-benda, kerana kekayaan dunia tidaklah akan dibawa mati, tetapi 'nama baik' tetap diingat orang.

Buah fikiran ini tiada mahu putus-putus, sebab itu timbullah keinginan menyelidiki lebih jauh. Kita telah dengar bagaimana ukuran bahagia dan kaedah orang. Semua makhluk anak Adam ini rupanya ingin bahagia, bukan saja mengetahui bahagia, tetapi mengecap bahagia.

Seorang tadi mengatakan bahagia itu lantaran banyak harta. Tahukah apa sebab dia berkata begitu? Perkataannya itu rupanya timbul lantaran putus asa. Agaknya kerapkali langkahnya tertarung sebab dia miskin, kerap maksudnya tak berhasil sebab dia fakir. Lalu diputuskannya saja bahawa bahagia itu pada wang, lain tidak. Barangkali juga sudah pernah dikirannya tidak diterima orang padahal benar, tetapi kerana dia tidak punya wang, tidak kaya, lalu diabaikan orang saja. Jadi kaedahnya itu adalah dari hati yang kecewa.

Kalau kita perturutkan, setiap orang mempunyai kaedah tentang bahagia, sebanyak penderitaan, sebanyak pengalaman, sebanyak kekecewaan.



* Orang fakir mengatakan bahagia pada kekayaan.
* Orang sakit mengatakan bahagia pada kesihatan.
* Orang yang telah terjerumus ke lembah dosa mengatakan bahawa terhendti dari dosa itulah kebahagiaan.
* Seorang yang tengah rindu dan bercinta mengatakan bertemu dengan kekasih itulah bahagia.
* Seorang pemimpin rakyat berpendapat, bahawa kemerdekaan dan kecerdasan umat bangsa yang dipimpinnya itulah bahagia.
* Seorang perawan dusun bernama Asma binti Bahdad, yang dikahwini oleh Muawiyah bin Abi Sufyan, berkeyakinan bahawa bahagia itu adalah kembali ke dusunnya, di dalam pondoknya yang buruk, walaupun sekaarang dia dalam istana yang indah.
* Seorang pengarang syair merasa bahagia jika syairnya jadi hafalan orang. Seorang wartawan merasa bahagia jika surat khabarnya dan tulisannya difahami orang.

Kita akan bertambah bingung memikirkan hal ini. Di manakah sebenarnya bahagia itu. Sebab itu kita cari buku-buku yang kita rasa penting, karangan para ahli falsafah, tasauf dan pengalamannya, adakah tersimpan di sana bahagia itu.

Buku-buku itu bertemu, kita kumpulkan keterangannya menjadi satu. Kita susunkan menjadi suatu karangan, untuk menjadi suluh penuntut bahagia, tetapi bahagia tak ingin bertemu.

Maka adalah kebahagiaan yang kita cari itu terlalu tinggi. Kita semuanya hanya mengumpulkan pendapat orang lain, kerana demikianlah kita ini di dalam hidup. Kadang-kadang pendapat mereka itu belum pernah dirasainya, hanya di angan-angannya begitulah agaknya. Kadang-kadang pula telah dirasainya, tetapi tak sanggup dia melukiskan secara terperinci, kerana tidak mudah bagi manusia menerangkan segala kelazatan yang dirasainya. Tetapi dengan membaca pendapat-pendapat para ahli itu, moga-moga terubatlah hati kita, timbul keinginan menuju ke sana, dan tercapailah oleh kita bahagia, walaupun tidak seluruhnya, sebahagiannya pun cukuplah.




petikan awal dari buku Tasauf Moden karya Buya Hamka.

Andai semua merasakan itu hak mereka..






Hari ini kita bisa hidup aman dan nyaman sekali, menghirup udara yang segar, menikmati pesona ciptaan Tuhan yang pelbagai itu. Terima kasih Tuhan atas segalanya.

Bunga-bunga masih kembang mekar, pohon-pohon masih boleh mengeluarkan buah, rumput masih berdiri segar,haiwan-haiwan ternakan masih riang meragut rumput-rumput, dan manusia masih mampu merasai keenakan dan kelazatan daging-daging dan hasil tenusu.

Perkara ini tiap masa berlaku di sekeliling kita bukan? Tapi sedikit cuma dari kita yang mengadaikan masanya sesaat cuma untuk memikirkan ibrah dan pengajaran disebalik semua itu.

Banyak sekali kita melihat perbandingan-perbandingan alam yang dinukilkan Tuhan dalam KitabNya yang mulia.. awan yang membawa gugusan air, hujan yang tumpah dari langit, lalu menghidupkan tanah-tanah yang mati.

SubhanaLLah hebat bukan ciptaan Tuhan?? itu sejuzuk cuma dari bermacam-macam lagi keajaiban yang Tuhan ciptakan pada Alam.

Andai kata, hari ini lebah mendakwa manusia di mahkamah antarabangsa. Mendakwa mausia kerana sewenang-wenang mencuri madu lebah yang mereka proses, berhempas pulas siang dan malam.

Bermula dengan pengembaraan mencari bunga-bunga untuk menyedut madunya, dalam masa yang sama menjadi agen pendebungaaan kepada pohon-pohon agar bunga-bunga itu terus hidup dan membekalkan sumber utama untuk mereka memproses madu.

Bukan itu sahaja, mereka membina rumah berbentuk hexagon (segi lapan) yang di dakwa banyak orang merupakan stuktur yang paling sempurna dan paling kukuh. Sekali lagi kita melihat Ke-Agungan Tuhan, megurniakan ilham yang cukup hebat pada binatang yang sekecil lebah itu.

Mereka siang dan malam, memproses pati-pati dari bunga itu tadi menjadi madu lebah yang digila banyak orang. Bukan digila kerana manisnya sahaja. tetapi yang jauh lebih penting dari itu adalah, khasiat-khasiat yang terkandung di dalamnya., membuatkan banyak orang tertarik padanya.

Kerana seekor lebah…..



Hari ini kita melihat, bunga-bunga masih kembang mekar ditaman-taman, pokok-pokok masih setia mengeluarkan buhan-buahan untuk dimakan manusia.

Buka itu saja, bermula dari sang pengusaha ladang lebah, pemilik kilang madu sehinggalah kepada pencari lebah di kampung-kampung mendapat manfaat yang banyak darinya.

Tetapi.. andai kata hari ini, mahkamah antarabangsa menerima saman lebah terhadap manusia, menjadikan tidak ada lagi madu-madu yang di jual, bunga-bunga tidak lagi mampu mengembangkan kelopaknya yang cantik, apatatah lagi pohon-pohon mahu mengeluarkan buah..

Ini kerana, lebah tidak lagi menjalankan fungsinya, menjadi agen debunga, kerana madu-madu di seluruh dunia telah menjadi miliknya sekarang.

Lihatlah betapa tunggang-langgangnya dunia hanya kerana seekor lebah tidak lagi menjalankan tugasnya. Dan mendakwa miliknya dan usahanya adalah bersifat peribadi cuma.

Lihatlah wahai manusia yang dikurniakan akan akal-akal yang sihat, kita hidup di muka bumi ini, hakikatnya kita saling memerlukan satu sama lain, masing-masing harus memainkan pernanan mengikut tugas yang telah ditetapkan Tuhan pada kita.

Jangan pula ada Sang Jutawan yang mendakwa, hartanya adalah untuknya semata, tetapi pada rezeki yang terkurnia padanya itu terdapat juga hak orang-orang fakir dan miskin padanya.

Indahnya apa yang telah di ciptakan Tuhan pada kita, saling perkaitan dan tolong menolong sesama makhluk di alam semesta ini membuatkan kita semua hidup dalam satu ekositem yang sangat sempurna.

Begitu juga seharusnya manusia, makhluk yang dikurnia akan Akal padanya. Yang kaya membantu yang miskin, yang kuat membantu yang lemah, yang pintar menolong yang kurang pintar, dan begitu jugalah sebaliknya.

Kalaulah hanya dengan seekor lebah tidak menjalankan fungsinya, rosak binasalah dunia, begitu juga seharusnya kita, kalaulah kita tidak melaksanakan amanah dan tanggubjawab kita, maka akan rosak binasalah sesebuah Tamadun dan Masyarakat..


Tika Mata Melihat Alam, Hati Merenung Tuhan….



Paloh Rawa
30/05/11 (12:34pm)

Damai Desa Itu..





Damai embun pagi, mendung awan petang dan petak sawah yang menghijau, membayangkannya saja sudah terasa damainya..

Dua hari pulang ke desa arwah atuk, memberikan seribu satu aspirasai, menyoroti silam yang penuh warna dan pastinya melemparkan sejuta harapan..

Desa itu, permainya membawa tenang, melihat suasana desa itu yang masih tidak disentuh pembangunan yang menggila, melihat hijau petak sawahnya memberikan sejuta ketenangan..

Petang itu, berdiri di titi di tali air, dulunya titi itu dari kayu dibina arwah atuk, kini sudah berdiri teguh menjadi kongkrit, satu tika dulu, tali air itu pernah menjadi tempat kami bermain riang bersama sanak saudara.



Desa itu, masih juga terpahat peristiwa pahit tetapi manis untuk dikenang, terjatuh dari pohon kelapa tika mahu memetikknya, sakitnya mungkin hilang, namun memorinya akan tetap ku kenang..

Petang itu, aku melihat anak-anak kecil desa bermain bola, bukan dipadang, tetapi di halaman Cuma, walaupun bola yang kemik, uzur dan tidak pantas digelar bola lagi, namun jauh di sudut hati mereka, mereka terhibur bermain bersama teman-teman..


Mendengar bual bicara anak2 desa, sekali sekala mereka bergaduh itu perkara biasa dan sudah fitrah bagi mereka, melihat akan kelibat dan gelagat mereka, mengingatkan daku waktu dulu, tika itu hamparan kain putih masih tidak banyak titik hitamnya, masih kurang taklifannya dan masih boleh riang setiap ketika.. sungguh, aku merindui saat2 fitrah itu..

Malam itu, aku mengintai-intai buku yang tersusun rapi di almari, melihat kalau-kalau ada yang berkenan untuk mengisi minda hari itu, tangan terus mencapai buku biru itu, “Minda Melayu Baru” yang dinukil Dr Sidik Fadil kira-kira 10tahun yang lalu menjadi plihan..

Menikmati hasil tulisan seorang insan yang bersarjana mudakan pengajian islam, bersarjanakan dibidang persuratan dan berPHDkan kesusasteraan… terpegun dengan buah akal dan gaya tulis bahasa yang terpahat indah dalam buku itu.. menambah aspirasi menuju revolusi..

Berpagi-pagian dengan kokokan ayam desa dan kicauan unggas, ditambah dengan kedinginan air pagi, begitu menyegarkan setiap yang merasainya.. selesai solat berjemaah, kami terus melangkah ke pusara arwah atuk dan nenek, yang kiranya sudah begitu lama tidak kami ziarahi.
Terkenang akan arwah atuk, masih segar terpatri dalam memori akan wajahnya yang berseri itu, gayanya yang berserban sentiasa dan wataknya sebagai guru mengaji Quran menambah motivasi.




Teringat lagi aku, tika itu aku masih kecil, solat berjemaah, berzikir dan berdoa bersama-sama dengannya.. masih ingat aku, susuk tubuh itu yang sering membacakan kalam Tuhan di waktu-waktu lapangnya, entah berapa kali beliau khatamkan dalam sebulan itu aku kurang pasti..

Malu benar jiwa muda ini, kerana masih tidak mampu mengikut jejak pusaka arwah atuk.. Moga darahnya yang mengalir dalam tubuh ini memberikan kekuatan untuk aku juga mencintai kalam Tuhan sepertinya.. Moga Allah merahmati kalian di alam sana Datuk dan Nenekku..

Pagi itu, berjalan merentasi sawah padi, seterusnya menaiki kereta sewa ke pekan kota bharu, musafir mencari ilmu dengan Ulama merangkap Umara di negeri serambi mekkah itu, melihat wajahnya saja memberikan diri ini kekuatan untuk terus berlari dalam lumpur perjuangan ini..

Aku melihat, berpusu-pusu rakyat jelata menuju ke dataran itu, mendengar kuliah tafsir setiap pagi jumaat, dalam pergi dan pulang aku menaiki kereta bersama2 warga tua yang juga mempunyai tujuan yang sama denganku.. aku kagum dengan mereka, pakcik itu, dari kedut muka dan bongkok badanya aku kira usianya mencecah 80tahun datang bertongkat tetapi masih setia menjadi murid mengutip ilmu.. kiranya ia ku angap satu sindirin sinis buatku untuk terus gagah melangkah mengutip mutiara2 ilmu dari ulama2 yang bertebaran di bumi ini..



Pagi itu, bermunajjat dan solat hajat berimamkan Tuan Guru Menteri Besar bersama2 rakyat yang lain, dalam doanya yang panjang… aku mendengar esak tangis hadirin yang mengaminkan doa itu.. aku melihat usai doa diraup kewajah, setiap yang hadir menyapu titisan air suci yang mengalir dari kelopak mata.. Sungguh, aku terharu melihat esak tangis seorang ulama yang melahirkan rasa cinta pada agama dan Tuhannya..

Aku Rindukan Damai Desa itu….
Aku Rindukan Ulama Negeri itu..
Aku Rindukan saatnya Fitrah di kala dulu…

Paloh Rawa
05/02/11

Teori Domino : Bilakah Lagi??





Dalam buak api kemarahan melihat gelagat sang pemerintah yang sudah hilang arah dan tujuan, setelah sekian lama jari ini tidak menari meluahkan rasa, sesak nafas kiranya apa yang terbuku tidak diluahkan. berikut adalah luahan rasa menunjuk rasa

1. musuh-musuh islam sudah gentar mengigit jari, bermula dengan tunisia apabila rakatnya bangkit menentang pepimpin yang berstatus islam tetapi menjadi musuh kepada agamanya sendiri. cukup diberikan satu contoh tindakan kejam yang melanda golongan Muslimat Tunisia yang dihalang pihak berkuasa yang mengeluarkan arahan rasmi agar semua Muslimat bertudung di semua peringkat, sama ada pegawai atau kakitangan kerajaan dan swasta, para pelajar perempuan di sekolah-sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi tidak dibenarkan masuk di premis-premis kerajaan seperti pejabat, sekolah, daln lain-lain. akhirnya kemahuan rakyat untuk terus bernaung dibawah panji islam yang sebenar tidak dapat dielakkan lagi. presiden tunisia Zein El Abidin Ben Al melarikan diri dari negranya 15 januari yang lalu.

2. kini dunia bising memperkatakan tentang kemaraan rakyat mesir yang mahukan pemimpin boneka yahudi Hosni Mubarak yang sudah 30 tahun memerintah dengan mengaut keuntungan dan kekayaan dengan amalan rasuh yang berleluasa, bukan itu sahaja, kota suci ummat islam Baitul Maqdis juga mendapat tempias kerakusan dan kebobrokan hunsi mubarak ini, dan pemerhati politik antarabagsa melihat bahawa dalam beberapa waktu lagi, hosni juga bakal mengikut jejak langkah zein abidin. moga raktyat yang rindukan sinar islam di bumi ambia itu terus diberi rahmat dan kekuatan.

3. negara2 sekitar juga bangkit menentang kezaliman pemerintah masing-masing, seperti di jordan dan lain-lain, melihatkan kepada dunia bahawa satu generasi baru akan mula memimpin negara-negara arab dalam jangka waktu yang singkat ini..

4- ayuh kita beralih ke negara tempat tumpahnya darah-darah para ulama yang masih panas mengalir memperjuangkan kemerdekaan negara.. malaysia ku.. kerajaan yang memerintah usianya sudah melebihi 50tahun, wah.. hebat benar kiranya, kerana sukar untuk mana2 parti memerintah dalam jangka waktu setua itu.. namun aku juga bingung melihat rakyat tanah airku yang seperti dipukau oleh pemerintah..

5- ini bukan auta tapi fakta, jauh sekali ingin menabur fitnah..



Malam pilihan raya di tenang, sebagai peluang terakhir untuk melakukan kempen Barisan Nasional di DUN Tenang, satu majlis tarian separuh bogel yang berlatar belakangkan konsep satu Malaysia dan Najib, telah diadakan bagi menarik para pengundi ke majlis ceramah Barisan Nasional. wahai bangsaku.. inilah dia pejuang sebenar bangsamu..!!

6- hari ini, kerajaan yang sibuk berbicara soal transformasi ekonomi, menunjuk kejayan mereka mengurus tabir kewanggan negara, sehinggakan minyak masak terpaksa dicatu, dan paling memedihnkan rakyat marhaen.. minyak petrol pula yang meningkat naik.. tahun ini sahaja berapa kali rakyat diberi Bonus kenaikan arga minyak ini.. terima kasih PM 1Malaysia..

7- ini barah yang semakin bertambah parah.. bilamana kewujudan satu division di Jabatan Perdana Menteri yang diberi nama F.L.O.M... yang di takrifkan oleh banyak pihak sebagai First Lady of Malaysia!!.. beberapa ketika ianya diapungkan kelaman web rasmi jPM akhirnya ianya telah ditarik balik slepas dikritik masyarakat..


kalaulah benar apa yang diperkatakan itu, nampaknya isteri kepada perdana menteri negara sudah melebar luaskan sayap pengaruhnya.. namun harus diingat, siapakah sebenarnya yang layak untuk untuk memegang title Fist Lady itu? bukankah dalam perlembagaan negara sudah terang lagi bersuluh bahawa YDPA sebagai ketua negara? bukankah ini bermakana Tuanku Permaisuri Agung yang terlebih layak memegang title itu.??

8- dunia melihat kebangkitan rakyat menentang kezaliman, penindasan, ketidakadilan dan ketidak telusan, maka saya yakin dan percaya, rakyat sedang menghintung detik bilakah masanya Pilihan Raya ke 13 bakal tiba bagi menghukum pihak yang sepatutnya dihukum setelah sekian lama menghukum raktya jelata..

Hijrah: Titik Yang Merubah Dunia.




Sejarah dunia telah menyaksikan kepada kita beberapa revolusi yang berlaku telah memberikan impak dan perubahan yang besar dizamannya. jika di asia barat, dunia mula berubah apabila gerakan islah dicetuskan oleh Syed Jamaluddin Al Alghani dan Syed Muhammad Abduh, Anwar Ibrahim pula dengan reformasinya, Najib Tun Razak dengan Transformasinya, manakala Barack Obama dengan kalimah change mampu mengejutkan politik Amerika Syarikat..

Apapun kalimah yang digunakan sebagai manifesto kepada satu pembaharuan yang ingin dilaksanakan, samaada revolusi, transformasi, islah, rejuvenasi, change dan banyak lagi. Semuanya memberikan satu maksud yang sama iaitu Hijrah..

Hijrah pada asasnya adalah satu perpindahan dari satu titik kepada satu titik yang lainnya, dan islam datang memberikan pengertian yang lebih luas dan dalam tentang hijrah itu sendiri, iaitu satu perpindahan rohani, daripada tahap yang lemah dan lesu kepada tahap yang lebih baik dan tinggi.

Pengkaji eropah bingung dan pelik, bagaimana satu perpindahan dari satu daerah ke daerah yang lainnya yang dijalankan oleh Muhammad bin Abdullah, mampu merubah dunia sehinggalah ke hari ini, ini menggambarkan betapa penghijrahan itu perlu dan mesti bagi memcapai cita-cita yang lebih tinggi.




ERTI HIJRAH YANG SEBENAR

Apapun hijrah yang berlaku di dunia pada hari ini, kalau ianya hanya bersandarkan kepada fizikal semata-mata, ianya tidak akan memberikan apa-apa makna, kerana hakikatnya perpindahan itu adalah daripada makhluk kepada makhluk yang lainnya jua.

Mana mungkin makhluk juga mampu memberikan seribu satu ketengan kepada kita, kerana kita sebagai makhluk yang tidak kekal bergantung kepada makhluk yang tidak kekal juga. Namun di sana ada satu lagi hijrah dalam erti kata yang sebenarnya, iaitu hijrah daripada pergantunggan kepada makhluk kepada Sang Penciptanya.

Digambarkan kepada kita, didalam sebuah hadis yang selalu kita dengar, maksudnya ‘barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka Hijrahnya adalah untuk Allah dan Rasulnya, dan barangsiapa yang berhijrah kerana kerana dunia atau kerana wanita yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya adalah untuk apa yang ia hijrahkan”

Ya, inilah erti hijrah yang sebenarnya, Hijrah Kerana Allah dan Rasulnya. Berhijrah dalam melaksanakan amar makruf dan nahi mungkarnya, berhijrah untuk meningkatkan tahap keimananya, berhijrah akhlaknya daripada berakhlak dengan sifat-sifai mazmumah kepada sifat-sifat yang mahmudah, dan yang jauh lebih penting dari itu semua adalah berhijrah daripada pergantungan daripada makhluk kepada pergantungan kepada khalik (pencipta) semata-mata.

Yakin dan percalah bahawa puncak kepada kebahagiaan dan ketenangan abadi itu hanya wujud bila kita kembali kepada Allah, dalam keadaan orang sudah tidak lagi mahu mendengar rintihan hati kita, di saat tidak ada lagi teman yang mampu untuk menasihati kita, dan disaat tidak ada lagi nasihat yang terkesan buat kita, di saaat itu, kita masih punya Allah, yang tidak pernah jemu dan leka untuk mendengar segala rintihan dan masaalah kita. Sebaliknya kita saja yang jemu dan leka untuk berdoa dan merintih kepadaNya.

Ingin kami menukilkan satu cerita yang diceritakan oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, secara ringkasnya, ada seorang ulama besar yang dirawat oleh seorang doctor pakar, doctor yang kafir itu bertanya kepada ulama tersebut, katanya, saya sudah punya gaji yang besar, pangkat dan jawatan yang tinggi, ringkasnya, segala apa kemahuan yang saja mahu saya dapat. Namun kenapa sampai sekarang saya tidak menemukan ketenagan dalam hidup saya. Oleh kerana yang bertanya tadi adalah orang kafir, maka ulama tersebut menggunakan logik akal untuk menjawab persoalan tersebut, Tanya ulama itu kepada doctor, kalau kamu menghidu bau yang busuk ke mana kamu pergi? Jawabnya, aku akan pergi ke tempat-tempat yang ada wangi-wangian, bertanya lagi ulama itu, kalau kamu mendengar bising kemana kamu pergi? Aku akan pergi mendengar tempat2 yang sungi dan mendengar lagu-lagu yang menenangkan dengan jiwaku, dan banyak lagilah soalan-soalan yang seumpamanya ditanya kepada doctor tersebut, diringkaskan cerita, kalaulah kamu sudah berada di tempat yang sunyi dan pemandangan yang cantik, namun disitu masih ada hanya bau busuk sahaja, adakah ketika itu, kamu akan terasa tenang? Jawabnya, tidak, lalu dijawab oleh ulama tersebut, itulah sebenarnya yang berlaku kepadamu, kamu sakit di tempat yang lain tetapi merawatnya di tempat yang lain. Kerana ketenangan yang hakiki itu hanya wujud pada ketengangan hatinya,bukan pada fizikalnya semata-mata.

Benar, hatilah tempat yang sepatutnya dirawat terlebih dahulu, kerana hatilah raja dan pemerintah kepada tubuh manusia itu sendiri, maka benarlah seperti yang disabdakan oleh Rasullullah SAW, maksudnya ‘didalam diri manusia ada segumpal darah, jika baik darah itu maka baiklah seluruh badannya, namun jika buruk darah itu maka buruklah seluruh jasadnya, dan darah itu adalah Hati’.

Jikalau dulunya Saidina Umar menjadi musuh kepada islam, namun hijrahnya mengubahnya 360darjah menjadi pendokong kepada perjuangan islam, kalau dulunya Khalid Al-Walid memimpin tentera qurais memecahbelahkan ketumbukan tentera islam, hijrahnya mengubahnya menjadi seorang panglima kepada panji islam.

Jadi marilah sama-sama kita berusaha untuk berhijrah dan berubah meningkkatkan hubungan kita dengan Allah, kerana di situlah letaknya sumber kebahagiaan yang abadi. Dan masih belum terlambat untuk kita meletakkan visi dan misi baru yang ingin dicapai dalam tahun hijriah yang baru ini, dengan meletakkan sasaran-sasaran yang jelas didalam akademik, hubungan dengan Allah, hubungan dengan Makhluk, sasaran untuk kerjaya dan lain-lain lagi agar nanti kita boleh terus bergerak dengan lebih maju dan laju bagi merealisasikan impian dan cita-cita kita.

Kami tinggalkan dengan sepotong ayat Al-Quran untuk renungan kita bersama.
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Islah Nafsak.. Wad’u Qairak
Perbaikilah dirimu.. Dan serulah orang lain..!

Kalau Kita Tidak Mampu Menjaganya





Kalau Kita Tidak Mampu Menjaganya.. Pulangkan kembali ke tempat asalnya..
Kita Akan Mula Merinduinya.. Bila Kita sudah Kehilangannya...

Itulah status terbaru musafir hamba dalam facebook… bila membacanya, tentunya pelbagai tafsiran dan andaian yang dibuat kalian,

Tapi status ini memberikan makna yang cukup mendalam dalam kehidupan musafir hamba..

Tercetusnya status ini bila mana diberikan kesempatan menonton cerita ‘Taubat Nasuha’, agak terkesan dengan cerita yang ditonjolkan.

Kalau Kita Tidak Mampu Menjaganya…… Pulangkan Kembali ke Tempat Asalnya..
Kita Akan Merinduinya.. Bila Kita Sudah Kehilangannya
..

Ianya mengajar kita, betapa kita harus menjaga setiap apa yang dianugerahkan buat kita dengan sebaik-baiknya.. kerana setiap yang menjadi milik kita, sudah menjadi AMANAH dan TANGGUNGJAWAB kita..

Mungkin masih ada dikalangan kalian yang terawan-awangan, sebenarnya, situasi ini boleh diletakkan di setiap keadaan dan peristiwa..

Kalau kalian bergelar seorang suami.. maka jika kalian sudah tidak mampu menjaga isteri kalian malah lebih memudaratkan dirinya, maka kalian serahkanlah kembali kepada kedua orang tuanya..
Tetapi percayalah, kalian akan mula merinduinya, bila kalian sudah kehilangannya.

Bila namanya kalian sebagai seorang Daie’.. maka jagalah mad’u kalian dengan sebaiknya, tetapi jika kalian sudah tidak mampu untuk menjaganya.. maka kalian kembalikanlah mad’u kalian ke tempat asalnya.. tetapi yakinlah.. yang kalian kan merinduinya.. bila kalian sudah kehilangannya.

Bila kalian namanya orang yang diberi amanah.. kalian boleh saja mengembalikan amanah itu ke tempat asalnya. Namun sekali lagi kalian akan merindui amanah tersebut, suka duka, pahit manis dan sepak terajang dalam memikulnya.. kerna itu semualah yang telah mendewasakan kalian.

Itu semua penting… tapi tidak sepenting dan seutama apa yang akan kita bicarakan dibawah ini..

*************************************************************************


IMAN… iman itu diberi walaupun terkadang ada yang mencari, namun bukan semua yang dianugerahi.. dengan iman inilah yang membezakan seorang hamba dengan hamba yang lainnya, musafir hamba percaya kebanyakan dikalangn kita sedang mengecapi manisnya iman itu.
Namun persoalannya disini, sejauh manakah iman yang dianugerahi itu kita jaga? Bagaimana kita menjaganya, terserah pada kita, tetapi, jika kita tidak mampu menjaganya, bukan kita yang akan mengembalikannya ke tempat asalnya.. namun yang lebih dikhuatiri, ianya ditarik dan diambil dari yang menganugerahkannya buat kita..’nauuzubillah min zalik’.. disaat itulah.. kita mula tersungkur bersujud meminta ianya dikembalikan kepada kita, kerana sekali lagi.. bila kita kehilangannya.. kita akan mula merinduinya..

TAUBAT..’ setiap anak adam melakukan kesalahan’ kata Nabi.. dan sebaik-baik orang yang melakukan kesilapan ialah orang-orang yang bertaubat.. ya, terkadang taubat kita kepada Pencipta kita datang berkali-kali, tetapi jika kita bermain-main dengan taubat kita.. tidak mustahil suatu hari nanti, ianya akan pergi dan tidak kembali lagi pada kita.. di saat itulah.. kita akan mula merinduinya.

ISLAM.. kata seorang ajk kepada peserta program “ sebenarnya islam tidak memerlukan ana dan kalian untuk berjuang membelanya… tetapi ana dan kalianlah yang sebenarnya memerlukan islam itu… ana dan kalianlah yang melukut dan melutut mahu berpaut pada dahan yang diberi nama islam itu… dan ana dan kalianlah sebenarnya tidak boleh hidup tanpa Islam itu”

TARBIAH.. “betapa ramai orang diluar sana yang mahukan tarbiah.. namun Allah tidak memilih mereka untuk menerima tarbiah ini.. betapa ramai dikalangan kalian yang hadir pada hari ini yang sebenarnya tidak mahupun kepada tarbiah.. namun Allah tetap memilih kalian.. kerana terkadang Kita mahu.. tetapi Allah tidak mahu kita.. terkadang.. Kita tidak mahu.. tetapi Allah mahu kita.. kerana hidayah itu hanya milik Allah..”

***************************************************************************




Malam itu.. tanpa dirancang, dua sahabat bertemu di alam maya.. berbalas salam.. melahirkan rasa kasih sayang kerana Allah..

Seorang sahabat menghulurkan nasihat, sementara yang satu lagi minta diberi nasihat..

musafir hamba kira biarlah dialog diantara mereka itu tersimpan kukuh dalam memori buat masa ini.. akan tiba masanya nanti.. untuk dikongsi mengutip ibrah buat panduan bermusafir di dunia ini..

cukup musafir bawakan beberapa kerat pengakhiran dialog mereka.. selepas menitipkan beberapa nasihat dan pandangan….

LAN... UMMAT DAH HILANG ARAH.. JANGAN KURANGKAN LAGI BILANGAN RIJAL-RIJAL YANG AKAN JADI QUDWAH UNTUUK UMMAT LAN...

HASAN DAH TAK LAYAK JADI QUDWAH UNTUUK UMMAT!!!! LAN JAGALAH DIRI LAN SEBAIK2NYA...
HASAN TAK TAU NAK CAKAP MACM MANA LAGI LAN..

Sahabat pertama tanpa disedari menitiskan air mata menasihatkan sahabatnya... kerana begitu sayangkan sahabatnya, bukan kerana jarang bertemu.. tapi gusar dan risau akan sahabatnya hanyut dibawa arus yang pernah menghanyutkan dirinya sendiri satu ketika dulu….

hasan...
lan mintak maaf
bukan kpd hasan
tapi pada dakwah ni
astaghfirullah...


syukran hasan
lan da lalai
hanyut sgt3
lan takkan fikir lagi psl bnda2 ni
lan balas msj hasan ni
dgn airmata syukur dikurniakan sahabat seperti hasan
yang jadi saksi di akhirat nti
syukran, syg hasan!!!

Dua sahabat saling menitiskan air mata, nasihat menasihati walaupun pertemuan itu hanyalah di alam maya... indahnya ukhwah itu.. walaupun tanpa bertentang mata namun tetap sentiasa bertentang hati..

Tidaklah lama dialog mereka berdua.. tetapi cukup untuk sama-sama menitiskan air mata kerana Ilahi..

Malam itu hassan mengakhiri permualan mereka dengan untaian kata-kata untuk tatapan kita semua..


‘kalau Lan dah taknak Qudwah dan Iman itu.... Bagi saja pada orang yang mahukannya.... Bila kita kehilangannya... baru kita akan merinduinya Lan...... ‘

Uhibukkum fillah sahabat-sahabat ku…

*(Lan dan Hasan bukan nama sebenar)

Paloh Rawa, Machang
25/10/10

20 Tahun Memimpin Kelantan





Hari ini Tanggal 21Oktober , maka genap sudahlah usia pemerintahan kepimpinan ulama dikelantan. Tergerak untuk berkongsi sedikit sebanyak pengalaman dan cerita pahit manis pemerintahan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan.

Lebih mengujakan, lahir-lahir je penulis ke dunia ni, terus berkesempatan berada di bawah pemerintahan seorang ulama, beruntunglah sape-sape rakyat Kelantan yang lahir pada tahun 1990, kerana dipimpin dan ditarbiah oleh seorang Ulama.

Awl-awal Tok Guru memerintah dulu, kononnya pihak lawan dengan bongkak dan angkuhnya, mereka kata kerajaan pimpinan TokGuru takkan bertahan lama, mereka mensasarkan tiga bulan sahaja kononnya, kerana kata mereka, kerajaan tok guru takkan mampu membayar gaji kakitanganlah apelah.. Selepas tiga bulan mereka cakap-cakap lagi, kononnya hanya mampu capai setahun saja, namun semua itu hanya mimpi disiang hari saja buat mereka, nah, sekarang Tok Guru mengekalkan pemerintahannya selama 20 tahun lamanya, lagi 2 tahun samalah dengan rekod Mahathir, tapi bukan itu yang Tok Guru nak.. lebih memedihkan hati lawannya, sekarang ini kerajaan pimpinannya semakin kukuh dan kuat, lebih kukuh dari ekonomi Negara yang dah terumbang ambing sekarang ni pastinya. Malah kerajaan Kelantan dilihat lebih bergaya membawa perubahan kepada mesyarakat.

Kepimpinannya Merubah….

Ya, walaupun hanya memerintah sebuah negeri, kepimpinannya sudah mampu merubah Negara, mahupun dunia, Negara yang dipimpin seterunya seakan-akan tidak terdaya lagi menafikan hal ini.

Bermula dengan sekecil-kecil perkara, Tok Guru membawa satu perubahan dengan menyarankan setiap majlis dibuka dengan bacaan al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-asr dan tasbih kafarah, jika 20tahun lalu, perkara ini seakan-akan tidak wujud kecuali di majlis2 ilmu saja mugkin, tapi hari ini, dimana-mana saja samaada majlis rasmi apatah lagi yang tak rasmi mempraktikkan cara ini, dan lebih mengembirakan ianya juga turut diguna pakai hatta dalam perhimpunan agung umno sekalipun.. hehe.. Alhamdulillah.. tak lama dah tu..

Terngiang-ngiang lagi apa yang tok guru selalu sebut dalam siri ceramah-ceramahnya, sekira-kira bunyinya beginilah “ mula-mula ambo masuk pejabat menteri besar dulu, ambo panggil pegawai kewaangan negeri, ambo suruh tarik semua duit kerajaan negeri letak dalam Bank Islam jah, tak lama lepas tu, ramailah pegawai-pegawai bank mari jupo ambo, dio kata, kalau tok guru buat macam tu macam mana kami nak berniaga, lepas tu tok guru pegang serbannya dan janggutnya sekali, tahu ape tok guru cakap?? Tak malu ko serban ambo ko, ambo nok letok duit kerajaan dalam bank bukan islam” (sebab riba dan sebagainya)

Ringkas dan padat jawapannya,tetapi ianya merubah Malaysia. Bermula dari saat itu, mulalah bank-bank lain mahu melaksanakan sistem islam, satu persatu kita tengok , bank-bank yang baru mahupun yang sedia ada menawarkan sistem kewangan islam.. sehinggakan tak pelik sekarang ini, Bank Hong Leong pun dah jadi islam dengan nama muallafnya Hong Leong Islamic Bank.

Banyak kalau kita nak tengok satu persatu, cukup sekadar penulis bawakan satu dua contoh sahaja, Tok Guru juga mengarahkan agar semua iklan di papan tanda mesti bertudung, jadi semua model-model yang tak pernah bertudung pun terpaksalah pakai tudung kalau nak lekatkan iklanya kat Kelantan, lebih melucukan penulis, sampai ada yang cakap, kalau nak tengok maya Karin pakai tudung, pergi lar kat Kelantan, semua model bertudung, Alhamdulillah.. penulis tengah tunggu Fist Lady pulak bertudung.. hehe. Doa-doakanlah.

Zuhudnya Seorang Pemimpin.

Tok guru lebih selesa dengan jubah dan kain pelikatnya, tak pernah terfikir dek akal kita yang orang berkain pelikat pun boleh memimpin.. malaha jauuuuh lebih baik dari yang tak pernah pakai kain pelikat apatah lagi jubah, rumahnya dari dulu hingga sekarang, macam itulah rupanya, rumah papan yang tidaklah sebesar mana, melangit bezanya dengan ketua bahagian seterunya mungkin..

Kalau tak silap penulis, Tok Guru ni takda kereta sendiri, yang ada hanyalah kereta rasmi kerajaan yang dah 20tahun tak pernah tukar-tukar. Kalau makan bersama rakyat, makan dalam talam dan duduk bersila itu biasa saja baginya, sehinggakan penulis tengok Raja Kelantan yang baru pun mendapat tempiasnya juga, bila selalu dilihat berjubah dan berkain pelikat ke majlis2 bersama rakyat, malah menggunakn perkataan ambo menggantikan istilah beta.. subhanallah.. seterunya saja yang tak mahu berubah-ubah sampai sekarang..

Istiqomah Dengan Islam Yang Dibawanya

Tok Guru dilihat begitu istiqomah dengan islam yang mahu dibawanya.. tak pernah ucapan-ucapannya samaada rasmi atau tidak rasmi tidak diisi dengan tazkirah mengingatkan tentang dosa pahala dan syurga neraka, hebat Tok Guru, sampaikan tazkirah boleh dibawa masuk dalam dewan rakyat dan dewan Negara, beruntang wakil-wakil rakyat sebab selalu dapat dengar tazkirah.. penulis pun nak jadi wakil rakyatlah kalau macam tu.. hehe.. Ameen

Kuliah agama mingguan pagi jumaatnya, tak pernah hilang dan tak pernah lesu dari sambutan, bermula seawal sebelum menjadi menteri besar lagi di bangunan Pejabat Pas sehinggalah dah 20 tahun menjadi menteri Besar. Malah kuliahnya terpaksa beralih ke tengah-tengah jalan raya di Bandar kota bharu itu bagi menampung jumlah hadirin yang semakin ramai, sehinggakan jalan di tengah-tengah bandar itu terpaksa ditutup bagi menampung keperluan itu, lebih meriah dari pasar malam..

Hotel-hotel sekitar jugak yang bertuah, hari jumaat je mesti penuh, nak buat macam mana, bukan islam dari pelbagai negeri juga selalu pergi ke kuliahnya, seolah-olah suasana politik dan batang tubuh Tok Guru itu sendiri menjadi tarikan pelancong ke Kelantan.. kalau mereka bangga dengan KLCC dan Eye On Malaysia… kami bangga dengan Tok Guru kami..

Ada Kuasa Lain Yang Menolongnya.

Saya pernah juga dengar Anuar Bakri(setiausaha politik Tok Guru) cakap, tok guru ni, walau sesibuk mana pun dia, tak pernah tinggal solat dhuha dan tahajjud, sehinggakan dalam bilik pejabatnya sendiri disediakan ruang untuk beliau bersolat, malah yang lucunya, selalu je bilik tok guru ni depenuhi dengan botol-botol air, nak suruh tok guru doakan, jadi macam tok bomoh pun ada jugak tok guru ni.. hehe.. barangkali KuLi, Dato’ Pa dan Anuar Musa juga pernah letakkan air secara senyap-senyap dalam bilik Tok Guru tu.. hehe..walupun balik lewat malam ke rumah, Tok Guru tidak pernah alpa untuk bagun bersujud dan berdoa di malam hari untuk kesejahteraan rakyatnya.. dan memastiakan setiap tindakan dan keputusan yang diambil diredhoi Yang Esa… Ya Allah.. mulianya peribadimu Pemimpin ku….

Cuba kita lihat moto yang dibawanya sepanjang 20tahun pemerintahan beliau, “Membangun Bersama Islam” cukup ringkas, padat dan yang paling penting sangat berpengaruh..(macam pernah dengar je)hehe.. tak perlu dijelaskan dengan panjang lebar, umum pandai dan faham menafsirkannya, lain pula dengan apa yang dibawa oleh Pak Lah, “Islam Hadhari”.. fuh.. beratus-ribu perlu dibelanjakan untuk menerangkan moto ini kepada rakyat.. hasilnya.. sampai tersungkur pun orang masih tak faham-faham apa itu islam hadhari.. sekarang yang ada hanya batu nisannya saja dan termaktub indah dalam lipatan-lipatan sejarah.

Sebab itulah kata Frof Hassan Hasbullah, walaupun Tok Guru menjadi pembangkang, tetapi isunya dalam akhbar perdana milik seterunya pernah dalam beberapa ketika gambarnya berada di muka depan sebanyak enam hari berturut-turut, walaupun isunya adalah negative namun ianya amat membantu dan menarik minat lebih ramai ingin mengenalinya. Sehingga dikatakan antara sebab utama kekalahan teruk dan terburuk dan bakal lebih parah Barisan nasional di Kelantan pada 2008 yang lalu, akibat terlalu banyak menghentam peribadi tok guru, sedangkan umum mengetahui kemuliaan peribadinya.. lain pula seterunya, kalau takda masalah, macam tak sah..

Sebab itulah kalau kita tengok pemimpin BN Kelantan seperti Dato Mustapa Muhammad dan Tengku Razali dapat kekal lama dikelantan, kerana mereka jarang atau boleh dikatakan tak pernah menghentam Tok Guru secara terbuka.. lain pula jadinya dengan Anuar Musa.. itulah padahnya menghentam seorang ulama, jadi buat seteru-seterunya, kalaulah kiranya mahu bertapak lama dikelantan, maka janganlah sentuh dan hentam Tok Guru kesayangan rakyat Kelantan itu.. kalau tidak buruk padahnya.. tak percaya?? Cubalah…

Pilihanraya 2008 digemparkan dengan gambar titisan air mata tok guru ketika munajjatnya di stadium kota bharu, macam pisang goreng lakunya gambar tu.. sehinggakan ada pimpinan parti lawannya cakap.. tengok gambar tu, dah tahu BN akan kalah teruk tahun tu.. bila berakhirnya pilihanraya, maka sibuklah jentera-jentera parti perlu mengutip dan menurunkan kembali poster-poser, tapi lain pula jadinya dengan poster tok guru, tak sampai 24jam habis semua posternya disepanjang jalan di’kebas’ penyokongnya terutamanya anak perantau yang pulang mengundi, kalau gambar najib.. sebulan pun masih tergantung kat tiang bangunan.. hehe

Satu lagi caranya macam mana nak jualan lelong ditepi-tepi jalan (biasanya buah-buahan) habis dalam masa yang singkat?? Senang je.. lekatkan gambar tok guru besar-besar depan kedai, comfirm berderet-deretlah kereta berhenti beli.. kalau letak gambar siti Nurhaliza pun tak semeriah tu.. hehe.


Ini sajalah yang mampu penulis hadiahkan sempena 20tahun pemerintahan Tok Guru Nik Abdul Aziz di negeri serambi mekkah itu, sedikit pengalaman dan pandangan buat tatapan teman-teman dan generasi mendatang

Kalaupun kita tidak mampu untuk menjadi Pendokong kepada perjuangan ini, cukuplah sekadar kita menjadi penyokongnya, tetapi jangan pula sekali-kali kita termasuk dalam golongan yang mengongkong kepada berkembangnya perjuangan ini..

Nilai 20/10/10

Mereka Yakin Pada Tuhan Mereka..



Yakinkah kita dengan segala janji tuhan buat kita??

sejauh manakah kita percaya pada segala peringatan dari tuhan buat kita??


ayuh kita menyelam kedalam lautan hadis yang diriwayatkan oleh imam al-Bukhari..


Imam al-Bukhari- semoga Allah merahmatinya- pada bab ‘kafalah’ meriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, daripada Rasullullah S.A.W. bahawa beliau menyebut seorang lelaki daripada Bani Israil,


dia memohon kepada seseorang untuk memimjamkan wang sebanyak seribu dinar kepadanya, maka orang itu berkata.


“hadirkanlah seseorang yang dapat menjaminya untukku”.


maka lelaki tersebut berkata: “cukuplah Allah yang menjadi penjaminya.”


Dia berkata “kamu benar”.


Lalu diapun memberikan wang tersebut kepaanya sehingga tiba waktu yang sudah ditentukan. Lalu dia keluar ke laut untuk menunaikan tugasnya, kemudian dia mencari kafilah perahu yang akan dikenderainya supaya dia membayar hutangnya yang telah sampai tempoh pembayaranya.


Tetapi dia tidak menemui perahu yang akan berangkat bersamanya,maka diapun mengambil kayu lalu melubanginya dan memasukkan wang sebesar seribu dinar dan menulis surat darinya untuk pemilik wang tersebut kedalam kayu itu, kemudian dia menampal dan menutup kembali kayu tersebut, baru dia membawanya kelaut dan menghanyautkannya seraya berdoa


“Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui bahawa aku telah berhutang kepada si fulan sebanyak seribu dinar, dia bertanya seseorang yang akan menjaminnya, diapun rela denganMu.”


Dia bertanya tentang seorang saksi, saya berkata “cukuplah Allah sebagai saksi,” diapun rela denganMu.


Sesungguhnya aku sudah berusaha untuk mencari perahu kapalnya supaya saya dapat mengembalikan haknya kepadanya, tetapi, saya tidak mendapatkannya, maka saya pun menitipkannya kepadaMu.”


Maka diapun melemparkannya kelaut,lalu dia beranjak pulang. Namun demikian dia tetap sahaja menunggu kapal yang akan belayar dari negerinya menuju negeri si pemilik wang tersebut.


Sementara dikejauhan sana, si pemilik wang keluar untuk melihat-lihat, semoga ada perahu yang membawakan wangnya, tiba-tiba dia melihat sebilah kayu yang terapung, lalu mengambil kayu tersebut (yang ternyata di dalamnya berisi wang) untuk dijadikan kayu bakar bagi keluarganya, maka ketika dia membelahnya dia mendapati wang dan secarik surat terselit di dalam kayu itu.


Kemudian datanglah orang yang meminjam seribu dinar tersebut dan memberikanya wang itu lagi, lalu dia berkata:

“ demi Allah, saya selalu berusaha untuk mencari perahunya supaya saya dapat membayar hutang saya kepadamu, tetapi saya tidak memperoleh perahu”.


Orang itu berkata “bukankah kamu telah mengirimkan sesuatu kepadaku?”


lelaki itu menjawab “saya memberitahu anda bahawa saya tidak memperolehi perahu untuk pergi berjumpa anda.”


Maka orang itu berkata : “sesungguhnya Allah telah melunaskan hutangmu melalui wang yang kamu kirimkan melalui kayu itu.” Maka lelaki itu beranjak dengan membawa wang seribu dinar itu kembali dengan penuh kegembiraan.


(al-Bukhari no 2291 dan Ahmad no 8381)


begitulah yakinnya mereka pada tuhan mereka...


BAGAIMANA KITA???


(tepuk dada..... tanyalah pada hati kita..........)



… maka Allah adalah sebaik-baik Penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang diantara para penyayang

(yusuf:64)

Seruan Kaabah



20 tahun yang lalu, bayi yang baru saja dilahirkan hanya beberapa bulan sahaja, ditinggalkan oleh bondanya, menyahut seruan Ilahi buat kali pertamanya. Kini seruan Ilahi itu menyapa lagi kali keduanya buat bonda yang tercinta. Selepas berkali kali hasrat itu diluahkan kepada putera dan puterinya.

Ingin penulis berkongsi sedikit beberapa peristiwa yang penulis dengar sendiri tentang kejadian-kejadian yang ada pengajaran yang perlu dikutip yang menimpa jemaah haji..

Bumi itu memang penuh dengan keberkatan, kalau orang tua-tua selalu berpesan agar ‘mejaga mulut’ ketika berada di hutan belantara, apatah lagi kalau kita bertamu di Rumah Allah ini..

Yang ni dengar dari Ustaz ana masa di sekolah menengah, katanya, ada seorang lelaki ni( kenalannya barangkali) yang pergi menunaikan haji pada tahun tersebut,.

Alah.. biasanya orang kalau pergi haji ni, takde bawak balik benda lain dari mekah, yang bawak balik kopiah atas kepala je.. (ana pun tak tahu apa maksudnya yang tersirat dia cakap macam tu)..

Nak dipendekkan cerita (ke memang tak ingat dah.. hehe).. ketika menunggu di lapangan terbang nak balik ke Malaysia, bagasinya dicuri berserta dengan dompet-dompet sekali..

Jadi yang tinggal hanya duit beberapa ringgit sahaja dalam koceknya.. katanya, takkan balik dari mekkah tak bawak balik ape-ape, lalu dengan baki duit yang ada tu, dia pun pergilah beli kopiah.. dan kopiah tu terus dipakai dan itulah satu-satunya barang yang dia bawa pulang dari hajinya..

Pengajaranya? Pembaca renunglah sendiri…

Raya ke-empat baru ni sempat pergi ziarah mak sedara, kebetulan dia tengah sakit dan baru saja balik dari menunaikan umrah.. sampai Malaysia malam raya kalau tak silap..

Saya ni memang suka menyibuk dan tanya macam-macam.. yelar.. bukan senang kita nak dapat ilmu dari pengalaman seseorang..

Ilmu tu bisa saja kita membacanya pada bila-bila masa kalau ianya sudah dibukukan, samaada malas atau tidak.. itu saja persoalannya..

Namun.. pengalaman seseorang tu,, takkan sekali-kali kita dapat mengutipnya, kalau orang tu sendiri tak menceritakan pada kita..

Sambung balik.. sebelum tu ma ada cerita yang mak long tak sihat, jadi dia tak dapat buat ibadah dengan baik kat sana..

Sebak juga mak long ketika menceritakan kisahnya ketika di sana, katanya beberapa hari dia rasakan macam tak tahu apa-apa, disampig masalah tak dapat tidur malam, hanya mampu terbaring atas katil namun mata tak mahu pejam..

Antara dugaan yang terbesar maklong terima adalah, kakinya sakit sampai bengkak-bengkak menyebabkan mak long tak dapat setiap masa turun berjemaah di Baitullah.

Sebak mak long menceritakan pengalamannya sebulan di bulan Ramadhan yang lalu mengerjakan umrah disana..

Katanya dengan sebak “ apalah kesalahan yang aku telah lakukan sampai Allah nak uji sebegini rupa”.. sedih pulak saya bila dia cakap macam tu.. moga-moga ujian yang ditimpakan kepadanya adalah sebagai kafarat dosa-dosa yang terdahulu..

Teringat penulis akan hadis sohih riwayat imam Muslim maksudnya “ sesungguhnya umrah kepada umrah yang lain itu adalah kafarah dosa-dosa diantara keduanya”

Allah dah macam tak bagi pergi dah sebelum tu katanya, sebab kad pengenalan yang di simpan elok-elok tu hilang pulak sebelum berangkat ke mekkah..

Pada pandangan penulis, sebenarnya mak long tu tak kuat lagi dari segi emosinya, suaminya baru meninggal tak sampai setahun.. ni pun mak long pergi dengan orang-orang yang duduk di pondok..

Itu yang penulis suka berbicara dengan mak long, banyak ilmunya.. dari tubuh yang sudah lanjut usianya itu, tersimpan seribu satu asam garam yang perlu dikongsi untuk tatapan anak cucunya yang akan datang..

Minggu ni satu lagi berita gembira yang penulis dapat, bonda berpeluang memunaikan Haji ke Mekkah pada tahun ni, bezanya kalau dua puluh tahun dulu bonda pergi dengan arwah suaminya.. kini bonda ditemani oleh kakaknya..

Gembira bercampur risau, gembira kerana bonda dah lama cakap nak pergi Mekkah, katanya kalau tahun ni tak dapat buah Haji, nak pergi jugak walaupun hanya buat Umrah.. rindu benar bonda pada tanah suci itu… namun risau memikirkan kesihatan bonda yang juga tak menentu sejak kebelakangan ini.. tak sampai sebulan lagi bonda akan berangkat ke sana, samada 26 atau 27 oktober ni..

Tak ada apa yang penulis dapat bantu bonda kecuali akan cuba menghabiskan kitab “Manasik Haji dan Umrah” karangan imam nawawi yang setebal tiga ratus mukasurat tu, moga-moga sedikit sebanyak dapat membantunya menunaikan ibadah dengan lebih sempurna..

Moga-moga Haji Mabrur menjadi miliknya..

Damba Cinta Mu


Ku Dambakan CintaMu Ya Robb





Dalam mencari-cari ketenangan seperti di Bulan Ramadhan yang lalu, Penulis temui lagu ini..


Lagu ini benar-benar mengetuk pemilik jiwa yang kotor ini.. Liriknya begitu dekat dengan hati penulis..


Berkali-kali mendengarkannya tidak menjemukan, ditambah pula dalam suasana hujan berpanoramakan pokok yang menghijau dan udara yang nyaman di kampung


Benar benar membuatkan hati ini terasa sempit..



Ya Allah... Ku begitu Dambakan CintaMU.


Ku Dahagakan kasihMu..


perindu_ramadhan


Hayatilah lagu ini dengan seluruh jiwamu!!



Damba cintamu
Album : Syukur
Munsyid : Raihan
http://liriknasyid.com

Tuhanku ampunkanlah segala dosaku
Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu

Ku sering melanggar laranganMu
Dalam sedar ataupun tidak
Ku sering meninggalkan suruhanMu
Walau sedar aku milikMu


Bilakah diri ini 'kan kembali
Kepada fitrah sebenar
Pagi kuingat petang kualpa
Begitulah silih berganti

Oh Tuhanku,
Kau pimpinlah diri ini
Yang mendamba CintaMu
Aku lemah aku jahil
Tanpa pimpinan dariMu

Ku sering berjanji di depanMu
Sering jua ku memungkiri
Ku pernah menangis keranaMu
Kemudian ketawa semula


Kau pengasih
Kau penyayang
Kau pengampun
Kepada hamba-hambaMu

Selangkah ku kepadaMu
Seribu langkah Kau padaku


Tuhan,
Diri ini tidak layak ke surgaMu
Tapi tidak pula aku sanggup ke nerakaMu

Kutakut kepadaMu
Ku mengharap jua padaMu
Mogaku 'kan selamat dunia akhirat
Seperti rasul dan sahabat

Seperti rasul dan sahabat

Bertakbirlah..



Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar


selesai sujud terakhir solat asar kita sementar tadi, menandakan berlalunya Ramadhan yang penuh berkat pada tahun ini.


disini hujan turun setitik dua menagisi pemergian bulan yang mulia ini, unggas dan binatang juga membisu, seakan terkedu meninggalkan ramadhan, yang kedengaran hanya suara riang anak-anak kota yang pulang ke kampung halaman.


Ramadhan...
Dibulan inilah..
aku lihat ramainya lautan manusia berpusu-pusu sujud di masjid,
orang-orang miskin dan anak yatim seakan terbela,
kuliah ilmu juga bagaikan cendawan yang tumbuh melata.


Ramadhan..
Dibulan inilah..
Hamba Tuhan mampu bagun setiap malam bermunajat kepadaMu,
Hamba Tuhan mampu memperbanyakkan bacaan Al-Qurannya,
Hamba Tuhan tidak jemu menghulur bantuan,
Hamba Tuhan tidak juga lelah untuk berterawih,


diatas segala kenikmatan yang tercurah inilah..

Allah menyeru kita..
Agar Bertakbir padaNya..


Allahuakbar..
Allahuakbar..
Allahuakbar..


ولتكبّروا الله على ما هدىكم ولعلكم تشكرون


"Dan hendaklah kamu mengagungkan Allah, diatas segala petunjuk yang telah diberikan kepada kamu, agar kamu bersukur"

al-Baqarah 185


diatas segala hidayah yang telah diberikan kepada kita inilah
bergemanya takbir di pagi raya,
menandakan kemenangan
bagi kita.
moga-moga kita bukan dalam kalangan yang kufur akan nikmatNya,
maka bersyukurlah..
atas nikmat-nikmat yang telah tercurah itu,
"barangsiapa yang bersyukur, nescaya akan akan aku tambahkan lagi nikmat kepada kamu"


jika sebelum ini kita malu mengungkap kata maaf kepada ahli keluarga, sanak saudara dan teman-teman,
inilah saat yang paling sesuai untuk kita melafazkannya,


ikatlah kembali tali silaturrahim yang terputus,
rapatkan juga yang sudah terjalin,
dan eratkan lagi ikatan yang sudah kukuh.


Moga segala amalan kita diterima Allah..

Ya Allah berkatilah Ramadhan kami,

Dan sampaikan kami pada Ramadhan yang menanti




Penulis mengucapkan :


Selamat Hari Raya,

Maaf Zahir & Batin
atas segala salah dan silap